7 Tips Bantu Anak Bijak Dengan Powerkan Otak Anak

Kenapa otak power penting untuk anak?

Otak yang power dapat memproses matlumat dengan laju. Tiada lagi ‘errr’ atau tak ingat barang letak mana.

Senang untuk mengingat apa yang dipelajari. Keputusan cemerlang. Senang hati ibu bapa. Tidak kalut dan pening kepala hantar tusyen setiap hari.

Saya mahu kongsikan 7 cara untuk POWER-kan otak anak kita:

1. Berjalan

Dalam kajian di jurnal Frontiers in Public Health tahun lepas dapati berjalan 10 minit tingkatkan kapasiti menjawab soalan matematik bagi pelajar.

Memori mereka jadi lebih baik.

Lebih menarik lagi pelajar yang tidak cemerlang akademik tunjukkan lebih peningkatan dalam ujian matematik.

Bolehlah jadikan berjalan ini aktiviti keluarga. Atau di saat anak buntu dengan kerja sekolah, minta anak berjalan dahulu. Sambung kerja sekolah kemudiannya.

Kajian lain di Journal Experimental Biology 2017 pula dapati berjalan kaki tingkatkan aliran darah ke otak. ​Peningkatan darah di otak naikkan prestasi otak dan baiki memori.

Berjalan je kot. Power kan?

Sekarang mari kita lihat tips kedua.

2. Beri Anak Makan B.I.T

Kita adalah apa yang kita makan. Anak kita pun sama. Anak kita adalah apa yang mereka makan.

Mereka makan jajan, itu tanda bahaya akan datang.

Beri anak kita makan B.I.T:

  • Buah Berries – Contohnya blueberries, cherry, blackberries dan strawberries. Beri kuasa besar pada hippocampus anak-anak. Memori jadi power.
  • Ikan – Ikan kembung contohnya ada omega 3 yang tinggi. Bagus untuk otak. Ini makanan wajib untuk anak-anak. Tuna dan salmon pun bagus.
  • Telur – Ia ada Choline. Penting untuk perkembangan memori anak-anak. Menu wajib sarapan.

Makanan mempengaruhi sikap anak. Beri kesan kepada tingkah laku. Tinggalkan impak kepada prestasi otak.

Perlu hati-hati dalam menjamu anak. Usah meracun anak sendiri.

Apa lagi yang boleh di dijamu? Saya ada kongsi 11 Makanan Terbaik Untuk Otak. Silakan cuba.

Selain berjalan dan makan, jom beralih ke poin seterusnya.

3. Berzikir Untuk Tambahkan Sel Otak

Kajian dari Harvard University tahun 2011 mendapati bahawa zikir besarkan hippocampus.

Pusat memori dan belajar. Bayangkan apabila hippocampus besar.

Apa akan jadi pada kemampuan mengingat dan belajar? Bukankah lebih hebat?

Kajian ini juga dapati amygdala, pusat TAKUT manusia menjadi kurang aktif. Tiada ketakutan. Muncul TENANG. Timbul DAMAI.

SubhanAllah hebatnya zikir ini. Kajian dari Yale University pula dapati ia mampu tenteramkan fikiran liar kita.

Fikiran yang melompat sakan dari satu topik ke topik lain tanpa henti. Bahasa Sains Otak ialah Monkey Mind.

 Bukankah apabila fikiran tidak melayang, kita terasa DAMAI?

Suruhan zikir ini juga menurut kajian di UCLA tingkatkan bahagian grey matter (bahagian kelabu) otak.

Bahagian ini punya sel otak yang paling banyak.

Maksudnya?

Mudah. Sel otak bertambah dengan zikir. Hebat sungguh!

Zikir juga meningkatkan aktiviti pada bahagian Posterior Cingulate Cortex. Bahagian ini adalah pembekal motivasi. Studi jadi panjang. Pelajar lebih fokus pada studi. 

Pesan pada anak, andai mahu impak maksima pada otak, pada studi, zikir perlu di hati.

Boleh pesan anak untuk zikir sebelum study selepas ni?

