Bunga cengkih

9 Kebaikan Bunga Cengkih (Selain Legakan Batuk Kering)

Bunga cengkih serta 9 khasiatnya untuk kesihatan.

Ramai tak tahu.

Sekali tergigit. Boleh gelap dunia kejap.

Herba yang wajib ada dalam juadah masakan.

Tiada rempah ni. Maka tiadalah rasa unik yang serlahkan perasa.

Sama macam herba lain.

Ini dia khasiat cengkih yang perlu anda tahu.

Bunga Cengkih: Ejen Antioksida

Padat dengan anti oksida.

Sama macam buah sitrus seperti lemon atau limau kasturi.

Anti oksida penting untuk lawan radikal bebas.

Kesan amal bunga cengkih?

Risiko rendah kena penyakit jantung.

Diabetes dan beberapa jenis kanser.

Anti oksida juga ada banyak dalam dark chocolate! BACA DI SINI

Lindungi Hati

Bahan cukup penting untuk lindungi organ hati.

Ada anti oksida seperti eugenol.

Redakan oxidative stress. Dan rendahkan kolesterol.

Rempah tradisional ni juga ada ciri anti gumpal.

Hampir sama fungsi macam aspirin.

Elak gumpalan darah. Penyebab serangan jantung dan strok.

Macam mana dengan gula putih? Apa kesan pada organ? BACA DI SINI

Redakan Sakit Kepala

Ada ciri cooling dan pain-relieving.

Paling elok, letak beberapa biji dalam kain sapu tangan.

Kalau nak tumbuk pun boleh.

Kemudian, hidu.

Nak senang guna minyak cengkih.

Tahu tak ada flavonoid dan ejen anti inflamasi untuk kurangkan tension.

Untuk sakit kepala dan anxiety.

Kacang pecan bantu masalah hypertension. Betul ke? BACA DI SINI

Rempah Tradisional: Lancarkan Penghadaman

Cengkih legakan saluran usus.

Dan elak masalah loya, cirit-birit, sakit perut dan muntah.

Cengkih ni elok dijadikan penyegar udara semula jadi untuk minda yang tenang.

Caranya:

  1. Rebus air
  2. Masukkan 5 biji cengkih.
  3. Masukkan kulit limau.
  4. Rebus selama 30 minit.
  5. Biarkan sejuk

Nanti masukkan air rebusan ke dalam jar.

Tutup guna kertas. Ikat.

Dan guna pencucuk lidi untuk buat lubang.

Letak di ruang tamu atau bilik tidur.

Ada apa dengan air freshener? Yang selalu dok pakai dekat rumah? Dalam kereta?

BACA DI SINI

Tingkatkan Kesihatan Mulut

Herba ni elok untuk rawat sakit gigi.

Yang ada nafas berbau tu pun elok lah amalkan ni.

Eugenol dalamnya bantu hapuskan bakteria.

Saya yakin tak ramai yang nak gigit herba ni kan.

Ada satu lagi makanan bagus untuk nafas berbau iaitu nanas.

Ada bromelain.

Untuk nafas segar serta kuatkan gusi dan gigi.

Ni tips untuk khasiat berganda:

  1. Campurkan jus nanas (sekali dengan serat) dengan cengkih dan kayu manis.
  2. Panaskan guna api kecil.
  3. Kacau dan biarkan sejuk.
  4. Minum.

Apa khasiat air kelapa muda ramai yang tak sedar? BACA DI SINI

Redakan Keracunan Makanan

Cengkih ada sifat antiseptik. Bagus untuk usus.

Juga anti-mikrobial.

Bantu halang bakteria penyebab keracunan makanan.

Dari terus beranak pinak.

Antaranya bakteria E.coli.

Selain cengkih.

Boleh juga guna lemon, halia, bawang putih dan cuka epal cider.

Tahu tak limau kasturi juga elok untuk keracunan makanan? BACA DI SINI

Bunga Cengkih: Halang Bakteria Penyebab Jerawat

Jerawat boleh terjadi apabila hormon berubah.

Atau kerana stres. Usus kotor juga antara punca. Toksin terkumpul.

Dan tidak jaga kebersihan muka.

Ini cara mudah buat mask muka untuk jerawat.

  1. Masukkan serbuk cengkih dalam mangkuk.
  2. Masukkan 1 sudu makan madu dan perahan jus lemon.
  3. Gaul dan lumur pada muka.
  4. Biarkan selama 5-7 minit.
  5. Kemudian, bilas dengan air suam.

Usus kotor antara punca jerawat naik. Macam mana nak cuci usus? BACA DI SINI

Turunkan Kolesterol Tinggi

Ni tips untuk turunkan masalah kolesterol tinggi.

  1. Masukkan 1 sudu teh serbuk cengkih dalam 1 gelas air suam.
  2. Minum setiap pagi.

Boleh juga letak serbuk kayu manis.

Bantu boost fungsi insulin untuk diabetes.

Nak tahu apa khasiat bunga telang? Yang selalu guna untuk warnakan nasi kerabu?

BACA DI SINI

Galakkan Rambut Tumbuh

Lancarkan aliran darah di kulit kepala.

Serta aliran oksigen pada akar dan folikel rambut.

Cengkih juga boleh atasi masalah rambut beruban (premature greying).

Ia cuci folikel rambut dan tambah seri pada setiap helaian.

Jadikan rambut lembut bersinar.

Tahu tak kacang Brazil boleh bantu atasi rambut gugur? BACA DI SINI

 

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

14 Kebaikan Minum Air Kosong Pada Suhu Bilik

4 Tips Pemakanan Untuk Ibu Hamil

29 Makanan Kaya Kalsium Untuk Tulang Kuat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

Scroll to Top