7 Fakta Tentang Penyegar Udara Semula Jadi

Tahukah anda?

Ada tumbuh-tumbuhan yang sebenarnya boleh bertindak sebagai penyegar udara semula jadi?

Lepasni tak perlu terlalu kerap guna air freshener.

Yang beli kat kedai sebab ada berisiko untuk kesihatan.

Lagi bagus kita pilih tumbuhan aromatik berbanding penyegar udara yang buatan.

Kalau guna bahan-bahan yang natural ni.

Kualiti tidur pun akan meningkat, otak pun akan dapat berkembang sepenuhnya.

Ada 7 info yang kita perlu tahu tentang natural air freshener ni;

 

1- Bertindak sebagai pembersih udara

Tumbuhan seperti aloe vera.

Sangat membantu untuk membersihkan udara.

Dengan membunuh bahan kimia berbahaya yang berterbangan.

Contoh macam benzena dan formaldehyde.

Macam mana nak tanam?

Letak aloe vera dalam pasu kecil dan boleh letak kat sudut bilik.

Pernah dengar lidah mertua?

Bukan mak mertua…rupa macam aloe vera tapi lebih besar dan gelap.

Unik kan namanya?

Lidah mertua ni boleh serap racun sekali gus menyegarkan udara.

Tumbuhan ni sangat common dan banyak terdapat di rumah-rumah.

Lagi satu, spider plant yang punyai daya serap yang sangat tinggi terhadap racun di udara.

Spider plant ni boleh serap racun sehingga 90% hanya dalam masa dua hari!

Hebat bukan?

2- Meneutralkan bau busuk

Kalau dalam rumah, senang sangat nak berbau busuk.

Tambah-tambah kalau cuaca mendung dan basah. Tak kisah lah di sudut mana pun.

Ada juga bau kurang menyenangkan di bilik air.

Bau paip kumbahan memang boleh buat pening kepala.

Antara tumbuh-tumbuhan yang boleh digunakan untuk meneutral bau busuk.

Adalah daun pudina, daun pandan, daun limau kasturi, daun serai wangi, dan azalea.

3- Penyegar udara ekologi

Tahu kan penyegar udara yang dijual tu ada banyak bahan toksik.

Ini fakta bukan auta. Nak ke kita hirup udara bertoksik.

Penyegar udara semula jadi adalah solusi yang paling sihat.

Dan ekologi untuk memastikan ruang bebas daripada radikal kimia.

Bila semula jadi ni, boleh cipta resepi sendiri dengan menggabungkan beberapa jenis buah-buahan dan herba.

4- Menambah aroma wangian

Area rumah atau pejabat akan sentiasa ‘beraroma.’

Dan lebih tahan lama berbanding yang buatan.

5- Menghalau nyamuk dan serangga

Pernah dengar tak basil?

Basil ni bukan sahaja sesuai untuk diletakkan dalam masakan.

Tapi efektif untuk halau nyamuk.

Ha aroma basil ni sangat kuat menyangat!

Memang tak berani la nyamuk nak datang dekat!

Tumbuhan lain yang boleh digunakan untuk halau serangga.

Termasuk lavender, catnip, lemon balm dan serai.

6- Tidak perlu berbelanja banyak

Penyegar udara yang dibuat sendiri ni.

Kita boleh cipta ikut aroma dan bau yang kita suka.

Ada orang suka bau yang lembut, tak terlalu strong.

Ada yang suka bau kuat nak bagi feel macam suasana hutan.

Mana-mana pun boleh.

Paling penting, ia terhindar daripada bahan kimia.

Kepelbagaian bahan ini akan memberi kesan bau yang tersendiri.

Contoh campuran yang boleh try buat kat rumah;

  • Epal, kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih.
  • Estrak lemon, thyme, pudina dan vanila.
  • Oren, badam dan halia.
  • Lemon, kapur, rosemary dan vanila.

7- Menenangkan minda

Aroma sangat mainkan peranan penting dalam menentukan emosi kita.

Dalam hidup seharian, ada hari-hari di mana kita punya mood tidak menentu.

Ada banyak faktor; stres bekerja, stres berfikir.

Oleh itu, bau yang menyenangkan akan mempengaruhi emosi dan mood anda.

Daripada negatif akan jadi positif.

Minda tenang, hati pun senang.

Anda Juga Mungkin Berminat

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

5 Penyakit Bawaan Air Ramai Tak Tahu

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

Scroll to Top