6 Petanda Kolesterol Tinggi Tapi Kurus!

5 jenis penyakit membunuh rakyat Malaysia;

Sakit jantung, strok, jangkitan paru-paru, asma dan kanser.

Mindset orang kita, asal gemuk je mesti ingat badan tak sihat, ada banyak kolesterol.

TAPI tahukah anda?

Kadar lemak tinggi ni bukan sahaja ada dalam golongan ni.

Walaupun badan kurus TAK SEMESTINYA badan sihat.

Kolesterol tinggi ni tak kira umur, berat mahupun bentuk badan.

Kolesterol tinggi ni sangat bahaya sebab berisiko untuk dapat serangan jantung dan strok.

Sebab tu penting untuk kita jaga pemakanan dan amalkan gaya hidup sihat.

Secara ringkas, kolesterol ni ada baik ada jahat.

Kolesterol baik dipanggil ‘lipoprotein berketumpatan tinggi’.

Kolesterol jahat dipanggil ‘lipoprotein berketumpatan rendah.

Apa tanda-tanda anda mungkin mempunyai kolesterol tinggi walaupun tidak obes?

1- Sakit di bahagian dada

Tanda pertama bila tahap kolesterol dalam badan tinggi adalah apabila rasa sakit pada bahagian dada.

Masa tengah bernafas pun rasa tak lepas. Sakit macam jarum mencucuk-cucuk.

Penyebabnya apabila pembuluh darah tersumbat.

Maka jantung tidak akan peroleh oksigen yang cukup dari darah.

Masa ni jantung kena kerja kuat untuk dapatkan bekalan oksigen mencukupi.

Jadi sebab tu akan rasa sensasi ketat dekat dada.

2- Kaki rasa kebas bersemut

Pernah tak bila duduk bersila terlalu lama, time nak bangun tu kaki rasa kebas kesemutan?

Kaki kebas ni juga salah satu gejala tahap kolesterol tinggi dalam badan.

Sebabnya apabila saluran darah tersumbat, jadi sempit.

Menyebabkan aliran darah ke kaki tidak lancar.

Jangan pandang rendah gejala kebas kaki ni.

Nama saintifik dipanggil arteri periferal (PAD).

Kalau tidak segera diubati boleh berisiko dapat penyakit vaskular periferi.

3- Bintik putih kekuningan bawah mata

Kalau ada nampak bintik-bintik kecil warna putih kuning tu kena jaga-jaga!

Mungkin salah satu tanda kolesterol dalam badan tinggi.

Bintik ni juga ada banyak jenis antaranya bintik matahari, xanthoma atau milia.

Kalau berkaitan kolesterol ni dipanggil xanthoma.

Gumpalan lemak dan kolesterol tinggi dalam badan boleh sebabnya bintik ni untuk timbul.

Makin banyak bintik tu maka makin tinggi kadar kolesterol.

4- Badan tidak seimbang

Pernah tak alami keadaan di mana anda dapat rasa persekitaran berputar dan rasa nak rebah?

Koordinasi badan ni sangat penting untuk kita buat aktiviti harian

Masalah ketidakseimbangan badan ni berpunca daripada masalah pembuluh darah tersumbat.

Pembuluh darah di dalam otak yang tersumbat mengganggu saraf yang berperanan untuk mengawal keseimbangan badan.

5- Selalu letih & mengantuk

Gejala mengantuk ni benda biasa terutama pada masa sekarang.

Tidak cukup tidur akibat bekerja, sekarang ni ramai yang suka melibatkan diri dalam dunia bisnes, pergi ke sana ke sini untuk meeting.

Kurangnya aliran darah ke otak menyebabkan kurang oksigen dan badan jadi letih.

Ingat, kalau gejala mengantuk ni makin lama makin teruk dan kerap daripada biasa sampai menjejaskan rutin harian.

kena cepat-cepat dapatkan rawatan segera.

Terutama apabila kerap mengantuk pada waktu siang.

6- Masalah sesak nafas

Sesak nafas, waspada pembunuh senyap.

Amalan gaya hidup sihat melalui pemakanan dan aktiviti fizikal.

TIDAK SEMESTINYA seratus peratus dapat menjamin tahap kesihatan seseorang.

Ini boleh dibuktikan apabila terdapat peningkatan kes kematian mengejut ketika beriadah.

Jadi, dalam apa jua aktiviti yang kita buat, kena rujuk pakar yang arif contoh dalam kecergasan.

Dapatkan nasihat coach tentang jenis senaman yang sesuai dengan kemampuan kita.

Ada banyak faktor yang boleh sumbang kepada gejala sesak nafas ni; tinggi kolesterol akan burukkan lagi risiko.

Pokoknya,

Jika tuan puan ada mengalami gejala seperti yang say huraikan di atas untuk jangka masa yang lama.

Kolesterol tinggi sangat berbahaya dan berisiko tinggi untuk dapat penyakit kronik.

Walaupun tidak sakit, tidak bermakna tidak sihat.

Dianggarkan 99.9% individu berada dalam keadaan ‘separuh sihat’ yang boleh cetuskan penyakit kronik.

Dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor.

Anda Juga Mungkin Berminat

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Anemia Mampu Jejas Perkembangan Otak Anak?

Scroll to Top