6 Bahan Bertoksik Dalam Makanan Segera

Baru baru ni McDonald’s ada buat comeback.

Dengan Ayam Goreng 3x Spicy.

Saya yakin ia menjadi kegilaan orang ramai.

Terutama mereka yang gemar makanan pedas.

Fast food semakin mendapat tempat di hati manusia.

Ini disebabkan dunia hari ini yang semakin sibuk.

Kekangan masa bekerja dan jem sesak di jalan raya.

Membuatkan ramai lebih prefer untuk drive through beli makanan segera.

Betul tak?

Fast food dianggap serupa sajian cepat yang mudah didapati.

Asal ada duit, boleh beli

KFC, McDonald’s, A&W, Marrybrown, Secret Recipe, Burger King.

Kalau malas keluar, boleh order melalui FoodPanda atau GrabFood.

Harga standard. Rakyat marhaen, rakyat kayangan dua-dua jadi peminat tegar.

NAMUN! INGAT!

Adalah TIDAK DIGALAKKAN untuk terlalu kerap ambil makanan sebegini.

Kerana adanya bahaya tersembunyi yang boleh mendatangkan bahana.

Umpama ribut yang datang merosakkan seluruh sistem pertahanan dalam badan.

Membuka ruang buat penyakit datang bertandang. Dihalau tetap berdegil

Jangan ambil mudah tentang isu bahan kimia tersembunyi dalam makanan segera.

Saya yakin ramai yang sedar dan sudah tahu tentang bahan kimia yang diletakkan dalam makanan.

Untuk tingkatkan lagi rasa, warna dan memastikan makanan kekal segar.

Realitinya, ramai rakyat Malaysia yang menghidap penyakit kronik.

Berpunca daripada gaya pemakanan yang tidak sihat. 

Bukan itu saja, 1 daripada 2 rakyat di negara ini obes.

Tahun 2020 saja 50% rakyat sama ada overweight atau obes.

Yang menghidap diabetes pun meningkat.

Nak banding dengan zaman 90an dulu, seperti langit dengan bumi. 

Bila tengok corak pemakanan pun, saya tidak terkejut sebaliknya sudah boleh agak.

Berbeza pula dengan sebahagian penduduk bumi yang dikenali sebagai long-lived societies.

Di Sardinia (Italy), Okinawa (Jepun), dan Ikaria (Greece)

Rata-rata penduduk Blue Zones ini punyai BMI paling sihat.

Dan jangka umur mereka panjang

Mungkin kita boleh belajar daripada mereka tentang gaya pemakanan yang diamalkan.

Jujur saya cakap, Malaysia perlu berubah segera.

Fikirkan kesihatan.

Apabila terlalu kerap memakan makanan segera.

Bahan-bahan kimia di dalamnya buatkan badan dipenuhi bertoksin.

Dan menggalakkan pertumbuhan sel-sel kanser.

Arteri tersumbat dek pengumpulan lemak kolesterol. 

Apabila semakin berumur, bahan ini sedikit demi sedikit terkumpul dalam badan.

Bersedia jadi tank pemusnah berperingkat.

Bagaikan bom letup yang boleh memusnah bila-bila masa

.

.

.

1. Perasa ‘Daging Semula Jadi’

Pernah tular baru baru ni di AS tentang isu kentang goreng McDonald’s.

Yang dikatakan tidak vegan kerana mengandungi perasa daging lembu semula jadi.

Spesifiknya, ada hydrolyzed milk dan hydrolyzed wheat dalam perasa tersebut.

Apakah sebenarnya maksud natural flavour?

Secara am, perasa semula jadi merujuk kepada perasa berasaskan tumbuhan.

Haiwan, makanan laut atau tenusu

Namun, perasa ini bukanlah 100% semula jadi.

Kerana ia telah ditingkatkan dan diubahsuai dalam makmal.

Apa beza perasa semula jadi dengan perasa tiruan?

Perasa semula jadi bermula dengan bahan organik dan bukannya bahan sintetik.

Kedua-duanya boleh mengandungi bahan kimia yang sama.

Bezanya iaitu perasa dicapai melalui proses yang berbeza.

Sama ada diekstrak daripada produk alam semula jadi.

Ataupun dihasilkan oleh ahli kimia organik.

Seorang ahli kimia makanan yang juga pakar penyelidik perasa iaitu Gary Reineccius menjelaskan,

Perasa daging lembu semulajadi TIDAK SEMESTINYA datang daripada daging lembu itu sendiri

Ada kisah tersendiri mengapa ia diberi nama sedemikian.

