Sentiasa Ceria

7 Cara Mudah Untuk Tingkatkan Mood Supaya Sentiasa Kelihatan Ceria

Pernah tengok orang monyok sepanjang masa? Pernah tengok orang yang nampak happy sepanjang masa?

Yang mana satu kita suka berkawan?

Ya, kita nak jadi orang yang sentiasa kelihatan ceria. Namun, langit tak selalunya cerah. Ku sangkakan panas berpanjangan...

Bila ditimpa kesusahan, kita kena cuba keluarkan dari cabaran tersebut. Ya, kita sendiri. Bukan orang lain.

Bab kata Dr Rizal, 

Apa tips-tips yang boleh kita buat untuk ceria selalu?

1) Berjalan

Kurang endorphins jadikan kita agresif, mudah terkena kemurungan dan bimbang tanpa sebab.

Banyakkan endorphins dengan bersenam. Senaman yang MUDAH ialah berJALAN.

Endorphins adalah ubat PERCUMA semulajadi.

Berjalan memberi manfaat. Bukan sahaja pada tubuh badan. Itu yang kita biasa dengar sebelum ni.

Secara spesifiknya:

  1. 1
    Kajian dari King College London - berjalan jauhkan risiko terkena depression
  2. 2
    Harvard Health report pula laporkan berjalan tingkatkan tahap kesihatan otak
  3. 3
    Laporan dari surat khabar The Independent sebut kajian pada tahun 2018 ke atas wanita di UK dapati berjalan selama 10 minit keluarkan hormon endorfin. Mood jadi baik
  4. 4
    Laporan di Science Daily pula jelaskan berjalan selama 30 minit keluarkan Brain-Derived Neurotrophic Factor, aka, BDNF, protein penting untuk perkembangan dan survival neuron, neuro plasticity, dan baikpulih fungsi kognitif manusia
  5. 5
    Kajian di Stanford University tahun 2014 berjalan naikkan input kreativiti sebanyak 60%

Ada banyak lagi kelebihan berjalan.

Bersenam lahirkan hormon penting OTAK - S.E.E.D:

S: Serotonin

Penting Untuk Belajar

  • Bantu memori jangka pendek.
  • Pengaruh serotonin besar pada hidup manusia.
  • Kurang serotonin boleh jadi depress.
  • Serotonin tempat asalnya di otak. 
  • Tapi ada 400 juta serotonin dalam usus.
  • Aktiviti senaman penting untuk stabilkan serotonin antara otak dan usus.

  • E: Endorfin

    Hormon Happy

    • Mood jadi lebih baik. Kita suka. Orang lain pun suka.
    • Endorphine adalah morfin semulajadi. Hilangkan rasa sakit. 
    • Mampukan manusia ukir senyum di saat penat dan lelah.
    • Eksklusifnya endorfin ini keluar pada waktu tertentu.
    • Salah satunya ialah melalui senaman.
    • Menariknya senaman ini tidak perlu senaman hardcore.
    • Senaman ringan sekadar berjalan kaki sudah beri impak hebat ini.

    E: Epinephrine

    Penting untuk Fokus dan Memori Jangka Panjang

  • Juga dikenali sebagai hormon adrenalin.
  • Pernah dengar fligh and fight mode?
  • Di saat kita dikejar anjing contohnya kita berada pada mod flight. Kita cabut lari.
  • Di waktu kita berhenti dan kejar balik anjing kita berada dalam mod fight.
  • Emosi yang kuat seperti takut dan marah juga lahirkan hormon ini.
  • Adrenalin akan dirembeskan ke pembuluh darah.
  • Apabila masuk ke darah, degupan jantung meningkat, otot jadi kuat dan pembakaran gula lebih baik.

  • D: Dopamin

    Bantu Bentuk Memori Baharu

  • Penting untuk tidur, pergerakan, tingkahlaku dan pola fikir, dan baguskan mood.
  • Kurang dopamin undang bahaya.
  • Penyakit parkinson adalah satu satu darinya.
  • Berlaku apabila otak tidak lagi keluarkan dopamin.
  • Masalah ketagihan dadah juga berpunya dari dopamin.
  • Dadah sebabkan dopamin kurang dikeluarkan.
  • Rosakkan reseptor di bahagian otak yang keluarkan dopamin.

  • Hormon SEED ini penting untuk semua.

    Pelajar, ibubapa, orang bisnes dan anda.

    SEED yang tidak stabil beri kesan buruk pada manusia.

