5 Tips Self-Healing

“Finding yourself amidst the clutter”

Siapa yang cakap dia OK je, tak stres tak tertekan tu….check balik diri tu masih lagi manusia ke tidak…

Gurau je…gurau ada makna ya. Kenapa? 

Dalam dunia ni, tiada orang yang tiada masalah; walau sekecil zarah pun tetap ada masalah, konflik.

Apatah lagi zaman sekarang…..wabak Covid-19 yang semakin serius…ekonomi makin merosot…kadar menganggur makin tinggi…ramai kehilangan kerja…kena buang…

Macam mana nak cari duit untuk support keluarga, support diri sendiri?

Maka, tersangatlah mudah untuk kita berada di bawah pengaruh stress, kemurungan, gelisah, keresahan dan serangan panik disebabkan masalah yang saya cakap tadi.

Macam-macam cara dah buat; pergi jumpa pakar psikologi pun paling tidak, bagi preskripsi ubat tapi masih tidak mampu sembuhkan. 

Hal berkaitan masalah dalaman ni susah nak rawat dengan ubat sahaja.

Betul tak?

Macam mana kita nak atasi masalah di atas? Kalau boleh, tanpa bergantung kepada ubat-ubatan.

Ketenangan jiwa dan pemikiran sangat memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental.

Ya saya faham…walaupun kedengaran senang tapi sebenarnya bukan mudah untuk buat. Tapi, ingat belum cuba belum tahu.

Di sini saya akan kongsi 5 tips mudah untuk self-healing:

Apa itu self-healing?

Self-healing ni menekankan kepada kuasa mental/minda kita untuk menyembuhkan sesuatu masalah.

 

 

1- Atur pernafasan dan senyum

Pernah dengar kan frasa ‘first impression’…dalam konteks ni pemikiran, jiwa raga dan fizikal tubuh perlu seiring.

Perkara pertama kita bangun kita mesti lihat diri kita kat cermin, apa kita nak buat?

Bangun pagi tu…setkan terus dalam minda nak buat apa…jangan rushing jangan nak buat banyak benda dalam satu masa.

Buat perlahan-lahan tapi konsisten.

Jika kita amalkan kaedah ni, secara automatik tubuh kita akan jadi lebih tenang.

Ni merupakan pintu untuk self-healing; sebelum nak buat sesuatu perkara, mulakan dengan mengawal pernafasan dan senyum.

 

 

2- Jujur dengan diri sendiri

Manusia ni sifatnya selalu berubah.

Dengan menerima segala fikiran dan emosi, kita akan jadi lebih tenang. Yang lepas jangan dikenang, jadikan pengajaran.

Nak sedih boleh tapi jangan terlalu terbawa-bawa dengan emosi.

Sama lah dengan perasaan marah, jangan kita pendam semua benda. Bila rasa perlu luah, luahkan.

Memendam perasaan tidak akan mendatangkan faedah kepada kita. Jangan mengasari diri dengan kumpul segala dendam kesumat.

Konon nak hukum diri sendiri, pendam sampai perit. Salah tu, jangan buat macam tu.

Berlembutlah dengan diri kita.

 

 

3- Tepuk jantung tanya jantung

Jantung merupakan organ paling signifikan untuk metabolisma badan.

Dalam apa jua perkara yang kita buat, kalau kita rasa berdebar, resah gelisah…sebaiknya kita berehat dulu.

Ambil masa 3-5 minit, tepuk jantung kita dengan perlahan, ibarat kita memberi signal kepada jantung untuk berehat seketika.

Ni proses penting dalam self-healing; ramai yang gagal mengawal tekanan perasaan disebabkan ketidakupayaan mereka untuk kawal degupan jantung.

Biasanya bila nervous ni kita fikir negatif. Biarkan dulu emosi negatif tu mengalir…jangan pendam…biarkan ia mengalir seperti air sungai…

Bila dah terkawal, sambung balik.

 

 

4- ‘Self-talk’ positif

Tenaga positif yang ada dalam badan kita sangat luar biasa.

Apa yang kita salurkan ke dalam minda kita akan mempengaruhi fizikal kita. Ramai yang masih tidak tahu akan hal ni.

Selalulah kita puji diri kita, yakinlah bahawa kita akan dapat mengatasi masalah yang kita hadapi.

Jika kita diberi ujian bertubi-tubi, jangan kita mengeluh dan berputus asa. Selagi kudrat mampu, cari jalan penyelesaian.

Jangan downgrade diri kita…kesian diri kita dilukai secara mental.

Cara kita berbicara dengan diri kita boleh membuat kita maju ke depan atau mundur ke belakang.

 

 

5- Doa

Saya yakin setiap orang ada kepercayaan mereka yang tersendiri.

Dalam hidup ni, setiap perkara yang terjadi ada hikmahnya. Jadi berdamailah dengan diri sendiri. Jangan kita ungkit kenapa kita diuji, kenapa kita tidak seperti orang lain, kenapa rezeki orang itu lebih baik daripada rezeki kita.

Ingat! Doa boleh mengubah sesuatu yang mustahil kepada sesuatu yang mustajab. Apa pun yang berlaku, dalami hati dan selami kekalnya doa.

Doa merupakan penutup self-healing, pada akhirnya hanya kepadaNya kita berserah dan meminta pertolongan.

 

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

6 Tips ‘Post Raya Cleanse’ Untuk Tubuh Langsing

10 Tips Jadikan Biskut Raya Rendah Kalori!

26 Makanan Ini Bantu Legakan Ekzema

Scroll to Top