Bok choy

Khasiat Sayur Bok Choy Ramai Yang Tak Tahu

Khasiat sayur bok choy ramai yang tak tahu.

Anda tahu? Pernah makan?

Bok choy atau pak choi ni senang ditanam.

Enak dimakan.

Makan pula dengan Mee Kari Nyonya OCOC

Tambah telur dengan udang.

Merecik bak kata!

Kalau dalam Bahasa Inggeris, Chinese cabbage.

Kalau ada tanah sekangkang kera pun boleh tanam bok choy ni.

Tak perlu jaga sangat. Sebab mudah tumbuh.

Ciri-Ciri Bok Choy:

  • Rendah kalori
  • Bebas lemak
  • Bebas gula
  • Bebas kolesterol

 

Manfaat Bok Choy: 5 Ejen Anti Kanser

Kajian dapati mereka yang selalu ambil sayuran berdaun hijau macam bok choy.

Punyai risiko lebih rendah kena kanser seperti kanser paru-paru.

Kanser prostat dan kanser kolon.

Bok choy ada folat.

Penting untuk hasil kan serta baiki DNA.

Sekali gus halang mutasi sel kanser dalam DNA.

Selain itu, bok choy juga ada beta carotene, vitamin A dan E.

Nutrien ni adalah anti oksida power untuk lindung sel dari radikal bebas.

Bok choy juga ada selenium.

Nutrien yang jarang ada dalam sayur dan buah.

Banyak jumpa dalam supernuts.

Selenium bantu detoks elemen penyebab kanser dalam badan.

Juga bantu cegah inflamasi. Perlahan pertumbuhan tumor.

Selenium juga ada dalam:

Badam BACA DI SINI

Walnut BACA DI SINI

Pistachio BACA DI SINI

 

Khasiat Bok Choy: Tinggi Fiber

bok choy segar

Bok choy ni sayuran berdaun hijau yang tinggi fiber.

Fiber ni penting untuk buang secara lawas. Dan elak sembelit.

Risiko untuk kena kanser kolorektal juga rendah.

Apabila usus dijaga dengan elok melalui pembuangan sihat.

Sayur fiber macam bok choy akan bagi makan dekat bakteria baik dalam usus.

Ini pengaruhi kesihatan metabolisma dan pencernaan.

Paling padu, bok choy ada choline.

Choline ni bantu tidur. Pergerakan otot. Daya fokus dan memori.

Bertindak sebagai pembakar lemak untuk sel.

Supaya sel dalam bentuk sihat.

Bila cergas, fungsi sel ditingkatkan.

Mampu serap lemak dengan lebih baik.

Dan redakan inflamasi kronik.

Apakah makanan bantu bakteria baik dalam usus? BACA DI SINI

 

Manfaat Bok Choy: Elak Kulit Rosak

bok choy dalam bakul

Bok choy ada vitamin C.

Iaitu anti oksida lawan radikal bebas.

Yang bantu rendahkan risiko kulit rosak akibat cahaya matahari.

Udara kotor dan asap.

Vitamin C juga main peranan dalam hasilkan kolagen.

Lawan tanda penuaan seperti garis halus dan kedut.

Selain kulit tak sekata. Ruam merah dan bintik gelap. Ekzema.

Tahu tak limau kasturi juga kaya vitamin C? BACA DI SINI

 

Khasiat Bok Choy: Menguatkan Tulang

sayur hijau

Bok choy ada zat besi. Fosforus, kalsium, zink, magnesium dan vitamin K.

Semua ni bantu bina dan kekalkan struktur serta kekuatan tulang.

Bok choy adalah anti-osteoporosis.

Zink dan zat besi juga bantu tumbesaran kolagen.

Kalsium dan fosforus perlu seimbang.

Untuk elak hilang jisim tulang.

Selepas itu, vitamin K bantu kawal jumlah kalsium dalam tulang.

Elak tulang rapuh.

Ini cara hilangkan selulit dengan mudah! BACA DI SINI

 

Lindungi Jantung

3 jenis bok choy

Bok choy ada mineral untuk kawal tekanan darah.

Ada magnesium dan potassium.

Tekanan darah tinggi bahaya untuk jantung.

Sumber folat dan vitamin B6. Halang pembentukan homocysteine.

Yang boleh rosakkan saluran darah.

Risiko strok jantung jika tersumbat.

Rendahkan risiko Alzheimer’s. Serta cegah hypertension.

Stres dan gelisah.

Siapa penggemar durian? Tahu tak durian tiada kolesterol? BACA DI SINI

 

Tingkatkan Fungsi Tiroid

sayur daun hijau

Bok choy kaya selenium.

Bantu fungsi kelenjar tiroid.

Yang terletak di bahagian tengkuk.

Penting untuk metabolisma dan pertumbuhan.

Kurang selenium boleh bawa masalah.

Seperti hypothyroidism, autoimmune thyroiditis dan goiter.

Selain bantu pertumbuhan rambut.

Halang rambut gugur.

Bila waktu makan malam yang paling ideal? BACA DI SINI

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

14 Makanan Bantu Cegah Radang Apendiks!

8 Tips Mudah Jaga Kebersihan Gigi

Kenapa Negeri Pantai Timur Sering Dilanda Banjir?

Biji Cili Penyebab Radang Apendiks?

Hari OKU Sedunia: 6 Tokoh OKU Berjaya Ramai Tak Tahu

Ini PERBEZAAN Diet Di Malaysia & Vietnam!

Scroll to Top