Resepi Sihat

15 Resepi Makanan Sihat

Jadikan makanan sebagai ubat. Bukan ubat sebagai makanan. Biasa dengar.

Resepi yang kami kongsikan adalah resepi makanan sihat untuk kanak-kanak dan dewasa. Resepi makanan sihat ini juga sesuai untuk resepi makanan diet.

Kebanyakan yang dikongsi ini juga adalah resepi masakan tanpa minyak. Jika ada penggunaan minyak pun, ianya adalah minyak kelapa. Alternatif kepada minyak masak biasa yang jauh lebih sihat.

Jom lihat apakan 15 resepi makanan sihat ini.

1) Ayam Panggang Black Pepper

Resepi Sihat

Sumber: Facebook Profile DrRizal Abu Bakar

Bahan-Bahan Untuk Ayam Panggang Black Pepper OCOC

  • 1
    Ayam bahagian maryland (bakar dalam kuali sahaja - boleh balut dengan daun pisang kalau mahu)
  • 2
    Jagung (steam)
  • 3
    Bawang besar (bakar separuh masak)
  • 4
    Karot (bakar separuh masak)
  • 5
    Bijan untuk tabur tabur. Bagi nampak mahal sikit bila tabur last sekali

Bahan-Bahan Untuk Sos Lada Hitam

  • 1
    Lada hitam 4 sudu (Bagi hancur ye. Guna lesung batu jer. Biar kasar kasar)
  • 2
    Minyak kelapa 2 sudu
  • 3
    Gula kelapa (saya pakai gula kelapa organic ococ). Guna 5-6 sudu. Nak manis boleh tambah. Ikut suka.
  • 4
    Bawang putih (dihiris nipis dan kecil)
  • 5
    Bawang merah (sama kena hiris juga)
  • 6
    Butter (nak sapu atas kuali jer)

Cara Penyediaan Sos Lada Hitam

  1. 1
    Panaskan kuali
  2. 2
    Masukkan minyak kelapa 2-3 sudu. Bab bergantung kepada berapa orang nak hadap benda ni nanti.
  3. 3
    Biar minyak panas. Masukkan bawang putih dan temannya. Kacau seminit dua dalam api sederhana.
  4. 4
    Masukkan lada hitam. Kacau bagi sebati.
  5. 5
    Kacau 2-3 minit
  6. 6
    Masukkan *gula kelapa 5-6 sudu. Boleh tambah kalau nak.
  7. 7
    Kacau sampai gula larut.
  8. 8
    Matikan api.
    *Kalau nak guna madu pun boleh ganti gula kelapa. Boleh juga campurkan dua sudu sos black pepper komersil

Cara Penyediaan Ayam Panggang

  1. 1
    Bersihkan ayam
  2. 2
    Toreh toreh sikit isi ayam biar sos black pepper boleh masuk
  3. 3
    Lumurkan sos black pepper. Nipis nipis jer
  4. 4
    Sapu kuali dengan sedikit butter
  5. 5
    Masukkan ayam. Tutup dengan tudung.
  6. 6
    Sebelum terbalikkan ayam sapu lagi sos black pepper. Nipis nipis jer
  7. 7
    Bila dah masak angkat dan sapu lagi sos. Kali ni banyakkan sikit. Biar nampak tebal

2) Kerabu Sotong

Resepi Sihat

Sumber: Facebook Profile DrRizal Abu Bakar

Bahan-Bahan

  1. 1
    Sotong (dicelur sekejap sampai lembut)
  2. 2
    Karot potong halus
  3. 3
    Bawang besar - dihiris
  4. 4
    Kacang panjang - potong kecil
  5. 5
    Bunga kantan - dihiris halus
  6. 6
    Tomato - dihiris halus. Kalau nak potong besar pun ok. Ikut suka.
  7. 7
    Limau nipis atau lemon untuk perahan akhir nanti.

