4 How-to Healing Melalui Senaman

Pada tahun 2017, kajian oleh Australian Institute of Health and Welfare (AIHW) mendapati bahawa kehidupan pasif tingkatkan risiko 7 jenis penyakit antaranya diabetes, dementia, kanser usus, kanser rahim, dan strok jantung.

Sejak kebelakangan ni juga terdapat peningkatan kes melibatkan masalah psikologi termasuklah stres, anxiety, depression, panic attack…

Apa kita perlu buat untuk sekurang-kurangnya meredakan masalah ni?

Saya nak share info mengenai healing dalam senaman. Apa 2 organ paling vital untuk tentukan tahap kesihatan kita?

Jawapannya adalah jantung dan otak.

Apa kita perlu buat kalau kita nak pastikan kedua-dua organ ni berfungsi dengan optimum? Kita kena amalkan gaya hidup sihat. Betul tak?

Selain makan sihat, kita boleh stay aktif dengan bersenam. 

Penyembuhan melalui senaman ni sangat ideal untuk mereka yang tengah stres. Sangat simple dan tidak perlu keluarkan kos.

 

 

1- Bagaimana senaman membantu proses healing?

Macam mana stres ni berlaku?

Stres disebabkan oleh pressure ialah tindak balas emosi, mental dan fizikal yang dialami oleh individu apabila kemahuan, tuntutan dan sesuatu perkara tak dapat dipenuhi.

Pernah tak apabila emosi kita berubah, kita dapat rasa perubahan dalam diri? Sensitif….jadi mudah marah…moody…malas nak buat kerja…asyik nak bersendirian

Bahu rasa tegang…kepala berdenyut sakit…saya pasti semua pernah alami.

Kita kena tahu macam mana nak kawal tekanan sebab kalau tak, akan menjejaskan kesihatan kita.

Perasan tak bila kita bersenam kita akan rasa fresh? Badan rasa bertenaga bila bangun pagi.

Bersenam ni memang cara terbaik nak redakan stres.

Badan keluarkan hormon endorphin yang tingkatkan hormon serotonin dan dopamin, iaitu hormon yang kawan perasaan happy.

Sebab tulah ramai rakyat Malaysia sekarang ni yang jadikan senaman ni sebagai rutin sepanjang hayat mereka.

 

 

2- Senaman untuk jantung

Kita kena tahu jenis senaman apa yang sesuai dengan fitness level, jangan main ikut je kawan kita buat itu, kita pun buat tu juga.

Utamakan senaman santai tapi konsisten. Jantung ni memang kita kena jaga.

Ramai yang terbantut nak bersenam sebab bila fikir senaman contoh kardio; ramai ingat kena lari…kena joging…

Sebenarnya, ada banyak lagi senaman yang boleh buat tanpa perlu lari contohnya lompat bintang, larian angkat lutut, lompat silang.

Paling asas ialah berjalan atau brisk walking.

Ada banyak manfaat; kurangkan berat badan, kuatkan tulang dan otot, jantung sihat, kurangkan risiko diabetes.

 

 

3- Senaman untuk otak

Faedah senaman untuk otak ni lebih kepada pelepasan hormon untuk tubuh badan.

Contohnya hormon serotonin (tingkatkan mood), aliran darah ke otak meningkat, oksigen dan nutrien bertambah.

Pelepasan hormon dopamin tingkatkan motivasi, pembelajaran dan fokus. Sel otak menumbuhkan pengawasan mental yang jelas.

Bila kerap bersenam ni, motivasi dan produktiviti bertambah, kurangkan risiko dementia, daya berfikir dan reaksi lebih pantas.

 

 

4- Cadangan senaman

Nak jadikan senaman ni sebagai part of lifestyle mudah saja; lakukan selama 14-30 minit, 3-4 hari dalam seminggu.

Mulakan dengan perlahan-lahan dahulu selama beberapa minggu, kemudian boleh tingkatkan tahap intensiti senaman.

Paling penting, semangat membara kena sentiasa ada dan kesungguhan perlu berterusan.

Walaupun ada hari-hari yang mana kita rasa tidak mampu, kita gagahi jua.

Rancang jadual senaman supaya kita tidak buntu dan dapat tingkatkan disiplin.

“Saya Pilih Untuk Kekal Cergas, Cerdas dan Sihat”.

Anda pula bagaimana?

 

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Scroll to Top