5 TIPS KAWAL ANAK HIPERAKTIF!

Berteriak….menjerit…menjerkah anak-anak sebab tak reti nak duduk diam, patut atau tidak?

Pada lingkungan umur 3-6 tahun ni anak-anak paling aktif, main itu main ini memang tak ingat dunia, betul tak?

Sebagai ibu bapa saya pasti tidak ada yang tidak berasa geram kan apabila anak tak boleh duduk diam.

Lebih teruk apabila mereka mula menggangu orang di sekeliling, kenal atau tidak kenal.

Hiperaktif ialah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada kanak-kanak yang punyai tingkah laku yang terlampau aktif secara fizikal.

Tumpuan mereka juga sangat singkat. Apakah 5 tips yang ibu bapa boleh gunapakai untuk kawal anak hiperaktif?

.

.

.

1. Lebih kerap habiskan waktu lapang bersama

Ibu bapa kena tahu anak hiperaktif ni sebenarnya nak ibu bapa mereka ada dengan mereka.

Luangkan masa bersama dengan mereka dengan bermain permainan yang dapat merangsang komunikasi dan tingkatkan focus span.

Seeloknya pilih sesuatu perkara yang mereka enjoy. Contohnya bermain dengan haiwan peliharaan, sesi buat cupcake kegemaran, beriadah.

Mereka selalunya akan terus terusan bertanya benda yang sama berulang kali. Masa ni ibu bapa kena banyak sabar.

Akan sampai satu tahap mereka akan mulai letih tapi itulah, mental ibu bapa kena strong.

.

.

.

2. Beri perhatian dan kasih sayang secara positif

Anak hiperaktif ni mudah sangat nak melenting. Terutama jika keinginan mereka tidak dituruti.

Ingat, bila deal dengan anak hiperaktif ni kena ada usaha berterusan yang perlu dibuat tanpa jemu kerana ia lebih mencabar berbanding dengan anak-anak yang lain.

Mereka akan mula memberontak, baling barang, pukul orang di sekeliling dan bertindak di luar kawalan mereka hingga boleh cetuskan bahaya.

Ibu bapa kena selalu waspada dan awasi anak hiperaktif. Kena segera tegur dan nasihati mereka sekiranya benda yang mereka buat tu bakal menempah akibat buruk.

.

.

.

3. Buat peraturan & had batasan yang jelas

Pepatah ada berkata, melentuh buluh biarlah daripada rebungnya.

Dalam konteks kawal anak hiperaktif ni, jika sudah nampak tanda-tanda maka hendaklah ibu bapa disiplinkan mereka dengan segera.

Selalunya anak hiperaktif ni kita boleh tengok tanda; tak boleh nak duduk diam, tak mampu nak fokus lama, mudah terganggu, ingin orang lain untuk ikuti kemahuan mereka.

Ibu bapa kena ingat, jangan terlalu ikut kemahuan mereka. Anak hiperaktif ni juga mudah melenting jika kemahuan tidak dituruti.

Cuba kawal kecendurangan mereka agar tabiat hiperaktif mereka tidak mengarah kepada perkara negatif.

.

.

.

4. Beri teguran & nasihat bijak

Ha cara nak tegur pun kena betul. Elak guna kata-kata negatif yang menunjukkan perasaan benci ibu bapa terhadap anak.

Anak hiperaktif ni dia boleh tahu, yang boleh mengarah kepada mereka berfikiran bukan-bukan.

Elak guna perkataan seperti bodoh, lembab yang boleh mendatangkan malu kepada mereka.

Bagi saya, memang kena banyak sabar sebab ada anak hiperaktif ni memang macam-macam ujian.

Elak daripada guna kekerasan dengan memukul mereka sekiranya mereka langgar peraturan atau had yang telah ditetapkan. Sebaliknya, cuba communicate dengan mereka.

.

.

.

5. Sekiranya tidak terkawal, rujuk nasihat pakar

Ada momen di masa anak hiperaktif ni bertindak melakukan perkara yang boleh mencederakan diri sendiri.

Contohnya lompat dari tempat yang sangat tinggi sehingga boleh menyebabkan risiko tulang patah.

Bila nak bercakap, nak tegur tidak diendahkan. Buat sesuka hati tanpa hiraukan orang sekeliling.

Jika keadaan anak nampak macam tak boleh dikawal, segera dapatkan nasihat dan rawatan pakar.

.

.

.

Pokoknya,

Apa yang ibu bapa perlu tahu, menggunakan kekerasan dalam percakapan dan perbuatan tidak akan mendatangkan kebaikan.

Sebaliknya, komunikasi tu ialah kunci utama untuk berhubung dan memahami mereka. Ibu bapa juga perlu berfikiran kreatif.

Cari cara macam mana anak pelbagaikan aktiviti yang boleh tarik perhatian anak hiperaktif untuk fokus.

Jadi, ikutilah tips yang saya bagi tadi untuk memastikan anak hiperaktif dapat dikawal.

Anda Juga Mungkin Berminat

21 Makanan Atasi Ekzema

Elak 5 Benda Ni Kalau Tak Mahu Ekzema Makin Teruk!

6 Tips Atasi Sikap Suka Tangguh Kerja

12 Makanan Turunkan Asid Urik Penyebab Gout

Apa Beza Turun Berat Dengan Turun Lemak?

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

Scroll to Top