Gula Putih Ganggu Tidur Nyenyak

3 Racun Yang Kita Selalu Telan Setiap Hari

Perkataan racun menakutkan. Mendengarnya sahaja sudah membangkitkan rasa takut. Melihatnya sendiri pasti meningkatkan gelisah hati.

Andai satu botol atau satu kotak berlabel racun diserahkan kepada kita, pasti kita berhati-hati memegangnya.

Kita akan terus mencuci kedua-dua tangan selepas meletakkan racun tersebut.

Racun ada di rumah kita. Kadang-kadang kita mengambilnya. Samada dalam keadaan sedar atau atas faktor sudah terbiasa.

Racun yang dimaksudkan di sini ialah makanan yang kita ambil. Makanan ini biasa-biasa sahaja.

Setelah diberi nama komersil, dihias dengan pelbagai hiasan dan dipersembahkan dengan persembahan yang cantik, air liur kita mula gugur.

Kecur air liur kata orang sekarang. Kita sanggup membayar harga yang tinggi untuk nilai racun yang hanya merosakkan. Antara racun yang selalu kita masukkan ke dalam mulut (siap dengan selfie) ialah:

  1. 1
    Minuman berkarbonat seperti Coke, Pepsi, Mother, Redbull dan “yang sama waktu dengannya.”
  2. 2
    Sarapan pagi seperti roti canai, nasi lemak, nasi berlauk, roti John, cornflakes, frosties dan lain-lain lagi.
  3. 3
    Nasi dari beras yang telah di’polish’. Beras putih tidak membantu untuk hidup sihat.
  4. 4
    Makanan ringan

Ada yang akan berkata, sudah lama lama makan tetapi tidak ada apa-apa pun kesan negatif. Masih ‘sihat’. Masih kuat.

Makanan di atas bukan seperti racun tikus. Apabila diambil terus mengundang maut.

Tapi ianya adalah ‘silence killer’ atau pembunuh senyap. Sedikit demi sedikit, kesihatan kita diragut.

Mulanya dengan sakit kepala. Ianya dianggap biasa. Begitu juga sakit badan.

Kemudian selsema dan demam kerap menghinggap. Apabila sudah serius, kita mula menjadikan ubat sebagai makanan. Ya, ubat sebagai makanan harian.

Hidup bergantung dengan ubat. Ke sana ke sini mesti bawa ubat. Hidup gelisah andai ubat habis atau terlupa bawa.

Kenapa jadi begini? Sebabnya ialah racun yang kita ambil setiap hari sedari muda lagi. Harga yang terpaksa kita bayar kerana ingin bersedap-sedap semasa muda.

Jadi mahu makan apa? Banyak yang boleh dimakan. Cumanya kita terbiasa makan apa yang kita selalu makan.

Perlu tahu alternatifnya. Ada kongsi dalam kelas OCOC Online.

Jom tengok kumpulan racun tersebut.

1) MSG - Monosodium Glutamate

Pagi tadi berbengkel. Bincang pelan strategik. Arah tuju fakulti dalam dunia latihan.

Salah seorang yang terlibat tidak makan. Dia disoal oleh timbalan dekan “Do you have specific dietary restriction?”

Pensyarah yang berasal dari India ini nafikan. Hanya sekadar alergik. “Alergic to what?”  Soalan sambungan muncul.

“Oh I cannot take food with MSG,” katanya.

Saya dengar sahaja. Tiada menyampuk.

Teringat kajian dari jurnal saintifik Toxicology. Disebut:

“Racun rumpai yang dikenakan pada pokok buah buahan dan sayuran beri kesan langsung kepada OTAK.”

Kajian dari jurnal saintifik Toxicology dapati kesan racun ini sebabkan penyakit Alzheimer - nyanyuk dan Parkinson.

Pengkaji kaitkan racun rumpai dengan “racun putih”’ yang diletak dalam makanan.

"Pesticide-induced glutamate excitotoxicity appears to share similar effects to monosodium glutamate (MSG) and aspartame-linked excitotoxicity."

Maksud kasarnya kesan racun tumbuhan sama seperti kesan MSG. Keduanya toksid.

