Kudapan sihat adalah rahsia kecil yang ramai terlepas pandang bila bercakap soal tenaga dan fokus di pejabat. Ramai pekerja mengadu cepat letih selepas makan tengah hari, mata mengantuk, kepala berat, dan kerja pun jadi perlahan. Sebenarnya, pilihan snek atau kudapan memberi kesan besar pada prestasi otak dan tubuh.
Otak perlukan makanan yang kaya nutrisi, bukan sekadar mengenyangkan. Bila kita pilih kudapan yang betul, tenaga jadi stabil, mood lebih baik, dan otak kekal fokus lebih lama. Mari saya kongsikan 5 pilihan kudapan ‘brain food’ yang mudah, sedap, dan sesuai untuk anda nikmati di pejabat.
1. Kacang & Biji-Bijian
Kacang badam, walnut, biji labu dan kuaci adalah sumber omega 3, magnesium, protein dan serat. Semua nutrien ini bantu stabilkan gula dalam darah, kurangkan stres, serta elak lapar berulang. Segenggam kecil sudah cukup untuk jadi ‘booster’ tenaga di tengah hari.
2. Buah Segar
Epal, pisang, oren atau beri kaya dengan antioksidan dan serat semula jadi. Berbeza dengan kudapan manis proses, buah segar memberikan gula semula jadi yang dilepaskan perlahan lahan. Hasilnya, anda kekal bertenaga tanpa mengalami “sugar crash”.
3. Dark Chocolate
Dark chocolate 70% ke atas mengandungi flavonoid yang meningkatkan aliran darah ke otak. Ia juga boleh bantu tingkatkan mood dan daya tumpuan. Namun, ambil dalam kuantiti kecil sekadar satu hingga dua keping sudah cukup untuk rasa kesannya.
Baca juga: 15 Kelebihan Dark Chocolate Untuk Kesihatan
4. Barley Flakes / Oat
Karbohidrat kompleks dalam Barley Flakes atau oat melepaskan tenaga secara perlahan. Kudapan ini sesuai untuk mereka yang kerap lapar di pejabat. Hanya perlu bancuh dengan air panas, ia boleh jadi snek sihat yang kenyang lama dan mesra perut.
Baca juga: Ketahui 6 Fungsi Beta-Glucan Dalam Barley
5. Kelapa & Gula Kelapa
Kelapa kaya dengan Medium Chain Triglycerides (MCT) yang cepat ditukar kepada tenaga, manakala gula kelapa mempunyai indeks glisemik rendah. Kombinasi ini membantu elak rasa mengantuk selepas makan. Ia juga lebih mesra otak berbanding gula putih biasa.
Baca juga: Gula Perang VS Gula Kelapa VS Gula Putih: Mana Yang Baik?
Kesimpulan
Kudapan bukan sekadar untuk hilangkan lapar. Kudapan sihat yang betul boleh jadi penawar kepada otak yang letih, tubuh yang lesu, dan hati yang mudah stres.
Dengan memilih kacang dan biji bijian, buah segar, dark chocolate, Barley Flakes, serta kelapa atau gula kelapa, anda bukan sahaja kenyang, malah kekal fokus dan bertenaga di pejabat.
Mulakan dengan menukar satu kudapan harian anda kepada pilihan lebih sihat ini. Lama kelamaan, anda akan rasai perubahan besar pada tenaga, mood, dan produktiviti kerja.