Bahan-Bahan untuk Ditumbuk

  1. 1
    Cili
  2. 2
    Garam
  3. 3
    Gula Kelapa OCOC
  4. 4
    Belacan (optional)
  5. 5
    Sos ikan (optional sebab resepi ni ala ala siam)

Cara-Cara

  1. 1
    Tumbuk bahan untuk ditumbuk hingga sebati
  2. 2
    Campur semua bahan yang dipotong. Satukan dengan bahan yang ditumbuk. Perah limau atau lemon.
  3. 3
    Sedia untuk dihidangkan

3) Oatmeal Dengan Telur, Daun Bawang & Tamari OCOC

Bahan-bahan

  1. 1
    3 cawan air sup dari rebusan sayur
  2. 2
    4 tangkai daun bawang (s)
  3. 3
    2 sudu kecil halia
  4. 4
    1/4 sudu teh garam laut
  5. 5
    3/4 cawan oats, Steel Cut atau Rolled Oat
  6. 6
    2 biji telur (ayam kampung atau omega-3)
  7. 7
    2 sudu kecil Tamari Soy Sos (organik)
  8. 8
    1 sudu kecil Bijan Hitam

Cara-cara

  1. 1
    Panaskan kuah sup rebusan sayur
  2. 2
    Masukkan 2.3 daripada daun bawang, halia dna garam sehingga mendidih dalam periuk sederhana.
  3. 3
    Tambah oat dan biarkan hingga mendidih
  4. 4
    Kecilkan kepada sederhana rendah dan tutup dengan tudung
  5. 5
    Kacau sekali-sekala, sehingga masak sepenuhnya, kira-kira 20 minit 
  6. 6
    Pindahkan ke mangkuk, potong dan masukkan telur rebus.
  7. 7
    Tambah sos tamari, bijan dan baki daun bawang

4) Oat Kari Ayam & Almond OCOC

Resepi Sihat

Bahan-bahan

  1. 1
    250g dada ayam
  2. 2
    365g santan segar
  3. 3
    1 cawan air sup dari rebusan sayur
  4. 4
    3 tangkai daun bawang
  5. 5
    1 sudu kecil serbuk kari
  6. 6
    1 sudu kecil halia
  7. 7
    3/4 sudu teh garam laut
  8. 8
    1 cawan rolled oats
  9. 9
    2 sudu besar ketumbar segar
  10. 10
    2 sudu besar hirisan almond

Cara-cara

  1. 1
    Kiub atau cincang daging dada ayam. Buang kulit. Dapatkan 1 1/2 cawan kiub
  2. 2
    Panaskan santan, dan air sup dari rebusan sayur (atau sup ayam). 
  3. 3
    Masukkan daun bawang, serbuk kari, halia dan garam sehingga mendidih dalam periuk sederhana.
  4. 4
    Kecilkan api kepada sederhana, tambah oat, dan kecau sehingga masak sepenuhnya, kira-kira 5 minit
  5. 5
    Masukkan ayam dan kacau sehinnga mendidih
  6. 6
    Masukkan garam sekiranya perlu
  7. 7
    Pindahkan ke mangkuk, taburkan dengan daun ketumbar dan hirisan almond

5) Salad Chickpeas OCOC

Resepi Sihat

Sumber gambar: https://www.today.com/

Bahan-bahan

  1. 1
    2 cawan chickpeas yang telah dimasak
  2. 2
    Sebiji timun, dihiris, tidak dibuang kulit
  3. 3
    1 cawan tomato ceri
  4. 4
    1/2 bawang ungu, dihiris
  5. 5
    1 lada loceng hijau, dicincang
  6. 6
    1/2 cawan pasli segar, dicincang
  7. 7
    1/4 cawan zaitun Kalamata, dicincang
  8. 8
    1/4 cawan keju feta dipecahkan
  9. 9
    Jus lemon
  10. 10
    Minyak zaitun
  11. 11
    Lada hitam

Cara-cara

  1. 1
    Hancurkan chickpeas, timun, tomato, bawang, lada, pasli, zaitun, dan feta bersama-sama
  2. 2
    Tambah jus lemon segar dan minyak zaitun
  3. 3
    Tabur lada hitam di atasnya

6) Brokoli Kari Quinoa OCOC

Bahan-bahan

  1. 1
    1 sudu minyak kelapa, minyak kacang macadamia, atau ghee
  2. 2
    2 1/2 cawan brokoli dicincang halus
  3. 3
    1 cawan quinoa yang telah dimasak
  4. 4
    1/2 cawan kacang pain
  5. 5
    2 sudu goji berries atau 1/2 cawan buah anggur dipotong dua

Bahan-Bahan Pilihan

  1. 1
    1 sudu teh serbuk kari
  2. 2
    1 sudu teh jus lemon
  3. 3
    1/2 sudu teh lada putih
  4. 4
    Garam secukup rasa

