19 Makanan Kaya Zat Besi

Runtun hati bila saya lihat anak yang masih kecil dengan berselirat wayar dekat badan.

Kalau lalu area wad kanak-kanak, sayu pilu tengok mereka.

Masih kecil namun kena lalui ujian begitu berat.

Ada yang masih bayi lagi. Dilahirkan dengan anemia. Sel darah merah kurang.

Bayi memang mudah nak kena anemia. Banyak faktor perlu diambil kira.

Nak pastikan bayi ni dapat membesar dengan normal macam bayi lain.

Doktor sarankan ibu mengandung untuk ambil pelbagai makanan yang kaya dengan iron (zat besi).

Sebab tu, ibu hamil kena makan seimbang.

Kena makan cukup nutrisi supaya nanti anak tak berisiko untuk terkena penyakit.

Penting ke zat besi ni?

Zat besi ni ada dua, heme dan non-heme.

Heme ni ada banyak dalam produk haiwan macam daging, ayam, ikan, dan organ dalaman.

Kalau non-heme ni sumbernya iaitu kekacang, sayur, buah dan segelintirnya dalam haiwan.

Tuhan jadikan setiap mineral, setiap bahan kimia semula jadi dalam badan ni ada tugas masing-masing.

Jadi memang penting. Sebab dalam badan kita ada darah.

Dalam darah tu adanya oksigen yang bantu kita untuk terus hidup.

Haa zat besi ni lah eleman paling utama untuk bentuk sel darah merah.

Apa tugas lain zat besi?

  1. Tingkatkan pembentukan haemoglobin
  2. Cegah anemia (kurang sel darah merah)
  3. Jaga kesihatan bayi dalam kandungan
  4. Cegah jangkitan
  5. Tingkatkan titik fokus
  6. Baiki kualiti tidur

Anemia pula contoh paling biasa apabila individu itu kurang sel darah merah.

Apa tanda-tanda anemia?

  1. Keletihan
  2. Sukar fokus
  3. Sakit otot melampau
  4. Kuku rapuh
  5. Kulit pucat
  6. Air kencing warna merah/merah jambu

20 jenis makanan yang sarat zat besi:

1- Bayam

2- Swiss chard

3- Jintan manis

4- Parsley

5- Kunyit

6- Bok choy

7- Asparagus

8- Daun bawang

9- Selada romaine

10- Lentil

11- Buah zaitun

12- Habbatus sauda

13- Tauhu

14- Biji labu

15- Kacang hijau

16- Pucuk Brussels

17- Bit

18- Kale

19- Brokoli

20- Kuaci Baca 12 MANFAAT KUACI

12 jenis produk haiwan kaya zat besi:

1- Kerang

2- Tiram

3- Hati ayam

4- Hati lembu

5- Kuning telur

6- Udang

7- Ikan tongkol

8- Ikan tuna

9- Ikan sardin

10- Ikan salmon Baca 5 JENIS IKAN KAYA OMEGA-3

11- Daging lembu

12- Bebiri

Anda Juga Mungkin Berminat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

6 Tips ‘Post Raya Cleanse’ Untuk Tubuh Langsing

10 Tips Jadikan Biskut Raya Rendah Kalori!

26 Makanan Ini Bantu Legakan Ekzema

Scroll to Top