Kita berusaha jauhi racun tumbuhan. Tetapi ambil makanan yang punya kesan yang sama pada tubuh

Jauhi MSG. Ia toksid. Pelihara diri dan keluarga.

Hidden Names for MSG

Monosodium Glutamate

  • MSG
  • Gelatin
  • Calcium Caseinate
  • Monosodium Glutamate
  • Hydrolyzed Vegetable Protein (HVP)
  • Textured Protein
  • Hydrolized Plant Protein (HPP)
  • Monopotassium Glutamate
  • Yeast Extract
  • Glutamate
  • Autolyzed Plant Protein
  • Yeast food or nutrient
  • Glutamic Acid
  • Sodium Caseinate
  • Autolyzed Yeast

2) Maltodextrin

"Hang tau tak tu racun?"


Soalan ini tiba tiba terpacul keluar. En. Man yang kusyuk mendengar terkesima. Terlopong mulut.


“Awat pulak racun? Kalau racun pasai apa tak diharamkan?” Soal En. Man seolah tidak puas hati.


En Man bukan orang sembarangan. Kedudukan nombor 2 dalam syarikat. Minat main golf.


Segak bergaya. Pakaian branded. Pendek kata En Man bertukar 360 darjah kecuali dialek Kedahnya. Pekat.


Kami sedang borak ilmiah. Tentang makanan. Perihal minuman seharian.


En Man suka makanan ringkas. Cepat. Sedap.


Semua itu kriteria makanan segera. Rutin En Man ialah tangkap apa yang ada. Nak cepat.


Mudahnya dia berdamping dengan makanan segera. Hari hari dijamahnya. Tidak ada kecuali.


“Banyak makanan yang kau sebut tu ada maltodextrin. Hang tau dak tu racun?” Aku mula serius. Tapi muka masih ada sinyium.


“Maltodextrin ni bagi pekat dan likat, bagi tekstur makanan smooth. Makan jadi sedap dan makanan nampak cantik.”


“Sosej, burger, salad dressing, sos, baby formula yang bagi kat anak hang, stevia, pemanis tiruan, puding, baked food, vitamin, minuman bergas & protein bar semua ada maltodextrin."

Apa kesan pada orang yang ambil?” Saya soal lagi En Man.


“Mana aku nak tau? Aku tau makan ja?” Balas En Man berseloroh.


“Ok. Kesan dia macam ni:”

  1. 1
    Naikkan gula dalam darah. Maltodextrin punya Glycemic Index tinggi betul. Sampai 110. Gula putih pula sekitar 60-70 indeks GI-nya. Jadi bahaya.
  2. 2
    Halang terbentuknya bakteri baik dalam usus. Bakteria baik kurang tubuh kita akan jadi macam tong sampah bergerak. Harap baju jer cantik. Dalam tong sampah rupanya.
  3. 3
    Toksid kepada organ manusia macam buah pinggang, pankreas, sistem peranakan, dan sistem imun.
  4. 4
    Sebabkan alergi atau alahan
  5. 5
    maltodextrin dibuat dari corn starch yang GMO (Genetically Modified Organism). Maltodextrin dapatkan sebabkan penyakit Alzheimer, kanser, kerosakan buah pinggang, dan antibiotic resistance.

En Man yang asyik mendengar dari awal menyampuk. “Pastu apa nak buat?” Bersungguh nampak wajah En Man.


Gantikan dengan pectin, pes kurma atau Gam guar. Ketiga tiga ini mampu pekat, lembutkan tekstur dan beri kemanisan pada masakan. Lebih natural. 

“Ooo baru aku nampak. Terima kasihlah hang. Jumpa hang ni kira rezekilah ni."


“Dah lama nak jumpa. Hang asyik sibuk ja.” En Man cuba luahkan perasaan.


“ Ya la Man. Bila Allah rezekikan, akan berjumpalah kita.” Balas saya ringkas.

.

“Ok aku balik dulu. Nak check kat rumah apa yang ada.” Kata En Man.


“Bagus tu. Mula dengan apa yang ada di rumah dahulu.” Kataku seolah beri restu akan tindakan En Man.

3) Racun Gula - Jauhi Senarai Dibawah

Kisah semalam. Usai solat tarawih singgah supermarket. Mahu cari Yogurt. 


