Suka Kunyah Ais? Ini 6 Kebaikannya

Biasa bila makan dekat kedai. 

Saya tengok anak lelaki suka sangat kunyah ais.

Dekat rumah. Berdiri depan peti ais. 

Duk kutip ais sumbat dalam mulut.

Kadang-kadang tanpa sedar.

Itulah keluhan Mrs. R, salah seorang peserta yang sertai kelasku.

Lepastu terfikir untuk berkongsi masalah ni.

Sebabnya juga ramai yang PM tepi.

Tanya pasal tabiat suka kunyah ais.

Daripada kunyah ais baik minum Kombo Merah OCOC.

Mood sentiasa ceria. Sentiasa bertenaga.

Klik di sini untuk info.

Elok ke tak? Normal ke? 

Mungkin pada sesetengah orang. Itu perkara biasa.

Namun, ada sisi gelap di sebalik tabiat kerap mengunyah ais.

Ada bahaya dalam kesejukan mengintai.

Nama sainsnya adalah pagophagia.

Dikenali sebagai sindrom ketagihan ais.

Inginkan 1001 tips OTAK dalam bahasa mudah faham. Mudah hadam?

DAPATKAN DI SINI (FREE SHIPPING)

Sindrom Pagophagia

Dulu sewaktu belajar. Khatam bab Child Psychology. Aku biasa baca pasal ni.

Sindrom biasa terjadi dekat anak kecil yang nutrisinya kurang.

Kes sebegini banyak terjadi di kawasan pedalaman.

Di negara kurang berkembang.

Tapi makin naik pula kes sebegini di setiap ceruk negara.

Selera anak kecil berbeza dengan selera dewasa.

Adakalanya merangkak si ibu nak menyuap makanan.

Bila suap. Diludahkan kembali.

Lebih selesa mengunyah kertas atau tisu.

Umpama semut mempersembahkan paha belalang dekat raja.

Kajian National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases pada tahun 2016,

Pagophagia – nama sains di sebalik tabiat suka kunyah ais.

Dipetik daripada perkataan pago dan pica.

Pago bermaksud ais dalam Yunani.

Manakala pica iaitu,

Sejenis selera kompulsif terarah kepada sesuatu yang tidak layak.

Atau tak sesuai untuk dikategorikan sebagai makanan.

Pernah baca kes pesakit yang ketagih makan lumpur. Rambut. Kertas?

Terutama kalau anak kecil. Suka makan kapur.

Mereka yang punyai masalah pagophagia kronik.

Adakala akan ketagih kunyah ais dalam jumlah yang banyak.

Bukan segelas dua.

Kalau yang sejenis suka kunyah ais masa makan dekat kedai tu pun hati-hati.

Tabiat makin lama makin menjadi jadi.

Kemungkinan itu adalah simptom awal.

.

.

.

Penyebab Pagophagia

Satu benda yang aku nak highlight.

Bila berdiskusi tentang tabiat suka kunyah ais batu ni iaitu,

Pagophagia secara langsung tak sebabkan kematian. Serta boleh dirawat.

Tapi kesan jika dibiarkan dan tidak segera dapatkan rawatan.

Boleh membawa kepada pembentukan penyakit lain.

Kalau rasa macam diri itu tergolong.

Kena cepat cepat refer hospital.

Ia boleh jadi berbahaya untuk jangka masa panjang.

Kerana berkait dengan anemia.

Aku akan ulas lebih lanjut di bawah.

Pagophagia boleh terjadi disebabkan,

  • Kurang zat besi

  • Kurang kalsium

  • Xerostomia (mulut kering)

  • Diet ekstrem

  • Stres / OCD

  • Fasa mengandung

  • Self-image negatif

Ada yang suka kunyah ais sebab ada radang pada bahagian gusi, lidah atau lelangit.

Nak legakan bahagian yang terkesan.

Sesetengah pengkaji percaya.

Pagophagia berpunca daripada jangkitan bakteria dan genetik.

Masih dikaji. 

Lebih kurang sama dengan ketagihan dadah.

Tabiat ini aktifkan reward system dalam otak iaitu sistem mesolimbik.

Dopamin dilepaskan.

Kesan Pada Otak

Ketagihan boleh jejaskan cara otak berfungsi.

Jahanamkan jalinan sel otak iaitu neuron.

Seiring masa, berlakunya masalah pada memori. Pusat ingatan.

Kawalan emosi dan juga kaedah penyelesaian masalah.

Kemudian, merebak pada masalah mental seperti kemurungan dan anxiety.

Ada 2 sistem yang terlibat:

  • Reward system
  • Stress system

Apabila dua sistem ini diaktifkan sekali gus.

Maka terjadilah kitaran ketagihan (addictive cycle).

Seperti yin yang.

Reward system akan lepaskan dopamin. Stress system akan lepaskan kortisol.

Ketagihan & 3 Bahagian Otak

Apabila dua sistem tadi dihidupkan.

Berlaku perubahan pada 3 bahagian otak iaitu,

  • Basal Ganglia
  • Amygdala
  • Prefrontal Cortex (PFC)

Basal Ganglia bertanggungjawab untuk motivasi dan nikmat.

Bila ketagihan berlaku. Sukar untuk merasai nikmat tanpa mengunyah ais.

Amygdala berkait dengan ketidaksenangan dan anxiety.

Menyebabkan sensitiviti terhadap mengunyah ais meninggi.

PFC untuk merancang. Berfikir dan menyelesaikan masalah.

Kawalan impuls (impulsive control) berkurang.

Menyebabkan seseorang tidak sedar melakukan tabiat mengunyah.

Selain bahagian di atas. Apa lagi fungsi bahagian OTAK lain?

Ketahuinya di SINI

.

