7 Makanan Untuk Kurang Berat Badan

Pernah tak tengok orang ni, badan kurus je walaupun makan banyak. Ada juga bodynya ‘skinny’ sebab memang tak boleh makan lebih.

Ramai yang tahu bukan senang kan nak turunkan berat badan, sama lah juga dengan mereka yang nak naikkan berat.

Ada banyak faktor yang mungkin mempengaruhi;

Sihat tetapi punya kadar metabolisma tinggi, mungkin juga punyai masalah pemakanan (anorexia, bulimia) dan juga kesihatan macam masalah tiroid.

 

Bagaimana nak naikkan berat badan?

Sebelum nak start makan, kena rujuk doktor, dietitian atau nutritionist dulu.

Bukan apa, nak reconfirm yang anda tidak alami masalah perubatan seperti yang saya highlight di atas.

Fokus utama ialah untuk naikkan berat badan secara sihat dengan naikkan peratusan otot, bukannya lemak.

Antara 7 makanan yang boleh makan untuk naikkan berat badan;

 

1- Susu ‘full cream’

Susu full cream ni ada banyak kandungan gizi jadi sangat sesuai lah untuk tambah berat. Nak bagi nampak berisi sikit.

Ia mengandungi sumber kalsium dan kandungan lemak yang tinggi.

Susu full cream juga bukan sahaja bagus untuk penambahan berat badan tapi juga dapat cegah osteoporosis, redakan stres dan tingkatkan energy.

 

2- Telur

Kaya dengan sumber protein untuk tambah berat badan. Saya selalu makan telur separuh masak semasa breakfast.

Tabur sedikit lada hitam lepastu makan dengan roti wholemeal, sedap sungguh..

Telur ni juga kaya dengan sumber tenaga, protein, vitamin dan mineral untuk kesihatan tubuh badan.

Nak lagi sihat boleh try makan telur yang diperkaya dengan Omega-3 atau telur organik.

 

3- Yogurt

Yogurt ni antara favourite orang ramai kalau nak turunkan dan juga naikkan berat badan.

Pergi supermarket mesti nak beli yang plain atau natural yogurt. Low-fat pun mendapat sambutan orang ramai.

Selalunya yogurt ni tak dicampur dengan perasa dan ada kandungan lemak baik yang bagus untuk badan.

Cuba la elak beli yogurt yang berperisa tu sebab yang tu dah add gula dan perisa tambahan.

Nanti beli yang plain dan mix dengan buah-buahan fresh….makan untuk snacking memang oishii!

 

4- Daging merah

Selalunya boleh lah makan daging merah ni time korban, buat singgang daging, daging bakar harimau menangis….memang lazat tak terkira!

Kaya dengan sumber protein dan tenaga, daging merah ni boleh naikkan berat badan.

Tapi kena ingat, jangan makan melebihi kuantiti yang disarankan.

 

5- Ubi keledek

Ubi keledek ni juga sangat recommended untuk mereka yang nak naikkan berat.

Ada banyak jenis ubi contohnya keledek manis, keledek oren, dan keledek ungu yang juga kaya dengan beta karotin.

Beta karotin ni bagus untuk mata, dan memang makanan yang memberi gizi dan diet seimbang.

Ubi keledek ni sangat versatil di mana sesuai untuk dihidangkan dengan pelbagai cara seperti panggang, kukus, stu, sup, bakar atau dijadikan puri.

 

6- Mentega kacang

Pada tahun 1884, Marcellus Gilmore Edson dari Kanada berjaya mencipta mentega kacang.

Mentega kacang ni ialah ‘cholesterol free’ yang sarat dengan sumber protein, vitamin B-kompleks dan antioksidan.

Walaupun nampak berlemak tapi sebenarnya mentega kacang mempunyai lemak rendah jadi memang disarankan untuk makan mentega kacang dengan roti penuh bijirin.

 

7- Kacang walnut

Walnut padat dengan sumber lemak sihat, protein dan fiber.

Kajian mendapati pengambilan kacang walnut dalam diet harian membawa kepada peningkatan kalori sekali gus menaikkan berat badan.

Khasiat lain walnut antaranya mencerdaskan otak, mengurangkan keradangan dan risiko kanser.

Segenggam walnut selalunya dimakan sebagai snek tapi boleh juga diletakkan dalam pencuci mulut atau dalam berbagai jenis masakan.

 

Kesimpulannya,

Kalau nak naikkan berat badan, kita kena pastikan tenaga yang diambil perlulah melebihi keperluan tenaga harian.

Semua makanan di atas boleh diambil mengikut kadar yang diperlukan oleh tubuh badan. Ingat ya, amalkan ‘healthy weight gain diet’.

Kepada yang kurang berat badan tu, saya ucapakan selamat maju jaya!

ANDA PASTI BOLEH!

Nak tahu tak ikan apa yang berkhasiat untuk badan? Jom baca di https://neuroversiti.com/5-jenis-ikan-berlemak-kaya-omega-3/

 

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

Resepi Brownie ‘Sihat’ Tanpa Guna Tepung

6 Tips Kawal ‘Craving’ Makanan Bergula

2 Resepi ‘Nampak Simple Tapi Power’

Ini ‘Rahsia’ Kurangkan Kalori Nasi Putih

7 Tips Simpan Rempah Ratus Agar Tahan Lama

9 Kesan Membaca Al Quran Ke Atas Otak

Scroll to Top