Jalan becak. Air sana sini. Maklumlah baru lepas hujan lebat.


Selesai memilih terus ke kaunter. Orang tidak ramai. Ada dua tiga orang di setiap kaunter.


Terlihat seorang pakcik di depan. Usia sekitar 60an. Berbadan gempal. Perut maju ke depan.


Tersenyum lebar membelek aneka minuman bergas yang dibeli. Seperti penuh kepuasan. Penuh troli dengan air botol besar.



Semua jenama ada. Yang bermula dengan C ada. Yang huruf M, S dan P juga ada. Minuman jus dan yogurt pun ada. Soya pun ada.


"Ini untuk sambut anak cucu menantu dan tetamu nanti," katanya.


Memandang kepadaku sambil senyum. Mungkin sebab aku asyik intai trolinya jadi dia mulakan bicara begitu.


Aku senyum sambil angguk. "Banyak juga ye pakcik?" soalku memancing bicara lanjut dengan beliau.


"Pakcik anak cucu menanti ramai. Setiap kali raya penuh rumah. Dia orang pun memang suka minuman-miunam macam ini. Pakcik pun suka."


"Dah jadi macam tradisi. Setiap kali mesti ada air bergas. Tak ada macam tak sah pula,"  katanya panjang sambil ketawa.


Aku terus angguk. Dia terus gerak ke depan untuk membayar. Kepala aku pula ligat berfikir.


Teringat kajian baru yang keluar pada 5 Mac 2017 di jurnal saintifik Alzheimer's & Dementia. Ujian OTAK ke atas 4000 orang.

Mereka ini suka minum minuman bergas atau air jus sehari dua kali atau 3 kali atau lebih seminggu.


Otak mereka diukur. Prestasi otak dinilai. Hasilnya menakutkan.

  1. 1
    OTAK peminum minuman bergas atau jus komersil MENGECIL
  2. 2
    Hippocampus - pusat memori juga mengecil
  3. 3
    Tanda-tanda STROK meningkat
  4. 4
    Tanda-tanda NYANYUK juga jelas menjelma
  5. 5
    Tiga kali ganda lebih tinggi untuk dapat strok dan dementia

Mereka juga dapati kesan yang sama kepada yang hanya minum sekali sehari.


Minuman bergas, jus, dan yogurt penuh gula, terlalu tinggi gula. Sewajarnya digelar racun manis. Bukan minuman.

Pandangan aku kembali kepada Pakcik tadi. Kasihan dan sedih terus menyelimuti. Sebu terasa di hati.


Dia mahu merai. Tanpa disedari dia juga meracuni. Dia juga menyakiti.


Malamnya dalam esak, dalam tangis aku mengadu. Mengangkat tangan pada yang SATU. Bagaimana aku bisa bantu? Ya Allah tunjukkan jalan itu.


Jauhi senarai ini:


Hidden Names for Sugar

  • Dextrose
  • Fructose 
  • Corn syrup 
  • High-fructose corn syrup 
  • Fruit juice concentrate
  • Sorghum 
  • Invert sugar 
  • Evaporated cane juice 
  • Corn Sweetener 
  • Cane Sugar 
  • Malt Syrup 
  • Galactose
  •  Lactose 
  • Polydextrose 
  • Mannitol
  • Sorbitol
  • Xylitol 
  • Maltodextrin 
  • Turbinado sugar

Boleh Cuba Elak?


Apa pendapat Tuan/Puan? Boleh cuba elak?


Fokus kepada makanan yang Allah cipta. Bukan makanan yang manusia buat.


Professor saya di UIA dulu Prof Abdul Majid McKeen selalu berpesan,


”Pada setiap makanan yang Allah ciptakan sudah ada kecukupan. Cukup rasanya. Tidak perlu penambahan. Pada tangan manusialah makanan-makanan ini dirosakkkan.”


Anda Juga Mungkin Berminat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

6 Tips ‘Post Raya Cleanse’ Untuk Tubuh Langsing

10 Tips Jadikan Biskut Raya Rendah Kalori!

26 Makanan Ini Bantu Legakan Ekzema

Scroll to Top