5 Mudarat Gula Berlebihan Pada Anak

Gula si pemanis yang digemari ramai.

Sejenis pemanis kristal karbohidrat boleh dimakan yang sangat popular dan digunakan hampir di seluruh dunia. 

Gula ada banyak jenis yer. Bukan gula putih dengan gula perang.

Antaranya;

  • gula putih/gula pasir
  • gula halus
  • gula perang
  • gula kelapa
  • gula kastor
  • gula merah
  • gula aising
  • gula melaka/gula kabung
  • sirap emas
  • gula hitam
  • sirap gula

Wah banyak sangat rupanya jenis gula ni yer. Tapi bukan ini jer.

Contoh di atas ni gula tersembunyi yang ada dalam makanan berproses.

Boleh dikatakan hampir SEMUA makanan dan minuman segera yang ada di pasaran ada jumlah gula putih yang agak tinggi.

Untuk kekalkan rasa kesedapan dan ketagihan.

Sekali cuba, nak lagi.

TAPI!

Ibu bapa tahu tak apa kesan apabila anak diberi makan terlalu banyak gula tak kira lah dalam bentuk gula-gula atau makanan manis lain?

Pengambilan gula berlebihan ni boleh menyebabkan otak anak DISABOTAJ!

Tahu ke tak tahu?

Kena ambil tahu tentang ni sebab ada segelintir yang tidak mengambil kisah tentang pemakanan anak terutamanya anak bawah usia 10 tahun.

Secara fitrahnya budak-budak kan memang gilakan makanan manis.

Jarang sangat boleh jumpa mereka yang menolak jika diberikan makanan menggiurkan seperti donut, aiskrim atau coklat bar.

Kena ingat, bersederhana itu paling baik; kurang dan berlebihan tu sebaiknya dielakkan untuk manfaat diri sendiri.

Oleh itu, saya nak berkongsi 5 mudarat gula berlebihan pada anak;

.

.

.

1. Mengganggu proses belajar & melemahkan daya ingatan.

 

Gula ni sejenis karbohidrat ringkas yang bekalkan instant energy kepada tubuh badan dengan kadar penyerapan yang cepat.

Sudah semestinya anak-anak perlukan gula ni untuk sumber tenaga.

Namun, ibu bapa perlulah ingat untuk pastikan sumber karbohidrat ni daripada sumber sihat.

Ada banyak lagi variasi karbohidrat yang jauh lebih sihat berbanding gula ni.

Ibu bapa kena hadkan pengambilan gula pemakanan harian anak sebab taknak nanti otak anak disabotaj.

Senang kata, pemberian gula putih berlebihan kepada anak sama seperti memberi toksik untuk ‘menjahanamkan’ fungsi otak.

Ada 3 tempat utama dalam otak ni yang seakan-akan dirobek dan digilis oleh kuasa gula berlebihan iaitu prefrontal cortex, hippocampus dan temporal lobe.

Ketiga-tiga ni sangat berkait rapat dengan memori dan daya ingatan.

Sebab itu, ada banyak kes di mana anak alami kesukaran untuk ingat walaupun benda senang.

Nak fokus selama 10 minit pun sangat susah.

Sebab apa?

Sebab gula berlebihan tadi telah berjaya buat “sarang” dalam otak yang diisi kebengapan dan kelembaban.

Saya menerima banyak soalan tentang kenapa anak walaupun dah hantar tuisyen, siap bayar tutor peribadi untuk ajar anak tapi macam tu je….mendatar tiada perubahan.

Duit beratus ringgit melayang macam itu sahaja, hasilnya tiada.

Masalah ini akan beri kesan kepada prestasi akademik anak di sekolah.

Mungkin boleh throwback balik apa yang ibu bapa beri anak makan sebab pemakanan ni menmpengaruhi perkembangan otak anak.

.

.

.

2. Risiko kesihatan seperti batuk, alergi, sakit tekak & imuniti lemah.

Pengambilan produk tenusu contohnya susu berperisa manis bersama dengan makanan bergula tinggi akan akibatkan berlakunya pedih ulu hati.

Serta rasa tidak selesa di bahagian tekak seolah-olah macam mual nak muntah.

Juga batuk dan alahan.

Terdapat mukus berlebihan, kerap selesema, dan adanya simptom jangkitan sinus.

Generasi moden sekarang ni didapati mengambil lebih 10 kali ganda makanan dan minuman bergula berbanding generasi lalu.

Memang tak hairan lah kerana terdapat banyak penambahan rantaian makanan segera dan convenience store di seluruh negara bak cendawan tumbuh selepas hujan.

Pengambilan gula melebihi batas ni juga buatkan imuniti badan lemah seterusnya mengundang pelbagai risiko penyakit.

Dalam badan manusia ni ada keseimbangan antara bakteria baik dan tidak baik.

Tapi bila adanya gula berlebihan akan menjejaskan keseimbangan itu.

Nak ke bukan setakat otak anak nak disabotaj, tapi dengan tubuh badan sekali?

Saya tak nak. Saya nak anak-anak saya semua sihat minda dan fizikal.

Kesian dekat anak merana nanti sebab terlalu bagi kebebasan dan tidak memantau pemakanan mereka. 

Bila anak tak perform kat sekolah, tak mampu nak skor mulalah menengking, marah-marah sedangkan diri sendiri yang tak jaga pemakanan anak.

.

.

.

3. Gigi rosak & cenderung mendapat diabetes pada usia muda.

AWAS!