    Apabila stabil nikmatnya luarbiasa.


    Elak duduk terperap dalam bilik bila dalam keadaan 'down'. Cuba luangkan masa berjalan hari-hari.

     

    Jika tidak sempat, doa supaya diberi keberkatan masa.

     

    Boleh pesan pada kenalan jika ada yang depres?


    Tips seterusnya telah dikongsi pada seorang pelajar, N. Depresi N bermula seawal umur 17 tahun. Selepas mengamalkan tips ini, senyum menguntum setiap masa.

    2) Tulis 3 Perkara Yang Disyukuri

    Dunia N jadi kelam dan mendung sentiasa. Air mata jadi teman setia.


    N mahukan penyelesaian. Mahu keluar dari bergantung dengan ubat.


    Baginya ubat tidak membantu. Jadikan dia lesu. Fikiran juga tidak menentu.


    Saya dengar N bercerita. Sesekali dia mengesat air mata. Temannya S cepat-cepat hulurkan tisu. Tangannya pantas menggosok belakang S.


    Kisah ini berlaku hujung tahun lepas.


    Baharu baharu ini N hantar laporan. Sudah bebas dari ubatan. Sudah dapat lihat betapa indahnya langit biru.


    Dapat merasa betapa lapangnya fikiran dan dada. Yang terpenting senyum menguntum setiap masa.


    Tiada lagi sayu. Tiada sendu. Tiada lagi sendiri termanggu tanpa teman.


    Sewaktu berjumpa dulu saya minta N lakukan sedikit tugasan. Ini hasil kajian di jurnal American Paychologist. Kajian ini popularkan gerakan positive psychology.


    Dalam kajian ini libatkan 577 orang yang depressed. Umur sekitar 35 tahun hingga 54 tahun. Mereka diminta untuk tulis 3 perkara positif yang berlaku pada mereka setiap malam.


    Mereka juga diminta tuliskan secara ringkas sebabnya. Dalam masa seminggu mood mereka terus berubah. Mood jadi stabil. Mereka lebih ceria.


    Mood mereka kekal berubah hingga ke bulan 3. Setelah eksperimen dihentikan, mood mereka terus kekal ceria. Tiada lagi duka dan nestapa.


    Saya beritahu N. Lakukan tugasan ini. Dia buat bersungguh. S beri sokongan dan pantauan.


    Ini adalah contoh kerdil the power of words. Contoh kecil the power of focus. Apabila perkataan positif, fokusnya kepada perkara positif, yang negatif tiada ruang untuk bersarang. Ia mengecil dan hilang.


    Sekali sekala ia mahu datang bertandang. Biarkan. Hantar sahaja ia pulang.


    Aktiviti ini bukan sahaja untuk orang depressed. Tapi untuk semua orang. Lagi dibuat, lagi banyak sel otak berkaitan hal positif berhubung.


    Mudah sahaja. Buat dapat nikmat. Buat sampai jadi hebat.


    Bersyukur menyihatkan badan. Bersyukur mengundang bahagia kepada pengamalnya. Bersyukur nyenyakkan tidur.


    Dengan menulis hanya 3 perkara yang kita syukurkan setiap hari selama 21 hari berturut-turut sudah mampu meninggikan tahap syukur kita.


    Menariknya ianya kekal selama 6 bulan.


    Itu mengikut kajian.


    Bersyukur menyebabkan otak merembeskan dopamine, bahan kimia otak yang membuatkan kita rasa bahagia.


    Bersyukur mengaktifkan dua bahagian otak yang terlibat memproses emosi, hubungan interpersonal, kepuasan dalam interaksi social, pertimbangan moral, dan kemampuan memahami keadaan mental seseorang.


    Bahagiannya ialah anterior cingulate cortex (ACC) dan medial prefrontal cortex (mPFC).


    Tips seterusnya hanya dikongsi semasa sesi private coaching sahaja.


    3) Brain Hacking OCOC

    Tips ini adalah bagaimana untuk cipta GEMBIRA apabila suasana adalah sebaliknya. Tips ini semestinya hasil dari kajian saintifik. Bukan rekaan.


    Kaedah BRAIN HACKING OCOC mudah. Ikut 4 langkah berikut: 


    Apabila kita menggigit batang pensel yang diletak melintang, kita mengaktifkan otot muka. Otot ini akan hanya aktif apabila kita senyum.