Suatu ketika dulu, industri makanan mengambil kira harga daging lembu dalam pasaran.

Daging lembu terlalu mahal hanya untuk diekstrak perisanya dan dagingnya dibuang begitu saja

Jadi, mereka perlu mencari alternatif lain untuk membuat perasa yang tidak perlu menggunakan produk berasaskan daging

.

.

.

2. Propylene glycol

Food and Drugs Administration (FDA) mengklasifikasikan propylene glycol.

Sebagai agen anti-caking.

Bahan cecair likat tak bewarna, hampir tiada bau, serta jernih dengan rasanya yang manis pudar pudar

Propylene glycol banyak digunakan dalam pencuci mulut.

Bahan perapan, minuman ringan, frosting kek dan produk tenusu beku.

Apa kegunaannya?

Untuk memelihara tekstur agar makanan sentiasa terlihat segar dan lembap.

Tidak kering. Juga bertindak sebagai pelarut untuk tingkatkan rasa serta warna

Tengok gambar di atas. Sungguh menyelerakan dan menggiurkan bukan?

Tapi kena ingat. Makan sekali sekali tiada masalah.

Kalau kerap, bahana menanti.

Nak tahu tak yang propylene glycol ni juga aktif digunakan dalam produk bukan makanan,

Contohnya kosmetik dan pembuatan pek ais.

Bila tahu tu, bagi saya tidak berapa menyelerakan nak makan.

Badan berperang untuk nak proses bahan ini. Bahan kuat.

Bila masuk dalam tubuh badan, ada risiko kesihatan.

Terutama mereka yang ada masalah hati dan ginjal. Yang sihat pun termasuk.

.

.

.

3. Tertiary butylhydroquinone (TBHQ)

Pernah terfikir tak kenapa makanan berproses ni lambat betul tarikh luputnya?

Kadangkala bertahun-tahun lama.

Sebab tak nak bagi produk tersebut cepat rosak atau busuk.

Apabila dikilangkan secara besar-besaran untuk tujuan import eksport.

Bahan pengawet tertiary butylhydroquinone (TBHQ) ada dalam snek bergoreng.

Bahan ala ala kristal berwarna terang dengan sedikit bau ini tugasnya.

Untuk elak kerosakan pada lemak haiwan atau minyak.

Dalam buah dan sayur ada antioksidan kan.

TBHQ ni pun dianggap sebagai antioksidan untuk lemak dan minyak tersebut.

Tapi antioksidan yang penuh kontroversi.

TBHQ ni sering digunakan dalam pembuatan cat dan varnis.

Bayangkan dalam makanan.

Berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam jurnal Food Bioscience (2018),

TBHQ boleh ubah kesan baik probiotik iaitu bakteria baik yang menyokong usus.

Sekaligus mempengaruhi kesihatan

Healthline juga berkongsi beberapa kajian yang berfokuskan kepada POTENSI bahaya pengambilan TBHQ secara berterusan;

  1. Potensi berlakunya hati bengkak.
  2. Potensi kesan neurotoksik.
  3. Potensi terkena sawan.
  4. Potensi lumpuh.

Jadi, selepas ini tuan puan mungkin boleh elak membeli makanan yang mempunyai label seperti di bawah;

  • tert-butylhydroquinone
  • tertiary butylhydroquinone
  • TBHQ
  • butylated hydroxyanisole

.

.

.

4. Potassium Bromate

Apabila memilih roti untuk dimakan.

Pastikan tuan puan baca terlebih dahulu label yang diletakkan.

Elak beli roti yang berkemungkinan ada tertulis potassium bromate.

Kenapa agaknya?

Sebagai pengguna, kita wajib tahu tentang jenis roti yang berbahaya untuk kesihatan kita.

Bukan hanya tertakluk kepada bahan ini sahaja.

Bahan lain termasuk L-eysteine dan azodicarbonamide.

Potassium bromate ni adalah ejen pengoksida.

Digunakan untuk menguatkan roti dan menjadikannya anjal dan gebu

Terdapat dakwaan yang mengatakan di mana,

Ketika proses membakar roti, potassium bromate akan berubah komposisi kimianya kepada bahan tidak karsinogenik iaitu potassium bromide

Namun, jika terlalu banyak potassium bromate digunakan, atau roti tidak dibakar cukup lama pada suhu yang cukup tinggi.

Akan ada baki bahan tersebut.