Si gigi manis sebab gula ni boleh dikatakan lagi ketagih berbanding bahan terlarang iaitu dadah.

Memetik informasi dari seorang pakar nutrisi di Healthline Media.

Beliau mengatakan bahawa,

Gula berlebihan MUNGKIN memberi lebih banyak ketagihan sehingga disamakan dengan ketagihan heroin/kokain.

Jangan dipandang rendah akan gula ni sebab bahayanya perlu diambil kisah oleh setiap individu.

Masalah kerosakan gigi dan gigi berlubang dalam kalangan kanak-kanak semakin hari semakin meningkat akibat tidak menjaga pengambilan gula.

Kadar obesiti di negara ini juga meningkat dari tahun ke tahun.

Tidak dinafikan sebab ada terlalu banyak variasi makanan menggiurkan serta bergula serba mewah.

Ada beberapa cara untuk kenalpasti jika anak tuan puan ni sudah ketagihan gula;

  • Obses dengan makanan manis
  • Sanggup penuhi nafsu makanan manis
  • Ada ‘tempat rahsia’ simpan stok makanan manis
  • Tidak suka minum air kosong
  • Makan biarpun tak lapar

Ingat, biar mulut manis tapi jangan kencing manis….

Sebelum nak bagi anak manisan tu fikirkan terlebih dahulu mengenai kesihatan dan masa depan anak nanti.

.

.

.

4. Sukar dikawal, anak jadi hiperaktif & risiko sawan.

Ada satu benda kena faham di sini.

Jika kita nak bandingkan pengambilan gula ketika zaman nenek moyang kita dulu, boleh faham kenapa perlu ambil banyak sikit makanan manis.

Orang dulu-dulu sangat aktif secara fizikal jika nak dibandingkan sekarang.

Sumber pendapatan ketika itu lebih kepada pertanian, perlombongan, ketenteraan dan kerja-kerja keras untuk menyara hidup.

Orang zaman sekarang ni melihat makanan manis itu lebih kepada kenikmatan dan kepuasan.

Dalam konteks anak, berlebihan memakan gula ni boleh sebabkan faktor sugar rush dalam kalangan kanak-kanak apabila mengambil terlalu banyak makanan tinggi gula.

Jadi hiperaktif, tak boleh duduk diam dan memang susah sangat nak kawal perangai anak ketika ni.

Juga berpotensi untuk risiko terkena sawan atau shock.

Jadi, berpada-padalah ketika beri anak makan donut sprinkle atau boba tea.

Sekali sekala boleh makan, tapi jangan jadikan ia sebagai makanan harian pula.

Kalau anak yang hampir setiap hari membodek tu….

Sampai melekat kat kaki minta bubble tea…jangan dilayan sangat.

Ikhtiar untuk ganti makanan manis dengan snek lebih sihat. 

.

.

.

5. Kurangnya minat & selera terhadap makanan berkhasiat.

Ada tak anak yang ekspresi dia macam ni bila suruh makan sayur?

Apa yang anak makan tu mampu pengaruhi keupayaan anak untuk tahan godaan.

Sama macam kenapa perubahan diet sangat sukar bagi sesetengah orang.

Sebab itu penting untuk bagi latih anak makan banyak makanan berkhasiat contohnya sayur-sayuran.

Bila mereka didedahkan dari kecil, lama-lama mereka akan terbiasa makan sayur dan akan kurang makan makanan tidak sihat.

Mereka akan tahu bezakan yang mana baik yang mana tak.

Tapi berbeza pula bila anak ni didedahkan dengan coklat bar dulu berbanding bayam.

Memang takkan pandang pun sayur tu, dibuangnya sayur tu senyap-senyap masuk tong sampah.

Kebanyakan yang saya jumpa hari ini…lingkungan umur 20an tapi tidak pernah makan sayur…kalau beli nasi goreng, sayur letak tepi.

Tak boleh telan katanya…tak sedap…

Sebab tu penting untuk dedahkan mereka ketika masih kecil sebab time ni lah ibu bapa kena banyak hidangkan pelbagai jenis sayuran untuk bagi mereka biasa dengan rasa tu.

.

.

.

Kesimpulannya,

Ingatlah bahawa mengambil gula berlebihan ni lebih banyak mendatangkan KEBURUKAN berbanding kebaikan.

Agar boleh elakkan nasib malang seperti risiko terkena penyakit kronik pada usia setahun jagung.

Untuk jaga kesihatan tubuh dan serta otak tak kira lah ibu bapa mahupun anak-anak.

World Health Organization (WHO) telah keluarkan kenyataan untuk mengehadkan pengambilan gula tambahan ni kepada 6 sudu teh sahaja.

Bukan SUDU MAKAN tapi SUDU TEH.

Di negara kita, anggaran purata rakyat Malaysia mengambil gula ni adalah sebanyak 25-28 sudu.

Banyak tu tuan puan…

Kadar yang disyorkan oleh WHO perlu digunakan kerana akan beri perubahan signifikan untuk kesihatan diri dan keluarga.

.

.

.

P/S: 

Ingin dapatkan tips TERBARU daripada saya? Lebih spesifik, senang hadam dan senang praktik? Setiap MINGGU terus ke INBOX?

Klik https://neuroversiti.com/tips/

Anda Juga Mungkin Berminat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

6 Tips ‘Post Raya Cleanse’ Untuk Tubuh Langsing

10 Tips Jadikan Biskut Raya Rendah Kalori!

26 Makanan Ini Bantu Legakan Ekzema

Scroll to Top