5 Makanan ‘Perisai’ COVID-19

Sedar atau tidak, kita sudah hidup selangit sebumbung dengan virus korona selama hampir 2 tahun.

Cepat betul kan masa berlalu.

Semua dekat sini sudah jalankan tanggungjawab masing-masing tak?

Semua dah ambil vaksin?

Kalau dah, alhamdulillah.

Selesai sudah sebagai langkah mencegah.

Kerana mencegah itu lebih baik daripada merawat.

Sungguh luarbiasa bukan?

Makhluk sekecil zarah ini mampu lumpuhkan kuasa-kuasa dunia.

Yang sebelumnya berdiri gah namun akhirnya harus akur dan tunduk

Berlakunya kemerosotan sosioekonomi dek penutupan sumber-sumber penting.

Akibat peningkatan kes jangkitan COVID-19 yang sehingga kini, gagal ditemui penawarnya.

Sekadar vaksin sebagai langkah pencegahan.

Usaha tetap diteruskan oleh saintis untuk cari solusi bagi akhiri penjajahan tentera halimunan ini.

Pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan.

Nak pastikan kesihatan rakyat terjamin dan tidak melayang begitu saja akibat virus ini.

Salah satunya dari segi pengambilan makanan berkhasiat.

Untuk tingkatkan sistem imun.

Saya lihat ramai yang kalut tanya saya nak makan apa ni untuk lawan virus.

Luahan dari mulut ke mulut maka munculnya segala jenis petua dan suplemen.

Kalau di kampung, heboh dibuatnya apabila ada penduduk yang mula obses merebus segala herba.

Konon boleh hapuskan virus.

Setiap makanan perisai ni perlu difahami terlebih dahulu khasiat.

Serta kajian saintifik kalau ya pun nak lawan musuh halimunan yang digeruni.

Agar masyarakat setempat tak terikut-ikut dan taksub.

Kalau yang jenis tak penyabar, kesemua produk yang terlintas ditelannya.

Bahaya.

Secara umum saya nak cakap, penawar lengkap untuk hapuskan COVID-19 setakat ni masih belum ada.

Segala makanan atau suplemen yang diuar-diuarkan itu.

Hanya sebagai langkah untuk urangkan risiko sekiranya dijangkiti.

Kena faham ini dulu.

Terlalu ramai yang ingat bila dah makan makanan perisai contohnya vitamin C.

Diri jadi kebal macam Hulk.

Keluar tempat awam. SOP kelaut.

Salah tu. Betulkan mindset dulu.

Ini bukan dunia imaginasi. Ini dunia realiti.

Bukti saintifik mengenai vitamin C ni ada tapi tak kukuh untuk hapuskan virus.

Sebab itu pentingnya ilmu nutrisi ni.

Supaya kita tak ikut saja apa yang dikatakan orang lain secara membabi buta.

Inginkan tips sains daripada Dr. Rizal sendiri dalam bentuk video pendek?

Klik https://bit.ly/NOTG_KiniKembali

Apa yang saya nak kongsikan ini juga salah satu alternatif.

Untuk kuatkan sistem tubuh badan agar risiko dijangkiti dapat dikurangkan.

1. Makanan laut kaya Omega-3

Secara umum, terlebih lemak ni juga tak baik untuk health kita.

Bersederhana dalam diet harian menjadi titik fokus sihat sakit seseorang.

Jadi janganlah makan banyak sangat makanan tidak sihat.

Yang ada banyak kandungan lemak jahat.

Bad carbs. Bad fats. Jauhkan diri.

Lama-lama geng lemak jahat ni akan bersarang dekat organ dalaman kita.

Dekat abdomen.

Tempat paling berisiko untuk kena penyakit kronik.

Itu sebabnya perut makin maju ke depan.

Dagu pula ada satu, tapi beranak jadi double chin.

Kaki lebar jadi chicken leg. Bahana makan tak ingat dunia.

Bila keadaan tubuh badan lemah, lagi senang virus datang bertapak.

Nak tahu makanan apa tinggi omega-3? 

Klik https://neuroversiti.com/5-jenis-ikan-berlemak-kaya-omega-3/

Sekaligus tingkatkan risiko untuk dijangkiti serta sukar sembuh.

