6 Perbezaan Mineral Water & Drinking Water

Kalau pergi ke pasar raya, masa nak beli air tu memang pilih jenis minuman ataupun main ambil je?

Ada orang…dia tengok design…cantik ke tak, ada juga yang tengok jenis…semula jadi ataupun berbungkus…lain orang lain ragam…

Saya memang akan tengok dulu kandungan yang ada dalam air sesuai dengan keperluan.

Ada 2 jenis iaitu air mineral semula jadi dan air minuman berbungkus.

Kalau dalam Bahasa Inggeris, mineral water and drinking water lah..paling common.

Jika lihat dari pandangan mata kasar, perbezaan paling ketara adalah dari segi penutup botol. Drinking water ni penutup warna putih sahaja, yang lain-lain warna SELAIN putih tu mineral water.

Ha tahu ke tak tahu sebelum ni?

Ni saya ringkaskan 7 perbezaan antara mineral water dan drinking water:

 

 

 

1. Punca air

Mineral water ni punca sumber adalah dari air bawah tanah. Macam telaga, mata air, gerekan.

Kalau drinking water ni, semua punca air adalah dari sistem bekalan air paip dan awam contonhya air permukaan (kolam, tasik, sungai) dan air tanah (telaga, mata air).

Satu persamaan ialah kedua-dua jenis air ni perlu dapatkan lesen dan kebenaran dulu dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tak boleh main korek je pastu buat jadi air…nanti kan tak pasal-pasal pergi toilet berulang kali.

 

 

 

2. Penambahan mineral

Nama pun dah mineral water, memang air dah ada sumber mineral jadi air tidak diperkaya dengan sebarang vitamin atau lain-lain mineral.

Kalau drinking water, terdapat beberapa penambahan contoh macam magnesium, kalium, sodium, karbon dioksida.

 

 

 

3. Penambahan karbon dioksida

Kalau mineral water, tidak boleh diperkaya dengan bahan lain tetapi penambahan karbon dioksida dibenarkan.

Drinking water pun memang ada penambahan karbon dioksida.

 

 

 

4. Rawatan air

Mineral water tertakluk kepada satu atau beberapa jenis rawatan asalkan kandungan air tak diubahsuai.

 

Contoh rawatan;

  • Penapisan
  • Pengklorinan diikuti pendeklorinan
  • Pengudaraan diikuti pendeudaraan
  • Pengkarbonan/pendekarbonan
  • Pensterilan ultra ungu
  • Pelakuan ozon
  • Pempasteuran

Drinking water pula agak lain berbanding mineral water. Semua jenis rawatan air boleh diaplikasikan selari dengan pematuhan standard yang telah ditetapkan.

 

Contoh rawatan;

  • Penurasan
  • Penyulingan
  • Osmosis berbalik
  • Elektrodialisis
  • Penukaran ion
  • Disinfeksi 
  • Menurunkan keliatan air

 

 

 

5. Label

Label sangat penting supaya orang awam tahu apa yang dimasukkan ke dalam air yang mereka beli.

 

Contoh label yang biasa dijumpai di botol Mineral Water;

  • Dilabel sebagai ‘Air Mineral Semula Jadi’ atau ‘Air Mineral Semula Jadi Berkarbonat’ sekiranya ada karbon dioksida
  • Nama semua kandungan mineral
  • Nilai pH
  • Lokasi punca
  • Jenis punca
  • Nombor kelulusan KKM
  • Punca diluluskan oleh KKM
  • Nama dan alamat lengkap pengeluar
  • Asal negara sama ada ‘Buatan Malaysia’ atau negara lain

 

Contoh label yang biasa dijumpai di botol Drinking Water;

  • Dilabel sebagai ‘Air Minuman’ atau ‘Air Minuman Berkarbonat’ jika ada karbon dioksida
  • Amaun mineral atau garam tambahan (jika ada)
  • Jenis punca
  • Nombor kelulusan KKM
  • Punca diluluskan oleh KKM
  • Nama dan alamat lengkap pengeluar
  • Asal negara sama ada ‘Buatan Malaysia’ atau negara lain

 

 

 

6. Cara pembungkusan

Siapa yang masih tak tahu kegunaan penutup botol ni dia sebenarnya fungsi kenapa ada botol tu ada banyak warna.

Mineral water ni ada pelbagai jenis warna KECUALI putih. Botol pula warna tak boleh solid, kena berkeadaan telus dan transparent.

Drinking water pula hanya ada SATU sahaja warna iaitu putih. Botol pula sama dengan mineral water, kena telus dan lutsinar.

Ha jadi dah boleh beza dah kan air mineral semula jadi dengan air minuman berbungkus?

 

Ramai yang tanya, yang mana lagi bagus untuk diminum? Ada yang cakap mestilah mineral water tapi ada pula yang kata sebaliknya.

Ada yang cakap ni marketing strategi ni…mineral water ni lagi jernih…

Kalau saya, rasa air ni sebenarnya ikut selera orang tu sendiri. Ada yang pilih mineral sebab ada health benefits, ada yang pilih drinking water sebab rasa lagi fresh.

Kalau ikutkan harga mineral water lagi mahal, orang cakap kalau mahal mestilah bagus. Apa pendapat anda tentang ni?

 

 

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

5 Penyakit Bawaan Air Ramai Tak Tahu

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

Scroll to Top