Kenapa Ayah Kena Rapat Dengan Anak Perempuan?

Ada yang pernah meluahkan,

“Saya tak rapat dengan ayah. Lama kelamaan jadi kekok”

“Kalau ada masalah, saya lebih pilih untuk luahkan pada ibu. Atau kawan”

“Tapi kalau tiada, saya pendam sorang sorang”

Kalau ikut ilmu neuroparenting,

Ayah kena rapat dengan anak perempuan.

Begitulah bunyi ilmu neuroparenting.

APA ITU NEUROPARENTING? LIHAT DI SINI

Sebab tulah saya selalu dating dengan Maryam.

Luangkan masa dengannya. Kenapa?

Anak perempuan perlu tahu bagaimana seorang lelaki patut melayan seorang perempuan.

Ayahlah yang akan letakkan standard itu.

.

.

.

Dalam konteks ini sayalah yang cipta standard itu untuk Maryam.

In the future, kalau si anak berkawan dengan lelaki dia akan tahu lelaki itu baik atau tidak.

Dia dah ada point of reference.

Dia dapat buat keputusan yang baik.

Penulis terkenal dunia, Lisa Nichols pernah ceritakan perkara yang sama.

“Masa umur dia 13 tahun ayah dia bawa dia keluar”

“Dia pakai dress ala princess. Happy sangat dia waktu itu”

Bila masuk kereta si ayah tolong bukakan pintu.

Begitu juga keluar dari kereta.

Sama juga ketika nak duduk. Si ayah akan tarik kerusi.

Ketika pulang ke rumah si ayah bukakan pintu untuk Lisa.

Tetapi saat Lisa mahu masuk ke rumah, ayahnya pegang bahu Lisa. Dia berhenti.

Pandang wajah ayahnya.

.

.

.

Ayah si Lisa sebut,

“Lisa apa yang ayah tunjukkan pada kamu”

“Adalah cara bagaimana seorang lelaki patut melayan seorang perempuan”

Katanya lagi,

“Ayah dah tunjukkan caranya. Kamu merasainya. Tugas kamu nanti untuk pilih lelaki yang betul”

“Terserah pada kamu bagaimana kamu memilihnya. Waktu itu ayah tidak ada suara lagi”

Lisa angguk. Mungkin tanda faham.

Apa yang si ayah buat sangat luar biasa. Dia berikan pengalaman berharga buat Lisa.

Dia rasa bagaimana dirinya dihargai. Bagaimana sepatutnya dia dilayan.

Saya tidak sampai peringkat seperti ayah Lisa Nichols.

Budaya mereka berbeza. Budaya kita lain pula caranya.

Saya guna bahasa. Gunakan nada suara.

Gunakan bahasa badan untuk letakkan standard itu.

Masukkan cara fikir yang berbeza.

Kalau si ayah tidak rapat dengan anak perempuan.

Lelaki lainlah yang akan jadi point of reference.

Pada waktu itu, apa sahaja dilakukan oleh si lelaki , itulah dianggap sebagai standard.

.

.

.

Kalau lelaki itu kaki pukul dan kaki herdik.

Si anak perempuan akan anggap begitulah caranya perempuan dilayan.

Mereka terima keadaan itu. Walaupun itu tidak benar.

Mereka akan terperangkap. Menderita. Dilayan sebagai hamba.

Saya pernah buat clinical work di rumah remaja mengandung luar nikah.

Ada beberapa rumah yang sempat saya kunjungi.

Saya dapati ada satu perkara yang sangat konsisten pada remaja remaja ini.

Mereka tidak ada role model lelaki di rumah.

Di atas sebab kekosongan ini, mereka cari kasih pada lelaki lain.

Pada para ayah yang ada ada perempuan.

“Pastikan anda ekspresikan kasih sayang anda”

“Luangkan masa sama macam dengan anak lelaki”

Pastikan anda rapat dengan anak perempuan.

Jadikan diri anda sebagai point of reference. Biar anda jadi model terbaik untuk dia.

.

.

.

P/S:

Tuan Puan berminat dengan ilmu neuroparenting? Belajar tentang fungsi keibubapaan berdasarkan OTAK?

Untuk membina keluarga bahagia? Jika berminat, KLIK DI SINI

 

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

13 Kebaikan Kacang Kuda Untuk Wanita

10 Kebaikan Minyak Zaitun Untuk Tumbesaran Anak

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

ChatGPT Cabar Kepintaran Otak Manusia

23 Sayur Paling Berkhasiat Di Dunia!

Scroll to Top
0