Omega-3 iaitu sejenis lemak tidak tepu yang tidak dihasilkan oleh tubuh badan.

Ada 3 jenis asid lemak omega-3. Tahu ke tak tahu?

  1. Alpha-linolenic acid (ALA)
  2. Eicosapentanoic acid (EPA)
  3. Docosahexanoic acid (DHA)

Saya ringkaskan takut nanti pening. Boleh google kalau nak tahu lebih lagi.

ALA ni terdapat dalam kekacang seperti walnut.

Benefit ALA ni mungkin tak sama macam EPA dan DHA.

EPA dan DHA ni paling banyak ditemui dalam makanan laut.

Seperti mackerel, tuna, salmon.

Kajian menunjukkan EPA dan DHA bagus untuk perkembangan otak dan perkembangan janin.

EPA dan DHA ni memang selalu kita dengar ada dalam minyak ikan.

Omega-3 ni juga mampu kuatkan sistem imun.

Agar terhindar daripada terkena penyakit autoimun. 

Selain untuk kesihatan jantung, mata dan sendi tulang.

2. Dark chocolate kaya Magnesium

Kuasa luarbiasa coklat hitam.

Rasanya mungkin pahit tetapi antioksidannya power tau!

Coklat sering dikaitkan sebagai lambang cinta.

Keceriaan, penyembuh luka sedih dan pengubat kemurungan.

Dalam dunia ada beratus-ratus jenis coklat.

Peminat coklat tegar mesti tahu cara nak bezakan.

Sama ada coklat itu berkualiti tinggi atau tidak.

Lembaga Koko Malaysia (LKM) berkongsi bahawa coklat diperbuat daripada biji koko yang diproses.

Mengandungi 3 sumber nutrisi iaitu lemak, protein dan karbohidrat

Bayangan bila sebut coklat ni mesti milky chocolate.

Coklat lemak manis bersusu.

Ada diletak kekacang. Ada ditambah kismis.

Itu yang biasa kita rasa, dengar dan nikmati.

Kalau dark chocolate ni macam mana?

Kalau nak makan coklat sihat, wajib makan dark chocolate.

Sebab ada theobromine, bebas kafein dan anandamide.

Nak tahu apa kelebihan dark chocolate? 

Klik https://neuroversiti.com/kelebihan-dark-chocolate/

Paling baik untuk dihadam.

Nutrisi dark chocolate ni kena lebih 70 peratus

Mampu kurangkan pembekuan kolesterol.

Kebaikan:

  1. Lancarkan aliran darah.
  2. Tingkatkan prestasi otak.
  3. Kurangkan risiko sakit jantung.
  4. Sumber antioksida luarbiasa.
  5. Bantu kurangkan berat badan.
  6. Lindungi dan cantikkan kulit.
  7. Tingkatkan daya penglihatan.

Sumber terbaru oleh North Carolina State University di AS.

Menemukan bahan kimia dalam dark chocolate yang berpotensi.

Memerangi dalang COVID-19 iaitu SARS-CoV-2.

Ada satu enzim bernama protease yang penting untuk kelangsungan hidup sel virus.

Bila protease ni diikat dan diblok maka sel virus tadi takkan dapat lakukan proses replikasi.

Iaitu proses di mana bebenang DNA virus disalin dan dicetak.

3. Buahan sitrus & dedaun hijau kaya Vitamin C

Vitamin C (asid L-askorbik) ni penting untuk kebalkan sistem imunisasi.

Selain untuk kesihatan kulit.

Tahu tak berapa jumlah vitamin C yang diperlukan oleh individu dewasa?

Iaitu 60 hingga 90 miligram (mg) sehari

Kenapa masa kita makan tu amat penting untuk kita tahu setiap nutrisi yang masuk.

Hilangnya nutrisi akan undang nasib malang. Penyakit bertandang tak boleh diusir.

Sebab itu kena makan sihat. Bukan saja-saja.

Konon tak perlu jaga makan sangat, enjoy aje hidup ni so makan lah apa pun.

Sifat manusia ni bila kena sakit dulu baru nak jaga.

Bila dah jatuh tersembam baru menyesal.

