5 Sebab Anak Kurang Fokus

Lepas tahun baru Cina, jumlah kes kembali meningkat. 

Kekangan pandemik COVID-19, penjarakan sosial. Sistem sekolah pun berubah. 

Bila bercakap mengenai pembelajaran, salah satu rintangan yang perlu dihadapi anak-anak iaitu pembelajaran dalam talian.

Sekolah dibuka mengikut tahap. Selang seli. Minggu ni form 1 sampai 3. Minggu depan form 4 dan form 5.

Penjarakan sosial yang tidak benarkan pengumpulan beramai-ramai.

Sehingga sekarang, walaupun sekolah sudah mula beroperasi namun perlu ikut SOP untuk elak penyebaran virus yang semakin bermutasi.

Jadi, anak-anak tidak diberi peluang untuk bersosial seperti dulu-dulu.

Online distance learning sangat dipraktikkan pada masa kini agar anak tidak ketinggalan dalam pembelajaran.

Walau bagaimanapun, ibu bapa hadapi kesukaran untuk disiplinkan anak dan pastikan mereka tetap fokus belajar di rumah.

Tiadanya suasana dalam kelas, tidak face-to-face dengan cikgu, bila di rumah kena hadap komputer atau laptop.

Namun, apa lagi sebab lain yang boleh menyumbang kepada anak nak jadi kurang fokus ni? Di sini saya bentangkan 5 sebab iaitu,

.

.

1) Masa yang diluangkan tidak dipantau sehingga menyebabkan ketagihan gajet.

Keadaan pandemik berterusan ni membawa kita ke arah penggunaan teknologi dalam talian menggunakan gajet.

Namun, jika anak-anak tidak dipantau dari segi masa, lama kelamaan mereka akan ketagih gajet.

Senang je nak tahu mereka ketagih atau tak; terlalu asyik bermain dengan tablet sampai tak mahu makan.

Orang panggil pun tak dengar, terlalu taaksub bermain permainan video.

Bila tablet kena rampas, mula lah mengamuk sakan…marah lepastu baling barang ataupun guna kekerasan seperti memukul.

Ibu bapa harus ingat,

Ketagihan gajet boleh membawa kepada banyak masalah seperti ADHD, speech delay, sukar begaul dengan orang sehingga kemurungan!

Jangan biarkan melarat sebab pendedahan gajet dari usia muda lagi akan semestinya mendatangkan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.

.

.

2) Ketagihan gajet membuatkan anak sukar tumpukan perhatian & jadi malas.

Apabila anak terlalu banyak habiskan masa dengan gajet, mereka akan pulaukan diri mereka dan tak nak berhubung dengan dunia luar.

Penggunaan gajet ni juga akan ubah persekitaran perkembangan anak.

Satu kajian yang dibuat oleh Russian Psychological Society pada tahun 2013 mengkaji tentang hubungan antara perasaan kebergantungan pada gajet dan kesediaan untuk menolak penggunaan gajet.

Dan mendapati,

Perubahan dalam keperluan dan psikologi antara faktor utama penggunaan gajet berlebihan. 

Sebab itu bila dah terbiasa bagi anak main fon. Mereka akn mula berasa selesa dan ketagih.

Anak-anak susah nak fokus bila disuruh untuk belajar dan membuat kerja rumah. Mereka mudah terganggu.

Kebiasaannya bila suka sangat bermain gajet ni anak-anak cenderung untuk tidur lewat.

Menyebabkan mereka jadi mengantuk pada keesokan hari.

Bila dah biasa tidur lambat, badan jadi susah nak kembali pada waktu tidur normal.

Kekurangan tidur ni boleh datangkan masalah psikologi seperti mudah marah, kemahiran sosial terjejas dan daya ingatan jadi lemah.

.

.

3) Tiada keseimbangan antara waktu belajar dan waktu bermain.

Dalam apa jua perkara yang kita buat, perlu ada balance. Betul tak?

Kalau anak-anak lebih banyak habiskan dengan bermain permainan video atau melayari sosial media, takkan ada keseimbangan dalam hidup mereka.

Macam tiada tujuan dalam hidup, tak tahu nak buat apa lagi selain main.

Anak-anak patut gunakan peluang ni untuk belajar benda baru dalam hidup, tuntut ilmu baru, keluar daripada zon selesa dan cuba perkara baru.

Sebab tu perlunya pengurusan masa yang bijak. Buat jadual waktu dan ikut peraturan yang telah ditetapkan.

Jadual waktu yang seimbang akan dapat mendisiplinkan anak-anak.

.

.

4) Tidak diberi nutrisi secukupnya untuk perkembangan otak & minda.

Seperti yang saya selalu katakan, pemakanan paling penting untuk menentukan tahap kesihatan otak.

Kenapa kita perlu makan makanan yang bagus untuk tubuh badan dan minda?

Kalau makanan untuk jiwa kita adalah dengan perbanyakkan baca Al-Quran, makanan untuk diri perlulah berasaskan diet yang seimbang.

Penting untuk kecerdasan otak, tumbesaran, sistem imun dan sistem jantung.

Saya ada kongsi banyak makanan berkhasiat untuk otak cantik antarannya avokado, salmon, brokoli, beri biru, rumpai laut, chia seed dan epal.

.

.

5) Tiada peraturan di rumah untuk mendisiplinkan anak-anak.

Dalam dunia ni ada peraturan. Sama ada di tempat kerja mahupun di sekolah. Rumah pun sama.

Memandangkan anak-anak banyak habiskan masa di rumah disebabkan pandemik COVID-19 maka rumah sekarang menjadi sekolah mereka. Ibu bapa jadi guru mereka.

Jadi, amat penting untuk ibu bapa buat peraturan di rumah. Bahagikan masa dengan aktiviti keluarga dan aktiviti pembelajaran.

Perlu ada had masa untuk bermain dengan telefon, menonton TV dan beriadah.

Anak-anak juga perlu diberi didikan sewajarnya tentang penggunaan gajet secara sihat.

.

.

Pokoknya;

Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi tahap fokus anak terutama pada musim pandemik.

Ibu bapa memainkan peranan signifikan dalam membimbing anak-anak agar mereka dapat berkembang sepenuhnya.

Ibu bapa juga harus peka dengan gaya hidup dan cara pemakanan anak-anak bagi memastikan tahap kecerdasan minda anak berada pada tahap optimum.

.

.

P/S: 

Ingin dapatkan tips TERBARU daripada saya? Lebih spesifik, senang hadam dan senang praktik? Setiap MINGGU terus ke INBOX?

Klik https://neuroversiti.com/tips/

Anda Juga Mungkin Berminat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

6 Tips ‘Post Raya Cleanse’ Untuk Tubuh Langsing

10 Tips Jadikan Biskut Raya Rendah Kalori!

26 Makanan Ini Bantu Legakan Ekzema

Scroll to Top