8 Cara Naikkan Hormon Progesteron

1. Vitamin C (asid askorbik)

Telah banyak kajian dibuat yang mendapati bahawa,

Wanita khususnya yang ambil vitamin C telah tingkatkan tahap hormon progesteron,

Di mana mereka yang ambil 750mg vitamin C setiap hari alami peningkatan hormon sebanyak 77%.

Kajian dalam Jurnal of Nutrition (2016) di mana,

Asid askorbik dikaitkan dengan peningkatan ‘endogenous estradiol’ (E2), progesteron dan penurunan kepekatan FSH (follicle-stimulating-hormone).

FSH dihasilkan oleh ‘pituitary gland.’

Tugas kawal fungsi ovari dengan testis. Kurangnya FSH ni boleh akibatkan ketidaksuburan atau kemandulan pada lelaki dan wanita.

Makanan kaya vitamin C termasuk kiwi, kale, guava, oren.

2. Turunkan kadar stres

Untuk bakal ibu, wajib ambil tahu bahawa semasa hamil, placenta tugasnya bekalkan oksigen dan nutrien kepada bayi dalam kandungan.

Tapi!

Tahu tak yang placenta ni dia takkan berkembang sehinggalah masuk minggu ke 12.

Jadi, siapa yang akan jadi tukang ganti placenta ni? Untuk jaga bayi bagi makan?

Jawapannya progesteron.

Rajin tak rajin progesteron ni.

Walaupun selepas placenta ambil alih, progesteron masih kerja keras untuk pastikan rahim kekal kuat dan sihat. Untuk elak bayi pra-matang.

Jadi, ibu hamil kena elak daripada perkara yang boleh buat stres. Kena slow down.

Bila terlampau stres. Badan akan meragam. Tak bagus untuk kandungan.

3. Vitamin E

Apa contoh makanan tinggi vitamin E?

Kuaci, avokado, mangga, almond, pistachios, susu almond, minyak zaitun.

Kenapa vitamin E penting untuk penghasilan progesteron? Sebab ia vitamin ‘larut-lemak’ yang ada sifat antioksidan.

Vitamin E juga mampu ‘detoks’ lebihan estrogen supaya paras progesteron akan naik dan stabil.

Dalam jurnal Vitamin E As An Antioxidant In Female Reproductive Health (2018) mendapati,

Vitamin E dilaporkan beri efek yang bermanfaat sebagai antioksidan terhadap masalah reproduktif dalam kalangan wanita.

Disebabkan ini, amat disyorkan untuk wanita mengambil vitamin E secara berkala.

Granola Bar OCOC mengandungi jumlah kuaci yang mencukupi untuk keperluan harian. 

Serta bahan premium lain untuk OTAK:

Bagi peminat dark chocolate, ini snek terbaik untuk OTAK sihat.

4. Vitamin B6

Vitamin B ni ada lapan jenis iaitu,

  1. Thiamin (B1)
  2. Riboflavin (B2)
  3. Niacin (B3)
  4. Pantothenic acid (B5)
  5. Pyridoxine (B6)
  6. Biotin (B7)
  7. Folic acid (B9)
  8. Cobalamin (B12)

Contoh makanan kaya vitamin B6 termasuk hazelnut, bawang putih, kurma, buah tin, kismis, markisah dan nangka.

Vitamin B6 penting untuk lancarkan segala reaksi kimia dalam darah untuk sistem imun yang kuat.

Agar badan tahan lasak dan sukar untuk kena jangkitan.

Macam mana nak tahu badan kekurangan vitamin B6?

Kulit meradang. Timbul ruam kemerahan yang bersisik.

5. L-Arginine

L-arginine adalah sejenis asid amino yang bantu badan bina protein di mana badan sendiri hasilkan apabila perlu.

Protein ni penting untuk bina otot dan bina balik tisu-tisu.

Macam mana L-arginine buat kerja?

Dia lepaskan nitrik oksida dalam darah. Kesannya saluran darah dilebarkan.

L-arginine juga boleh ditemui dalam makanan seperti daging merah, telur, ayam turki, salmon, biji labu, biji bunga matahari dan produk tenusu.

6. Zinc & Magnesium

Magnesium bantu kawal ‘pituitary gland.’

Tugasnya hasilkan 3 hormon penting iaitu thyroid stimulating hormone (TSH), follicle stimulating hormone (FSH), dan luteinizing hormone (LH).

Sekali gus bantu hasilkan estrogen dan tingkatkan progesteron.

Zinc pula nutrien penting dalam tumbesaran dan sistem imun. Bersifat antikoksidan. Bolehkan badan untuk hasilkan protein dengan DNA.

Bantu badan sembuhkan luka. Bagi yang luka lambat sembuh tu tandanya badan kekurangan zinc.

Kajian dalam jurnal National Center for Biotechnology Information (2020) mendapati,

Zinc berperanan penting dalam pembentukan tulang dan berupaya untuk cegah osteoporosis.

7. Kurangkan lemak badan berlebihan

Bagi wanita, keseimbangan hormon libatkan dua hormon utama ni.

Estrogen dengan progesteron. Bila estrogen naik mendadak. Ataupun progesteron turun menjunam.

Akan terjadinya ‘estrogen dominance’ di mana salah satu keburukan situasi ini iaitu keupayaan untuk kekalkan berat badan ideal.

‘Estrogen dominance’ akibatkan pelepasan insulin berlebihan. Buat badan sukar untuk kawal ‘craving’ benda manis.

Progesteron bantu rendahkan tahap insulin.

Macam mana nak kurangkan lemak lebih? Fokus pemakanan sihat dan kekalkan gaya hidup aktif.

8. Elak ‘overworkout’

Walaupun penting untuk sentiasa aktif tapi kena ingat untuk tidak berlebih-lebihan terutama dalam senaman.

Hormon progesteron adalah pembantu tidur semula jadi.

Bila over exercise. Badan jadi tegang. Penyebab ketidakseimbangan hormon cortisol.

Cortisol ni hormon stres.

Bagi wanita, tekanan sebab terlalu aktif fizikal akibatkan pengeluaran cortisol pada kadar tinggi dan berpanjangan.

Sampai satu tahap badan mula minta tolong. Macam mana?

Progesteron dileret dari ovari dan ditukarkan kepada cortisol. Kesannya, hormon ovari jadi tak seimbang.

.

.

.

P/S: 

Ingin dapatkan tips TERBARU daripada saya? Lebih spesifik, senang hadam dan senang praktik? Setiap MINGGU terus masuk INBOX?

Klik https://neuroversiti.com/tips/

Anda Juga Mungkin Berminat

21 Makanan Atasi Ekzema

Elak 5 Benda Ni Kalau Tak Mahu Ekzema Makin Teruk!

6 Tips Atasi Sikap Suka Tangguh Kerja

12 Makanan Turunkan Asid Urik Penyebab Gout

Apa Beza Turun Berat Dengan Turun Lemak?

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

Scroll to Top