Sayur Sawi Serta 17 Khasiat Yang Ditawarkan

Sayur sawi ni antara feveret saya.

Sayur berdaun hijau ni ada banyak kebaikannya.

Sawi juga ada biji.

Yang ni pun bagus untuk kesihatan.

Biji sawi dibuat jadi sos mustard. Warnanya kuning.

Sawi ada banyak jenis:

Pak choy, bok choy atau choy sam.

Kalau nama Melayu.

Sawi putih, sawi hijau, sawi Jepun, sawi bunga dan sawi pahit.

TRENDING: TIMUN JEPUN (SELAIN RANGUP) INI 11 KHASIAT YANG DITAWARKAN

Lebih Banyak Vitamin A Berbanding Bayam!

Padu tak padu sawi ni.

Dia ada lagi banyak vitamin A berbanding dengan bayam.

Ada lutein dan zeaxanthin.

Untuk kesihatan mata serta tisu otak.

Bukan itu je.

Tinggi Vitamin C Berbanding Oren!

Sawi juga ada lebih banyak vitamin C dari oren.

1 hidangan sama dengan separuh keperluan harian.

Vitamin perlu untuk sistem imun.

Untuk fungsi organ organ penting dalam tubuh.

sayur

Padat Vitamin E Dan K

Vitamin lain termasuk vitamin K.

Sangat banyak dan bantu proses beku darah.

Dan elak pendarahan tak terkawal.

Vitamin E dalam sawi juga bagus untuk naikkan penyerapan vitamin K.

Bertindak sebagai antioksida.

Lawan radikal bebas penyebab kerosakan sel.

Sifat Anti-Septik Dalam Sawi

Sawi bantu penyembuhan luka.

Dalamnya ada beta carotene untuk mata dan kulit.

Rendahkan risiko kencing manis.

Selain ada vitamin B seperti niacin, thiamin dan pyridoxine.

TRENDING: ITIK ATAU SINDROM ITIK (DUCK SYNDROME)? KENALI MAKSUDNYA

sawi

Rendahkan Risiko Penyakit Kronik

Dalam sawi ada banyak fitonutrien.

Bantu singkirkan radikal bebas yang berkumpul dalam sel.

Penyebab penuaan awal.

Selari dengan masa, risiko untuk terkena penyakit kronik apabila sel rosak.

Risiko serangan jantung juga berkurang.

Sebanyak 10% ke 15% apabila selalu amal makan sawi.

TRENDING: KEBAIKAN SAFFRON – REMPAH TERMAHAL DUNIA RAMAI TAK TAHU

Anti-Tumor Dan Anti-Kanser

Sawi ada glucosinolates dan sinigrin.

Kajian dapati ia mampu rencatkan sel tumor.

Spesifiknya lagi, bantu cegah kanser paru paru dan usus besar.

Dari galak berkembang.

Bila sebut saja sayur. Memang bantu turunkan kolesterol.

Terutama sawi yang dikukus.

Bertindak Sebagai Ejen Detoks

Sawi ni mungkin punyai rasa kuat.

Tapi pahit dan rasa pedas itulah yang buatkan sawi cukup special.

Sawi adalah makanan feveret isteri bekas Presiden AS.

Iaitu Michelle Obama.

Bantu kekalkan tubuh badan langsing dan sihat.

Terima kasih kepada ciri detoksnya.

Bantu cuci organ hati, pankrea dan buah pinggang.

Singkirkan toksin yang terkumpul.

TRENDING: 20 MAKANAN TINGGI PREBIOTIK

 

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

13 Kebaikan Kacang Kuda Untuk Wanita

10 Kebaikan Minyak Zaitun Untuk Tumbesaran Anak

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

ChatGPT Cabar Kepintaran Otak Manusia

23 Sayur Paling Berkhasiat Di Dunia!

Scroll to Top
0