Pengganti air putih versi sihat dan bernutrisi.
Air putih – pilihan minuman terbaik untuk fungsi tubuh dan otak
Kenapa pentingnya mendapatkan cukup hidrasi?
- Mengawal suhu badan.
- Melincirkan sendi.
- Mencegah jangkitan.
- Bekalkan nutrien kepada sel.
- Pastikan organ berfungsi.
- Tingkatkan kualiti tidur.
- Cantikkan kulit.
- Baiki mood.
Tapi kalau dah bosan asyik minum air putih.
Nak pelbagaikan jenis minuman tapi nak yang sihat?
Yang bekalkan cukup nutrisi?
Amal 4 minuman ni:
1) Teh Kombucha
Teh yang ditapai dengan Scoby – sumber tinggi probiotik.
Sejenis jaringan yeast, bakteria dan beberapa bahan semula jadi
Yang melalui proses ‘fermentation’.
Kenapa teh kombucha ni bagus?
Bantu pencernaan. Singkirkan toksin. Tingkatkan tenaga
Bantu turunkan berat badan.
Cegah tekanan darah tinggi dan jantung.
2) Air Kelapa Muda
Air kelapa muda bukan setakat hilangkan dahaga.
Ia legakan cirit-birit. Bakar lemak lebih cepat
Untuk energy booster.
Terutama minum selepas bersukan.
Juga bagus untuk kurangkan pigmentasi pada kulit
Elak batu karang dan kembung perut. Serta legakan otot tegang.
Nak tahu lagi?
11 Kebaikan Minum Air Kelapa Muda
3) Air ‘Fruit-Infused’
Letak hirisan buah atau herba (pudina) dalam satu jug air.
Biarkan dalam peti sejuk dalam 3 jam.
Antara minuman terbaik untuk hidrasi semasa latihan dan senaman
Bantu tambah garam dan elektrolit yang hilang.
Bagus untuk imun. Redakan pedih ulu hati.
4) Jus Buah Berserat
Mampu buatkan perut kenyang lebih lama.
Bantu tingkatkan folat dan anti oksida.
Lancarkan pembuangan. Cuci kerak usus
Hasilnya kulit bersih.
Tiadalah jerawat galak menapak sana sini.
Nak lagi padu, campur dengan timun, batang saderi, ubi bit, carrot
Buah pula ambil yang tinggi vitamin C.
Pastikan minum secara sederhana. Dan jangan tinggal terus air putih.
Wajib berdamping dengannya setiap hari.
Selitkan 4 pengganti ni sekali sekala untuk khasiat berganda.
Boleh begitu?