Sekarang kita lihat point seterusnya, bab yang kita tidak ambil peduli sebelum ni.

4. Tidur Awal Supaya Hormon Dapat Bekerja


Ini adalah perkara yang sering terlepas pandang. Ramai orang tidak peduli. Apalah yang ada pada tidur.

Tidur ini istimewa. Allah ciptakan tidur khusus untuk kita. Apabila tidur tidak cukup, maka ada bahaya yang bakal menimpa.

Apa dia?

Kesan tidur tidak cukup:

  • 1
    Memori - prestasi memori merudum
  • 2
    Keputusan - kemampuan membuat keputusan juga merosot
  • 3
    Perubahan hormon pada otak. Boleh membawa kepada kemurungan.
  • 4
    Tingkatkan risiko kegemukan
  • 5
    Jadikan kita cepat lapar

Pastikan anak cukup tidur. Tidur antara 6 hingga 8 jam untuk dewasa penting.

Tidur 9 jam untuk remaja dan kanak-kanak itu wajib.

Waktu tidur akan muncul ‘makcik cleaner’. Muncul di perut. Namanya melatonin.

Tugasnya mudah. Mencuci. Proses healing semulajadi mengambil tempat.

Andai tidur lewat, ‘makcik cleaner’ ini tidak dapat menjalankan tugas.

Bayangkan tandas yang tidak dicuci seminggu atau dua minggu. Bagaimana rupa dan baunya?

Sanggupkan kita masuk ke tandas sebegitu.

Begitu juga dengan tubuh kita. Perlu dicuci dalam dalam. Melatonin perlu dibiarkan bekerja.

Apabila tidur kurang dari enam jam kadar kelembapan siapkan kerja naik 3 kali ganda. Begitu juga dengan kesalahan. Kajian ini dimuat dalam jurnal saintifik Lancet. Perlu ambil berat. 

Boleh lihat artikel-artikel tentang tidur yang kami kongsi di sini.

Tips seterusnya agak mencabar. Menarik di mata, sedap di mulut, belum tentu baik untuk otak.

5. Elak Makan Jajan Demi Otak Cantik

Tadi saya ada kongsi makanan B.I.T. Supaya tidak terjebak ke dalam dunia jajan.

Sekali terperangkap, sukar mahu keluar. Iklan jajan ada di mana-mana.

Saya terangkan dapatan kajian kesan makanan ringan ke atas otak:

  • 1
    Bahagian otak yang terlibat dalam pembelajaran, memori dan kesihatan mental iaitu hippocampi menjadi kecil.
  • 2
    Mengurangkan hormone BDNF di dalam otak. Tugas hormon ini ialah memelihara sel-sel otak dari rosak.
  • 3
    Lebih terdedah kepada kemurungan, kerisauan dan nyanyuk.
  • 4
    Menyebabkan keradangan pada otak.
Ia juga mengganggu pembentukan memori sekurang-kurangnya 3 minggu setiap kali kita mengambil makanan ringan

Kefahaman dari kajian ini ialah makanan ringan atau jajan merosakkan otak.

Kita jadi sukar untuk belajar. Memori gagal terbentuk selama tiga minggu setiap kita berjajan-jajan.

Yang terburuk sekali ianya mengecilkan otak.

Lebih buruk otak anak-anak yang sedang membesar.

Andai kita pemberinya, kitalah juga punca bodohnya anak kita.

Mahu anak pandai hentikan jajan.

Adakah jeruk termasuk?

Ya. Termasuk sekali.

Begitu juga cereal. Boleh baca lanjut tentang keburukan cereal disini: Apasal Anak Aku Gemuk

Poin seterusnya masuk bab puji anak. Puji anak perlu kena dengan caranya. Supaya kesan lebih efektif.

6. Puji Usaha Anak, Bukan Hasil

Apabila kita puji anak dengan sebut “Pandailah Along. Tahniah!” ia akan jadi racun minda.

Apabila kita beri pujian seperti di atas, kita programkan otak anak kita bahawa berjaya atau gagal ditentu oleh faktor luaran. Bukan dalaman.

