in

Love

5 Nutrisi Penting: Potassium, Magnesium, Vitamin D, Kalsium, Vitamin C

Apabila makan pastikan nutrisi ini wujud. Hilangnya secara terus terusan undang nasib malang. Jemput penyakit bertandang.

1. Potassium – otot perlukan. Baik untuk tekanan darah. Baik untuk otak apabila tekanan darah stabil.

Ambil secara semulajadi dari ubi keledek, pisang dan avocado.

2. Magnesium – Bantu dapat tidur nyenyak. Tidur itu kunci untuk dapat kesihatan otak yang baik. Hadang penyakit dari muncul tanpa diundang.

Ambil secara natural dari kacang pea, almond dan whole grains.

3. Vitamin D – Penting untuk sistem imun. Diperlukan oleh Otak. Sumber dari ikan makeral, kuning telur dan cendawan.

4. Kalsium – Cukup kalsium dapat hindar dari tekanan darah tinggi apabila cukup potassium dan magnesium. Perlu untuk gigi, tulang dan jantung. Boleh peroleh dari brokoli.

Kalsium diserap apabila cukup vitamin D dalam sistem.

5. Vitamin C – Sejenis anti oksida. Bantu bentuk tisu dalam tubuh. Kulit cantik dengan halang sel dari rosak. Sumber banyak di dalam buah dan sayur.

Nutrisi ini penting untuk damai hidup. Penting untuk hilang serabut. Penting untuk hidup bebas sakit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bagaimana Mahu Selamat Dari Mercury Pada Ikan

Rindu