7 Aktiviti Bersama Anak Di Rumah Waktu Lockdown

Musim Lockdown?

Masa kita mesti banyak dihabiskan di rumah.

Anak-anak pula pasti bosan duduk di rumah. Tak dapat ke sekolah, tak dapat berjumpa dan bermain dengan kawan-kawan.

Waktu inilah Ibu Ayah harus ambil peluang. Banyakkan masa dengan anak-anak. 

Cipta aktiviti bersama anak-anak.

Buat hobi. Bila ada hobi baru masa tertumpu ke situ.

Banyakkan aktiviti luar rumah. Jangan terperap dalam rumah.

Ayah dan ibu kena turut serta. Kurangkan gajet.

Ramai tidak sedar bahayanya gajet ini untuk anak-anak.

Walau ada yang kata bagus untuk perkembangan anak, mohon faham itu adalah marketing orang berniaga.

Saya kongsikan 7 aktiviti boleh buat Bersama anak waktu Lockdown.

Demi anak-anak, Ibu Bapa perlu fikir dan cari cara untuk sediakan aktiviti seronok untuk bantu isi masa lapang mereka di rumah.

1. Building Block

Building block, alat bunyian, alat mainan berkaitan persepsi visual boleh membantu perkembangan kognitif kanak-kanak.

Melatih pemikiran strategis.

Abang dan kakak boleh main sesama sendiri. Banyakkan interaksi.

Main chess atau dam haji pun bagus.

Sangat berguna di kala anak-anak tak boleh keluar rumah.

Supaya anak-anak tak bosan, beri tema berlainan setiap hari.

Contohnya hari ini tema robot, roket dan dinasor.

2. Mainan Pop It

Mainan Pop It, siapa tak kenal?

Baru-baru ini viral di Media Sosial. Tidak hairanlah ramai ibu bapa belikan untuk anak-anak.

Mainan ini sangat bagus untuk anak-anak. Bukan sahaja menghibur tapi juga bisa melatih motorik dan sensorik anak usia kecil.

Paling elok permainan ini dapat meningkatkan kognitif dan mengatasi stres.

Dengan memicit gelembung-gelembung yang ada, anak akan merasa puas dan dapat menghilangkan stress kerana adanya sedikit suara yang dihasilkan dari gelembung tadi.

Kalau ada anak-anak autisme, ADD dan ADHD sangat bagus bagi mereka cuba main dan rasakan kerana sifatnya yang dapat menenangkan semasa dimainkan.

3. Stamping Art

Permainan ini sangat menyeronokkan!

Memberi peluang untuk anak-anak berekspresi dan meneroka kreativiti mereka.

Warna dan bentuk yang terlibat dalam proses ini merangsang imiginasi mereka untuk lebih kreatif selain memaksa mereka untuk berfikir.

Walau bagaimanapun, Ibu Bapa perlu kreatif sedikit dalam menyediakan bahan untuk permainan ini.

Sediakan kertas majong dan watercolour.

Sambil tu, boleh cari bahan-bahan yang ada di rumah seperti lemon, daun kering, batang saderi, duit syiling.

Kemudian, ajar anak-anak buat stamping guna bahan-bahan tersebut. Anak-anak pasti seronok!

Simpan dan puji hasil kerja mereka. Bila mereka besar, boleh tunjukkan semula.

4. Ajak Anak Buat Simple Exercise

Bersenam tanpa memerlukan peralatan yang pelik-pelik.

Buat Zumba pun sudah memadai. Pasang screen besar-besar di laptop atau TV.

Buka Youtube. Pasang muzik rancak untuk naikkan semangat mereka.

Ajak mereka buat pergerakan sekali bersama-sama. Mereka pasti seronok!

Kalau boleh buat reward. Siapa yang konsisten selama 5 hari berturut-turut dapat hadiah.

5. Ajak Anak Basuh Kereta Atau Basuh Motor

Jika tadi aktiviti di dalam rumah, ini pula aktiviti di luar rumah.

Basuh kereta dan motosikal.

Motif utama bukan nak membasuh sangat. Nak ajak anak main air.

Tahukan anda? Bermain air dapat beri emosi positif pada anak sekaligus dapat merangsang skil dan tumbesaran anak.

Selain itu, aktiviti ini tingkatkan ‘family bonding’ bersama keluarga.

Gurau senda dan berbual-bual bersama dapat memahami lebih mendalam kemahuan dan kehidupan mereka.

6. Jigsaw puzzle

Permainan ini dapat meningkatkan tumpuan dan menajamkan skill penyelesaian masalah.

Secara tidak langsung dapat merangsang kepekaan visual dan sekaligus menambahkan pengetahuan kognitif anak.

Sepanjang tempoh menyiapkan puzzle, kanak-kanak akan belajar berfikir dan menyusun strategi.

Proses ini melibatkan beberapa proses penyelesaian masalah seperti memahami masalah, meneroka pilihan yang ada, meninjau kesan akibat pilihan dan memilih pilihan terbaik.

Semua langkah ini seterusnya boleh diaplikasikan dalam kehidupan mereka.

7. Fokuskan Perkara Gembira

Dalam keadaan sekarang ni, penting untuk kita latih anak fokus kepada perkara yang positif, bukan perkara yang negatif.

Setiap malam, tanyakan kepada mereka 3 perkara apa yang paling best mereka buat hari ini.

Ajar supaya mereka bersyukur.

Mereka harus di didik dengan bersyukur sejak kecil supaya mereka ada sifat toleransi dan belas kasihan kepada mereka yang kurang bernasib baik.

P/S: Nak belajar ilmu tentang Neuroparenting? Berdasarkan kajian sain dan psikologi, Klik https://neuroversiti.com/neuroparenting-2/

Anda Juga Mungkin Berminat

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Anemia Mampu Jejas Perkembangan Otak Anak?

14 Makanan Bantu Cegah Radang Apendiks!

8 Tips Mudah Jaga Kebersihan Gigi

Kenapa Negeri Pantai Timur Sering Dilanda Banjir?

Biji Cili Penyebab Radang Apendiks?

Scroll to Top