Cara-cara

  1. 1
    Panaskan minyak dalam kuali besar di atas yang sederhana tinggi
  2. 2
    Masukkan brokoli dan tumis selama 2 hingga 3 minit.
  3. 3
    Tambah kari, jus lemon, lada dan garam, jika mahu. Kacau
  4. 4
    Tambah quinoa dan kacau.
  5. 5
    Masukkan kacang pain dan goji berries atau anggur dan panaskan selama kira-kira 2 minit
  6. 6
    Sajikan ketika masih panas

Nota: Menambah serbuk kari pada resepi ini mencipta kontras indah dan rasa manis dan berperisa, bersama dengan nutiri antioksidan yang bagus

7) Sup Herba Cina

Resepi Sihat

Sumber gambar: https://weelicious.com/

Bahan-bahan

  1. 1
    Air untuk merebus
  2. 2
    300gm isi ayam
  3. 3
    2 1/2 liter air (untuk sup)
  4. 4
    3 ulas bawang putih
  5. 5
    3 keping halia
  6. 6
    1 biji cili merah - dibelah 2, buang biji
  7. 7
    25gm kurma merah
  8. 8
    5 biji cendawan kering
  9. 9
    6gm goji beri
  10. 10
    2 tangkai daun ketumbar - dihiris
  11. 11
    Garam secukup rasa

Cara-cara

  1. 1
    Panaskan air sehingga mendidih
  2. 2
    Masukkan isi ayam, masak selama 5 minit. Toskan isi ayam. Buang air itu
  3. 3
    Panaskan air untuk sup. Bila mendidih, masukkan daging, bawang putih, halia, cili dan semua herba kecuali daun ketumbar
  4. 4
    Renihkan diatas api perlahan hingga isi ayam empuk
  5. 5
    Tambah garam secukup rasa
  6. 6
    Sajikan dengan hirisan daun ketumbar

8) Puding Strawberry Vanilla Chia Seed

Resepi Sihat

Sumber gambar: https://www.nutriliving.com/

Bahan-bahan

  1. 1
    4 sudu besar Chia Seed
  2. 2
    1/4 cawan susu almond (ditambah ikut selera)
  3. 3
    2 sudu teh tulen esen vanilla
  4. 4
    12 biji strawberry bersaiz sederhana
  5. 5
    Topping pilihan anda seperti kismis, goji beri dan badam kisar

Cara-cara

  1. 1
    Masukkan kesemua bahan kecuali chia seed ke dalam pengisar dan kisar sebentar.
  2. 2
    Isikan chia seed ke dalam mangkuk
  3. 3
    Tuangkan bahan yang diisar tadi ke atas chia seeds dan kacau
  4. 4
    Biarkan selama kira-kira 2 minit dan kacau sekali lagi
  5. 5
    Tutup bekas puding dan biarkan selama 20 hingga 23 minit
  6. 6
    Boleh dimasukkan ke dalam peti sejuk jika suka. Hidangkan

9) Jus Avokado

Resepi Sihat

Bahan-bahan

  1. 1
    2 biji avokado masak saize sederhana - diambil isinya sahaja
  2. 2
    2 sudu makan yogurt asli
  3. 3
    4 - 5 sudu makan madu
  4. 4
    4 cawan air (kurangkan jika suka jus yang pekat)

Cara-cara

  1. 1
    Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin pengisar. Kisar sebentar sehingga avocado hancur
  2. 2
    Masukkan ke dalam cawan dan boleh dihidangkan
  3. 3
    Boleh disejukkan jika suka sejuk dan boleh dijadikan aiskrim atau smoothies jika dibekukan

10) Sandwich OCOC

Anak nak exam, sarapan kena powerkan otak. Berikan sedikit booster. Resepinya mudah. Tidak perlu bersilat di dapur.

Bahan-bahan

  • 1
    Seketul ikan salmon. Goreng salmon tanpa minyak. Sapu sedikit minyak ghee
  • 2
    Dua biji telur direbus
  • 3
    Butter untuk disapu atas roti
  • 4
    Roti Multigrain
  • 5
    Lettuce. Sehelai atau dua helai
  • 6
    Timun. Dipotong nipis

Cara-cara

  • 1
    Seketul ikan salmon. Goreng salmon tanpa minyak. Sapu sedikit minyak ghee
  • 2
    Dua biji telur direbus
  • 3
    Butter untuk disapu atas roti
  • 4
    Roti Multigrain
  • 5
    Lettuce. Sehelai atau dua helai
  • 6
    Timun. Dipotong nipis

Selesai menu untuk breakfast. Tutup dengan coco OCOC kalau ada. Bawa bekal air kosong yang dimasukkan 2 sudu chia seed.