    Gigitan yang membentuk rupa seperti tersenyum ini akan menghantar signal ke otak bahawa kita sedang senyum.


    Akibatnya? Otak mula merembeskan hormon GEMBIRAnya.


    Jadi apabila nak pulang sekolah dengan muka sugul, ambil pensel minta anak buat terapi BRAIN HACKING OCOC ini. Katakan pada anak, cuba senyum. Pasti menjadi.


    Oh ya. Boleh juga dicuba untuk En Suami dan Puan Isteri. Jangan PERCAYA. BUAT sahaja.


    Poin seterusnya kita beralih pada makanan.


    4) Cari Makanan Yang Dapat Tingkatkan Hormon Serotonin, Dopamin, dan Endorfin

    A - Hormon Serotonin

    Cara MUDAH stabilkan mood ialah dengan tingkatkan hormon serotonin.


    Hormon penting di dalam OTAK pertama dan OTAK kedua – perut.


    Untuk tingkatkan serotonin perlu naikkan tryptophan. Satu lagi hormon. Ia seperti kopi dan air.


    Apabila bercantum keduanya baharulah terbit aroma dan diberi nama air kopi.

    Segar apabila dinikmati.


    Tryptophan terdapat dalam bahan-bahan ini:

    1. 1
      Telur
    2. 2
      Keju
    3. 3
      Ne​nas - bagus untuk redakan batuk juga. 

    Apabila stress, apa kata ambil sepotong nenas atau sekeping keju atau sebiji telur.


    Mood jadi stabil. Pulang ke rumah dengan senyuman.


    Pasti mengundang bahagia berpanjangan.


    B - Hormon Dopamin


    ​Apabila dopamine naik kita bahagia. Mood jadi baik.

    Ikut kajian 3 jenis makanan berikut bantu baiki mood. Kunci ketiga tiga ini ialah hormon dopamine.

    Apabila mood merudum, boleh cuba ambil salah satu dari senarai ini:

    1. 1
      Minyak zaitun
    2. 2
      Ikan salmon
    3. 3
      Walnut

    Soalnya kenapa perlu tunggu hingga mood menjunam baharu mahu ambil? Apakata dijadikan amalan harian?

    C - Hormon Endorfin

    Selain makanan tingkatkan serotonin dan dopamine, cari makanan yang hadirkan endorfin. Mudah sahaja. Ambil dark chocolate lebih 70%.

    Lebih mudah lagi ambil coco OCOC. Dibuat dari 70% dark chocolate. Oh ya, endorfin juga adalah pain killer semulajadi.

    5) Cari Makanan Yang Menurunkan Hormon Stress - Kortisol

    A - Magnesium

    Berdasarkan kajian, magnesium adalah antara penjinak kepada hormon stres terbaik. Jadi perlulah ambil magnesium.

    Terfikir juga boleh sahaja ambil suplemen magnesium. Tapi nilai serapan dalam tubuh tidak pasti. Kalau macam itu bagus lagi ambil dari sumber asli. Lebih alami.

    Mujur dalam Coco OCOC juga ada magnesium. Yang menariknya coco OCOC adalah, ianya mengandungi jumlah magnesium pada takat yang betul. Lebih alami.

    Selain coco OCOC, makanan lain yang mengandungi magnesium termasuk sayur bayam, kale, ikan, kekacang (contoh: almond, cashews, walnuts), avokado, buah tin, dark chocolate, dan pisang.

    Magnesium bukan sahaja untuk rendahkan kortisol. Magnesium diperlukan untuk 300 biochemical reaction dalam tubuh. Maksudnya tubuh perlu magnesium untuk lakukan 300 jenis proses bahan kimia dalam tubuh.

    Banyak betul kepentingan magnesium. Walaupun dah banyak, ada lagi satu. 

    Magnesium bantu dapatkan tidur yang nyenyak. Panjangkan fasa tidur gelombang delta.

    Apabila tidur masuk fasa delta, growth hormon akan keluar. Buat proses self healing tubuh. Mudakan wajah dan tubuh.

    B - Vitamin C

    Stres berlaku apabila hormon kortisol meninggi. Untuk redakan stres perlu turunkan hormon ini. Salah satu cara ialah tingkatkan vitamin C.

    Sumber vitamin C banyak terdapat pada:

    1. 1
      Kiwi
    2. 2
      Oren
    3. 3
      Betik
    4. 4
      Capsicum

    Apabila diambil dengan teh hijau, mood jadi lebih stabil. Pulang ke rumah senyum terukir di bibir. Tiada lagi stres menghurung diri.