Sudah semestinya bahan ini menjadi favourite ingredient.

Terutama syarikat pembuatan roti kerana banyak kos dapat dijimatkan.

Namun!

Ketahuilah tuan puan akan bahaya bahan ini.

Berpotensi untuk terkena kanser tiroid dan ginjal.

Sel-sel kanser menjadi galak apabila bertemu dengan potassium bromate.

Memakan bahan ini ibarat memberikan tapak asas untuk kanser membentuk dengan jayanya.

Saya tidak pasti di Malaysia bagaimana.

Potassium bromate telahpun diharamkan penggunaannya.

Di negara seperti Korea Selatan, Brazil, China dan Eropah.

Sebaiknya, beli roti yang ada ditulis unbleached iaitu yang dibuat daripada tepung gandum tanpa peluntur. Atau organik.

.

.

.

5. Phosphate Addictive

Phosphate addictive ini berasal daripada mineral fosforus yang dibentuk khas.

Untuk tingkatkan rasa, warna serta bertindak sebagai pengemulsi.

Bahan kimia ni ada dalam makanan seperti air berperisa, keju, daging yang dipek, nuget dan sosej.

Christy Brissette selaku dietitian melalui penulisannya di The Washington Post (2017) menjelaskan,

Phosphate addictive ini berpotensi untuk menjadi lemak trans pada masa hadapan.

Kerana digunakan secara berleluasa

Dan sudah terdapat banyak bukti tentang efek buruk kepada kesihatan manusia

Apa yang dimaksudkan dengan lemak trans?

Lemak trans berupaya untuk tingkatkan kolesterol buruk (LDL) dan turunkan kolesterol baik (HDL)

LDL yang tinggi bersama HDL yang rendah akan membawa kepada pengumpulan kolesterol dalam salur darah

Inilah yang menyebabkan risiko penyakit paling digeruni iaitu serangan jantung dan strok mengejut.

Lisa Gutekunst iaitu seorang dietitian berdaftar mengesyorkan.

Agar pengguna luangkan sedikit masa scan label pada makanan dan cari perkataan yang ada tertulis phos-.

Phosphate addictive ni ada banyak nama berbeza.

Tetapi hanya dengan mengenalpasti phos- akan dapat membuktikan bahawa adanya bahan ini dalam produk.

Oleh itu, disarankan agar beli produk alternatif lain, jenama lain yang tidak gunakan bahan tersebut.

.

.

.

6. Propyl gallate

Propyl gallate iaitu sejenis serbuk kristal berwarna putih sedikit pahit yang tidak ada bau.

Bertindak sebagai bahan tambahan makanan tiruan.

Selain makanan, bahan ini banyak digunakan dalam produk kosmetik, syampu, dan juga farmaseutikal.

Propyl gallate melambatkan jangka masa makanan daripada rosak dan memanjangkan jangka hayat minyak

Contoh makanan yang ada bahan ini termasuk produk daging sejukbeku, instant soup, mayonis, dan gula-gula getah.

Propyl gallate iaitu ejen talam dua muka; ejen antioksidan penuh kontroversi.

Dianggap sebagai suspek karsinogenik

Selalu menjalankan misinya bersama dua rakan baik iaitu BHA (butylated hydroxyanisole) and BHT (butylated hydroxytoluene)

BHA dan BHT ni pengawet untuk lemak. Penyebab alergik dan hiperaktif.

Negara Jepun, UK dan sebahagian Kesatuan Eropah telah haramkan penggunaan bahan kimia ini.

.

.

.

Pendek kata,

Masing-masing diberi peluang untuk memilih. Tiada yang memaksa. 

Bagi yang mementingkan kesihatan diri.

Saya pasti anda tahu apa yang perlu dilakukan.

Bagi yang masih lagi lagha dalam kesedapan selagi badan masih kuat.

Mohonlah kembali ke pangkal yang benar.

Nak berubah dalam sekelip mata itu susah.

Berubahlah perlahan-lahan.

Tiadapun niat ingin jaga tepi kain orang.

Sekadar berkongsi ilmu kerana dalam Islam,

Amanah menjaga kesihatan diri itu penting.

Manusia zaman kini terlalu alpa dengan nikmat yang telah dianugerahkan oleh-Nya.

Sifat manusia ni apabila sudah ditimpa bala, sakit baru akan sedar, menyesal.

 

Anda Juga Mungkin Berminat

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Anemia Mampu Jejas Perkembangan Otak Anak?

Scroll to Top