.

.

Kurang Zat Besi

Nak tahu kalau diri berpotensi menghidap pagophagia.

Bila keinginan untuk makan ais batu berlanjutan lebih sebulan.

Diagnosis yang lain seperti,

Keinginan untuk mengunyah benda bukan makanan.

Seperti kertas, pemadam, kapur, kayu atau plastik.

Pica dan pagophagia agak berbeza.

Penghidap pica tidak hanya kunyah ais tapi juga benda bukan makanan lain.

Pago pula mengunyah ais seperti salji. Ais kisar, ais krim atau ketulan ais.

Punca utama pagophagia terjadi disebabkan anemia (kekurangan zat besi).

Bukan saja saja mengunyah.

Kajian dalam jurnal Pediatric Hematology and Oncology pada tahun 2005,

Compulsive ice chewing atau pagophagia banyak dikesan dalam kanak-kanak dan ibu hamil.

Zat besi mineral yang sangat penting untuk tumbesaran dan perkembangan.

Badan juga banyak guna zat besi untuk hasilkan haemoglobin.

Iaitu protein dalam sel darah merah.

Yang angkut oksigen daripada paru-paru ke seluruh bahagian badan termasuk otak.

Jadi, penting untuk ambil zat besi secukupnya.

Daripada sumber sayuran hijau seperti bayam. Kale. Kacang pis. Brokoli.

Kekacang seperti badam. Walnut. Gajus.

Serta buahan seperti prun. Buah tin. Aprikot dan kismis.

.

.

.

Simptom Pagophagia

Antara simptom pagophagia termasuk,

  • Mudah letih.

  • Kulit pucat.

  • Kulit kering.

  • Pening.

  • Sakit kepala.

  • Bengkak lidah.

  • Hilang selera.

  • Tangan/kaki sejuk.

Mengunyah juga dikaitkan dengan isu emosi.

Kemurungan boleh sebabkan pagophagia.

Kajian dalam jurnal Turkish Psychiatry pada tahun 2018 mendapati,

Peserta menghidap depressive disorder selama 11 tahun.

Makan 250 ke 500 gram ais setiap hari.

Kemudian, bertambah sehingga 10 ke 12 kilogram ais setiap hari.

Pagophagia juga berlaku pada mereka yang kerap di bawah tekanan stres.

Mereka yang pernah lalui diet ekstrem.

Serta masalah perkembangan seperti Obsessive Compulsive Disorder (OCD).

.

.

.

Anemia

Anemia ada banyak jenis.

Kajian dalam Journal of Science and Technology Investigation pada tahun 2016,

Anemia termasuk aplastic anemia. Megaloblastic anemia. Thalasemia.

Sickle cells anemia. Iron deficiency anemia. Haemolytic anemia.

Anemia yang berkait dengan mengidam kunyah ais adalah iron deficiency anemia.

Dalam satu kajian yang dibuat pada 2014,

81 peserta diminta untuk kongsikan tabiat pemakanan mereka.

Hasil kajian mendapati 13 peserta ada simptom pagophagia.

Jika tak dirawat. Akan berlaku komplikasi.

  • Degupan jantung tak selari.

  • Jantung membesar.

  • Kelahiran pramatang.

  • Mudah kena jangkitan.

  • Tumbesaran terbantut.

Kurang zat besi bermaksud kurangnya bekalan sel darah merah.

Kurang oksigen jadi jantung perlu kerja kuat untuk pam darah.

Bagaimana nak rawat anemia?

Makan makanan tinggi zat besi dan vitamin C.

Vitamin C bantu badan serap zat daripada sumber tumbuhan.

Antara makanan tinggi zat besi:

1- Bayam

2- Swiss chard

3- Jintan manis

4- Parsley

5- Kunyit

6- Bok choy

7- Asparagus

8- Daun bawang

9- Selada romaine

Ketahuinya dengan lebih lanjut di https://neuroversiti.com/19-makanan-kaya-zat-besi/

.

.

.

Gigi Rosak

Kesan mengunyah benda keras seperti ais akan akibatkan kerosakan gigi.

Gigi jadi tak rata dan berlekuk.

Gigi adalah bahan paling keras dalam badan.

Struktur gigi juga bersifat mikro.

Warna putih yang menyaluti gigi bernama enamel.

Kerap mengunyah ais atau makanan keras boleh rosakkan enamel.

Gigi jadi terlalu sensitif.

Kaviti akan mudah menyerang.

Merosakkan retainer dan braces. Gigi mudah patah.

Menyebabkan keradangan pada gusi.

Bukan itu jer, otot rahang akan jadi bengkak.

Bila bengkak akan pengaruhi kesihatan gigi. Akibatkan sakit gigi.

Bila gigi makin menipis.

Nak kunyah tu rasa ngilu jer.

Tabiat ni juga boleh akibatkan jangkitan pada gusi.

Sebab ais batu punyai bucu atau lekuk tajam semasa mengunyah.

Gusi berisiko untuk tercedera dan luka atau berdarah.

Boleh hadam?

.

.

.

P/S:

Berminat cuba OCOC? Produk bernutrisi tinggi untuk OTAK.

100% Organik. Bebas Perasa & Pewarna Tiruan.

Madu Uzbekistan: KLIK SINI

Kombo Merah: KLIK SINI

Kombo Vegan: KLIK SINI

Gula Kelapa: KLIK SINI

MCT Oil: KLIK SINI

Produk lain OCOC: KLIK SINI

 

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

ChatGPT Cabar Kepintaran Otak Manusia

23 Sayur Paling Berkhasiat Di Dunia!

22 Makanan Bantu Menguatkan Buah Pinggang!

23 Buah Tersihat Menurut Dietitian!

Scroll to Top
0