    6) Elak Makanan Yang Menganggu Kesihatan Otak

    Bab kata pepatah Inggeris, “An apple a day keeps the doctor away”.

    Kalau makan epal sebiji, dan pada masa yang sama kita juga makan jajan, makanan bergula, deep-fry, dan pelbagai lagi makanan yang tidak baik untuk otak, adakah epal itu membantu?

    Apabila stress rasa mahu mengunyah tinggi. Semua makanan nampak sedap.

    Banyak makanan pilihan waktu stress menambah derita. Tingkatkan hormon kortisol- hormon stres. Sebabkan keradangan dalam tubuh. Lembabkan otak.

    Sedapnya sementara. Hujungnya letih menjelma. Buat kita tercungap dan ternganga.

    Lima yang perlu elak:

    1. 1
      Ais krim
    2. 2
      Donut dan croissant
    3. 3
      French fries
    4. 4
      Energi bar
    5. 5
      Minuman bergas


    Perasan tak semua ilmu yang dikongsi ini banyak tentang hormon? Semuanya berkaitan dengan otak.

    7) Pelajari Ilmu Tentang Otak

    Apa sahaja yang kita buat setiap saat, semuanya ada kaitan dengan otak. Kita bekerja, guna otak. Kita memandu, guna otak. Kita berfikir, guna apa?

    Ada pelbagai bahagian di dalam otak. Setiapnya ada peranan.

    Andai salah satu tidak berfungsi dengan baik, dapatkan bahagia dan tenang dimiliki?

    Punca perbalahan manusia, sakit manusia, tiada motivasi contohnya, ada jawaban di dalam OTAK.

    Basal Ganglia, yang terletak (lebih kurangnya) pada bahagian atas telinga manusia yang tidak aktif adalah punca manusia hilang motivasi.

    Risau sang ibu yang mengandung anak luar nikah menyebabkanya meninggalkan anaknya di tempat yang tidak tergambar oleh akal sihat manusia.

    Puncanya? Risau yang berlebihan yang tempatnya di Basal Ganglia yang terlalu aktif.

    Orang yang berulang-ulang mengambil dadah kerana di Basal Ganglia inilah letaknya tempat nikmat.

    Andai ia menjadi aktif ketagihan menjadi-jadi.

    Orang obes yang tidak dapat berhenti makan, di sinilah juga tempatnya.

    Basal Ganglia merayu-rayu pemiliknya meminta makan.

    Andai pemiliknya makan, berat badannya terus meningkat.

    Puncanya ialah kurangnya gamma-Aminobutyric acid atau GABA berkurangan. Pengambilan suplemen GABA boleh membantu.

    Penting untuk mengetahui tentang OTAK.

    Pengetahuan tentang kesihatan OTAK boleh membawa kepada tenang dan bahagia.

    Bukankah itu yang kita dambakan?

    Ini baru cerita pasal Basal Ganglia. Belum masuk pada bahagian CEO of the brain, Prefrontal Cortex. Atau hipocampus, pusat memori.

    Andai Tuan Puan berminat untuk belajar lanjut, boleh sertai kelas online OCOC. Sebelum ini sudah buat 3 batch. Sekarang kelas finale. Modul OTAK, iaitu Otak, Tidur, Aktiviti, dan Kudapan (Makanan) akan diceritakan.

    Ilmu mahal untuk hidup lebih bahagia. Mahu belajar?

    Boleh Share Artikel Ini Pada Kenalan?

    JIka ada kenalan yang mengalami tekanan, share kan matlumat ini pada mereka.

    Oh ya, di akhir artikel ini, kami sertakan beberapa rujukan tentang makanan yang perlu dielak. Banyak sudah kami kongsi sebelum ini.

    Mungkin artikel ini terlalu banyak untuk dihadam.

    Jika tuan puan mahu ‘shortcut’, boleh sertai kelas OCOC online. Boleh klik gambar di bawah ini.

    Rujukan Tambahan

    Anda Juga Mungkin Berminat

    21 Makanan Atasi Ekzema

    Elak 5 Benda Ni Kalau Tak Mahu Ekzema Makin Teruk!

    6 Tips Atasi Sikap Suka Tangguh Kerja

    12 Makanan Turunkan Asid Urik Penyebab Gout

    Apa Beza Turun Berat Dengan Turun Lemak?

    Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

    Scroll to Top