Berikan dia sepotong kecil dark chocolate 70% ke atas. Masa rehat boleh snacking dengan dark chocolate ini.

Boleh juga ambil buah atau kekacang seperti brazilian nuts. Elakkan ambil makanan berat.

Kalau tak exam boleh cuba tak resepi ni? Boleh.

Kita beralih ke makanan penyejuk lidah pula.

11) Resipi Ais Krim Coklat OCOC

Sumber gambar: http://www.fridaycakenight.com/

Musim-musim panas ni, sedap juga kalau boleh pekena aiskrim. Aiskrim yang dijual diluar, kebanyakannya mengandungi gula.

Gula akan mengganggu metabolisme badan. Menyebabkan kegemukan. Kurangkan gula untuk dapat nikmat kurus.

Gula juga memberi kesan kepada fungsi limpa. Ia juga penyebab kepada otak menjadi lembab. Punca mengantuk di tengahari.

Sebagai ganti, boleh cuba resepi di bawah.

Bahan-bahan

  • 1
    1 scoop protein
  • 2
    250ml santan
  • 3
    1 sudu vanilla extract
  • 4
    Secubit garam
  • 5
    1/4 serbuk cawan coco ococ
  • 6
    3 titis stevia atau ganti dengan madu asli. Manis bergantung pada selera masing-masing
  • 7
    2 sudu granulated monk fruit

Cara-cara

  • 1
    Masukkan kesemuanya dalam blender
  • 2
    Kisarkan kesemuanya
  • 3
    Kemudian masukkan hasil Coco OCOC Fudge ke dalam Popsicles (boleh beli di kedai RM2)
  • 4
    Letakkan di bahadian freezer selama dua jam atau lebih

Lepas aiskrim, kita beralih ke desert pula.

12) Fruity Oat

Fruity oat ini boleh dijadikan sebagai ganti makanan di birthday party anak-anak.

Di party, lazimnya yang dijamu adalah gula-gula, coklat bersusu, air berkarbonat, keropok-keropok dan lain-lain makanan ringan.

Tadi dah sebut keburukan gula. Ni nak sambung lagi.

Gula menyebabkan otak mengeluarkan hormone dopamine secara berlebihan terutamanya di bahagian nucleus accumbens.

Natijahnya, ketagihan kepada makanan akan memuncak.

Gula punca kepada lemah memori. Lebih banyak lupa dari ingat.

Sebabnya? Gula adalah lapan kali ganda ketagihan berbanding dadah. Bayangkan.

Semuanya adalah toksid kepada otak serta meningkatkan kadar asid dalam pembuluh darah.

Nak elakkan desert ber’gula’, boleh cuba resepi di bawah.

Bahan-bahan

  • 1
    Regular Oat - suku cawan
  • 2
    Plain Yogurt - suku cawan
  • 3
    Buah-buahan segar (mangga, oren, apple, kiwi - jenis dan saiz buah ikut selera masing-masing)
  • 4
    Kekacang (badam, cashew atau pistachio - ikut selera dan bajet masing-masing)

Cara-cara

  • 1
    Oat dimasak bersama susu sehingga kembang oat
  • 2
    Sejukkan setelah masak
  • 3
    Masukkan ke dalam blender dan blend. Masukkan buah-buahan ikut selera sebagai pemanis semulajadi
  • 4
    Masukkan ke dalam bekas kosong. Campurkan dengan plain yoghurt
  • 5
    Gaul hingga sebati
  • 6
    Masukkan kekacang ke dalam hidangan dahulu
  • 7
    Masukkan campuran oat dan yogurt ke dalam bekas.
  • 8
    Taburkan sedikit buah-buahan di atas bersama kekacang sebagai hiasan (seperti dalam gambar).
  • 9
    Boleh dimakan terus atau disejukkan terlebih dahulu

Mudah kan? Sedap pun sedap. Jom sambung ke kuih pula.

13) OCOC Banana Flatbread

Biasa makan jemput pisang? Jemput pisang dibuat menggunakan tepung putih.

Dah sebut sebelum ni keburukan tepung putih, nasi putih, dan lagi 3P di kelas online OCOC.