Faktor luaran ini akan matikan aktiviti STRIATUM. Ini bahagian motivasi di OTAK. Motivasi anak akan cepat padam.

Mereka akan pilih aktiviti yang senang.

Mereka cenderung untuk tidak buat apa yang sepatutnya dibuat.

Sebabnya? Takut gagal. Apabila gagal tiada dendangan pujian akan didengar. Lebih baik tidak buat.

Mereka tidak akan jadi berani.

Cara yang lebih baik ialah puji USAHA- nya.

Katakan “Along berjaya ini sebab Along studi kuat ni. Tahniah Along atas usaha kuat Along.”

Fokus pada USAHA. Apabila pujian diberi pada USAHA, ia aktifkan STRIATUM. Aktiviti di STRIATUM akan jadi lebih panjang.

Sebabnya? Faktor dalaman menjadi penentu. Bukan luaran.

Faktor dalaman ini akan jadi kekuatan pada anak. Sistem operasinya akan bermula dari diri sendiri.

Bukan faktor luar. Bukan sebab disuruh. Anak akan studi atas kemahuan sendiri. Mereka lebih cenderung mulakan inisiatif.

Sanggup hadapi cabaran besar. Tidak mudah mengalah.

Konklusinya, puji USAHA bukan sifat. Pandai itu sifat. Rajin itu sifat. Puji CARA kerja mereka.

Fokus pada USAHA dan CARA itu mesra OTAK.

Faktor dalaman ini akan jadi kekuatan pada anak. Sistem operasinya akan bermula dari diri sendiri.

Bukan faktor luar. Bukan sebab disuruh. Anak akan studi atas kemahuan sendiri. Mereka lebih cenderung mulakan inisiatif.

Sanggup hadapi cabaran besar. Tidak mudah mengalah.

Konklusinya, puji USAHA bukan sifat. Pandai itu sifat. Rajin itu sifat. Puji CARA kerja mereka.

Fokus pada USAHA dan CARA itu mesra OTAK.

7. Minum Coco OCOC

Coco OCOC diformulasi pada tahun 2012. Pulang dari Australia, anak-anak hadapi masalah. Tak boleh ikut sistem pembelajaran di Malaysia. Tidak pandai berbahasa Melayu. 

Anak-anak stres. Letih. Belajar tak masuk kata mereka.

Daya ingatan terganggu. Fokus tidak ada. Tidur tidak nyenyak.

Saya mula berfikir. Cari jalan. Kesemua masalah mereka puncanya pada otak. Jadi perlu baiki otak.

Apabila otak mahu dibaiki, bahagian otak yang disasarkan mesti tepat.
Sukatan bahan mesti betul.
Supaya impaknya maksima.

Saya berusaha mencari formula. Guna formula diambil semasa latihan di Harvard. Ubah dan baiki. Akhirnya lahirkah coco OCOC.

Coco OCOC guna pendekatan penembak tepat. Ada 3 bahagian utama otak disasarkan. Prefrontal Cortex, Temporal Lobe dan Hippocampus.

Kesannya pada anak anak luarbiasa. Mereka mula mendapat tempat pertama. UPSR, PMR/PT3 dapat straight As. Begitu juga SPM.

Bayangkan dari anak anak yang tidak tahu berbahasa Melayu, tidak pernah berada dan belajar dalam silibus Malaysia dapat transform dalam masa yang singkat. Dapat menguasai dan mengungguli.

Antara formula coco OCOC yang digunakan ialah:

  • Niacin - untuk kuat ingatan dan tingkat energi selular
  • Flavanoids - untuk memori otak
  • Tryptophan - untuk tidur nyenyak
  • Magnesium - untuk kuatkan sistem imun badan
  • Ginkgo Biloba - untuk meningkatkan alirah darah dan nutrisi ke otak
  • Serotonin - untuk cerdas pembelajaran

Boleh Aplikasi Tips Ini Sekarang?

7 tips power-kan otak ini adalah ilmu buat.
Bukan ilmu cakap.

Apabila anda buat, anda dapat rasa perubahannya.

Sekarang anda mahu cuba yang mana?

Anda Juga Mungkin Berminat

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Scroll to Top