Kalau tengok orang jaga makan, sikit-sikit diet, nak jaga body, taknak gemuk.

Mentaliti sebegini perlu dibah segera.

Istilah diet itu sendiri bermaksud pemakanan seimbang.

Bukan menyeksa diri sendiri dengan membiarkan diri kebuluran

Nutrisi ini penting untuk damai hidup.

Penting untuk hilang serabut. Penting untuk hidup bebas sakit.

Dedaun hijau yang paling kaya vitamin C.

Brokoli, kubis Brussels, bunga kubis, lada benggala merah dan hijau serta bayam.

Diberi istilah mikronutrien kritikal.

Vitamin C ni mampu sumbang kepada sistem pertahanan badan.

Antara fungsi lain;

  1. Membentuk kolagen.
  2. Antioksida ‘semulajadi’ lindungi sel daripada radikal bebas.

4. Kekacang & bijian kaya Selenium, Vitamin E

Selenium, mineral penting untuk metabolisma dan fungsi tiroid.

Jumlah yand perlu hanyalah sedikit untuk tubuh.

Kandungan antioksidan tinggi bantu rendahkan oxidative stress dalam badan.

Sekali gus mengurangkan keradangan dan menguatkan imuniti.

Fungsi-fungsi selenium termasuk;

  1. Anti-radiasi.
  2. Anti-toksik.
  3. Kurangkan risiko mutasi.
  4. Rangsang interferon (bolehkan sistem imun lawan virus flu).
  5. Kurangkan risiko perkembangan tumor.

Luarbiasa kan selenium walaupun jarang dengar tentangnya.

Namun, dos perlu sesuai dengan tubuh badan dan tidak berlebihan.

Kurangnya selenium atau berlebihan selenium akan sebabkan kemudaratan.

Antaranya;

  1. Sakit berterusan pada otot.
  2. Mengantuk berterusan.
  3. Kemerosotan pada rambut, kulit.
  4. Muncul ruam pada kulit.
  5. Sakit perut, loya, muntah.

Antara makanan yang ada kandungan selenium tinggi.

Telur, tuna, kod dan biji bunga matahari.

5. Bawang putih & bawang besar Antiviral

Paling kena ingat, sistem imun kena jaga.

Kena dipertingkat sebab bila pertahanan badan kuat, susah nak terkena jangkitan.

Bawang putih ni sudah sekian lama digunakan ribuan tahun dulu lagi.

Tamadun Cina, Mesir dan Mesopotamia guna bawang putih ni untuk cegah virus selesema.

Ada kemungkinan ketika itu pengkaji sudah banyak bereksperimen dengan bawang putih.

Dan menemui keberkesanan untuk berlawan dengan virus flu.

Tapi, zaman kini terlalu banyak sumber-sumber dalam medsos yang tidak dibackup oleh kajian saintifik.

Baca dan fahami. Bukan baca dan jalan terus.

Rujuk atau dapatkan nasihat daripada pakar.

Contohnya di China. Seorang wanita di negara yang femes dengan tembok gergasi itu menjadi viral kerana dikatakan terlalu ekstrem.

Apabila dia telah dimasukkan ke hospital akibat bahana menelan 1.5kg bawang putih mentah!

Bawang putih ni ada allicin yang bertindak sebagai antivirus dan antibakteria.

Makan bawang putih sebanyak 2 ke 3 ulas sehari mampu tingkatkan aktiviti sel darah putih untuk lawan jangkitan.

2 ke 3 ulas sahaja, bukan 2 ke 3 guni.

Fahamkan.

.

.

.

P/S:

Inginkan tips daripada Dr. Rizal sendiri? Setiap AHAD terus masuk INBOX?

Secara PERCUMA? Klik https://neuroversiti.com/tips/

Anda Juga Mungkin Berminat

Resepi Brownie ‘Sihat’ Tanpa Guna Tepung

6 Tips Kawal ‘Craving’ Makanan Bergula

2 Resepi ‘Nampak Simple Tapi Power’

Ini ‘Rahsia’ Kurangkan Kalori Nasi Putih

7 Tips Simpan Rempah Ratus Agar Tahan Lama

9 Kesan Membaca Al Quran Ke Atas Otak

Scroll to Top