Jemput pisang boleh diganti dengan OCOC Banana Flatbread. Bukan saja namanya 'kerlas', malah baik untuk otak. 

Bahan-bahan

  • 1
    Pisang emas 2 sikat
  • 2
    Tepung rye
  • 3
    Tepung kelapa
  • 4
    Tepung quinoa
  • 5
    Chia seed
  • 6
    Minyak kelapa

Cara-cara

  • 1
    Ambil tepung setengah secawan belaka
  • 2
    Tabur chia seed ketika memasak, sebagai tambahan omega 3
  • 3
    Sediakan sedikit minyak kelapa untuk disapu atas kuali

Sekarang kita beralih ke powerful drink pula.

14) Powerful Drink - Limau Kasturi


Powerful drink ini boleh cuba minum untuk lepas balik kerja.

Buahnya kecil. Khasiatnya besar. Mudah tumbuh.

Harganya murah. Mudah disediakan. Selain detoks yang baik limau kasturi ada:

  • Phloretin - lebih tinggi dari epal. Lebih tinggi dari teh hijau. Bekal kuasa anti oksida luar biasa. Nikmatnya nanti ialah awet muda
  • Vitexsin - bahan power untuk darah tinggi dan jantung. Turunkan tekanan darah. Kikis lemak kolesterol jahat.
  • Asid Ferulik - untuk hilangkan kedut pada kulit.

Apabila ke kedai makan, order air ini. Letakkan madu. Nikmat dan khasiat diraih selalu.

Di rumah, boleh cuba resepi ini:

Bahan-bahan

  • 1
    Limau kasturi
  • 2
    Madu
  • 3
    Air
  • 4
    Bekas ais dalam peti sejuk

Cara-cara

  • 1
    Perah limau kasturi
  • 2
    Jus limau kasturi masukkan dalam bekas air
  • 3
    Letak dalam freezer
  • 4
    Apabila pulang kerja, masukkan dua atau tiga kiub ke dalam mug
  • 5
    Tambah air
  • 6
    Letak sedikit madu

Minum dengan bangganya. 

15) Resepi Untuk Detoks

Resepi Sihat

Detoks penting. Tujuan hilangkan toksin dari tubuh. Lemak yang terbentuk adalah salah satu contoh toksin dalam badan.

Toksin adalah bom jangka dalam tubuh. Jadi perlu buang toksin. Tak perlu sayangkan toksin itu.

Bahan-Bahan

  1. 1
    Aloe vera
  2. 2
    Limau kasturi atau lemon
  3. 3
    Timun
  4. 4
    Madu
  5. 5
    Pudina
  6. 6
    Air

Cara-Cara

  1. 1
    Sediakan isi aloe vera sebesar jari tengah dan jari telunjuk, 3 biji limau kasturi bersaiz sederhana, 5-10 helai pudina dan separuh batang timun.
  2. 2
    Blend & masukkan air ikut kepekatan yang disukai.
  3. 3
    Masukkan satu sudu madu asli.
  4. 4
    Masukkan dalam peti ais jika mahu sejuk. Atau minum terus.

Nak Cuba Mana Satu Dulu?

Rasa macam sikit sangat share 15 resipi je. Jadi, tambah satu lagi resepi ringkas dan padat, untuk elakkan gout. 

Makan daging perlu berpada. Terlebih ambil seolah pelawa gout. Undang uric acid berpesta,

Untuk elakkan gout perlu lakukan prevensi.

Boleh ambil salah satu dari senarai berikut:

  • Cuka epal - Caranya ialah ambil satu sudu cuka epal dan satu sudu madu. Campurkan ke dalam satu gelas air atau mug. Minum ketika perut kosong. Minum sebelum tidur.
  • Ambil sayuran tinggi purina iaitu asparagus, bayam, cauliflower, kacang pea dan mushroom.
  • Ambil vitamin C. 250mg pagi dan 250mg malam.

Kesemua resipi yang dikongsi ini ringkas.

Tidak perlu berjam di dapur.

Anda mahu mula dengan makanan mana?

p/s: Selain resepi ini kami juga kongsikan artikel: Dr Ini Berkongsi 20 Makanan Sihat Untuk Otak Cantik

Anda Juga Mungkin Berminat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

6 Tips ‘Post Raya Cleanse’ Untuk Tubuh Langsing

10 Tips Jadikan Biskut Raya Rendah Kalori!

26 Makanan Ini Bantu Legakan Ekzema

Scroll to Top