Ketahui 9 ‘Rahsia’ Ilmu Pilihan Dr Rizal Untuk OTAK

Memetik perkongsian saudari Syafa Alias:

“Mission Accomplished 2019.

Dah lengkap dah koleksi buku OTAK. Saya percaya, buku buku ini akan mewarnai kehidupan si pembaca.

Mewarnai kehidupan? Bagaimana tu? Baca dan buat. Pasti ada bezanya.”

Kenapa saya decide untuk tulis dan keluarkan buku?

Melihat pada gaya hidup zaman kini.

Ramai yang tak jaga apa yang dimakan.

Pemakanan tak seimbang.

Dah dewasa tapi sayur tak pernah makan.

Makanan bergula ditagih.

Kanak kanak terlalu leka dengan gajet.

Kajian dapati bila asyik melekat padanya.

Mereka mula hilang kemampuan komunikasi. Vocabulary jadi kurang.

Adab mula hilang. Jaga masa mula goyang.

Hati hati ye mak ayah.

Tahu tak tabiat membaca termasuk dalam 3 langkah mudah untuk sihat dan bahagia?

Lagi dua iaitu bersenam dan cukup waktu tidur.

Acapkali juga saya diajukan soalan ini.

“Dr, bila nak keluarkan buku baru?

Anak anak dengan mak bapak sekali dah tak sabar nak belajar benda baru”

Baca buku bagus untuk otak. Ini sudah terbukti.

Perkuatkan hubungan sel neuron. Untuk daya ingat dan fokus. Membaca bagus untuk lepaskan stres.

Otak serap masuk maklumat baru.

Lagi bagus apabila diri mula beramal dari maklumat itu.

Bukan sekadar dibuat koleksi.

Dibiarkan berhabuk tak disentuh.

Lebih bagus lagi apabila amalan itu konsisten.

Sangat bagus apabila amalan dikongsi dengan yang lain.

Superbagus apabila dibuat dengan ikhlas.

Bukan ini je, ada 3 aktiviti aerobik khas untuk otak.

Bantu mudakan otak.

    1. Baca buku
    2. Main sudoku
    3. Teka silang kata

Bila kita beli buku, bukan yang kita suka.

Tapi beli buku yang jarang-jarang kita ketahui ilmu itu.

Untuk mereka yang belajar melalui visual.

Dan kurang gemar dalam bentuk ayat panjang berjela.

Baca buku yang dilengkapi dengan gambar, warna serta infografik.

Jadi mudah faham, senang hadam.

Bukan dewasa saja yang suka membacanya.

Malah anak anak pun akan ralit membeleknya.

Bagaimana membaca melalui gambar, warna dan infografik.

Mempengaruhi otak? BACA ARTIKEL PENUH

Tabiat membaca aktifkan komunikasi sel neuron.

Membaca bantu halang pembentukan protein beta amyloid dalam otak.

Bantu cegah risiko Alzheimer’s.

Bukan muda setahun jagung tapi kerap lupa.

Saya jumpa ramai yang macam ni.

Power tak power, otak manusia terima 11 juta cebisan informasi melalui deria utama.

Tapi bukan semua disimpan.

Hanya 40 maklumat akan diproses.

Tabiat membaca tingkatkan lagi daya ingatan.

Kuatkan memori supaya mudah hafal dan mudah faham.

Selain amal brisk walking.

Membaca juga bantu rendahkan stres penyebab murung.

KONSEP ‘IMITATION’

Siapa pernah meniru?

Bukan meniru semasa kuiz atau exam.

Peniruan atau ‘imitation’ penting untuk perkembangan kanak-kanak.

Macam mana ia berfungsi?

Dari pemerhatian sekeliling.

Apa yang mereka tengok tu akan sampai ke otak untuk diproses dulu sebelum mereka cuba sesuatu.

Ia terjadi untuk semua perkembangan.

Dari bahasa, sehinggalah sosial.

Ramai orang ingat membaca itu kemahiran semata-mata.

Sebab itu ibu bapa berlumba-lumba nak bersaing.

Nak pastikan anak-anak cepat dapat membaca dengan lancar.

Tapi, membaca adalah lebih daripada sekadar kemahiran.

Juga bukan sekadar fahami simbol, gambar atau tulisan yang bentuk komunikasi satu atau dua hala.

Ia datang dari pengalaman memerhati sekeliling.

Dari memerhati, akan datang proses imitation.

Untuk meniru apa yang mereka perhati.

Kita kembali tatkala anak-anak menjadi bayi.

Bayi akan meniru aksi dan suara.

Peringkat ini, bayi sebenarnya sedang ‘membaca’.

Segala pergerakan termasuklah mimik muka, gesture, suara dan sebagainya.

Kita acah gelak, baby turut ketawa.

Kita tipu-tipu menangis, baby pon menangis sama.

Kita jerit aaaa, baby pon tak boleh kalah untuk jerit aaaa juga.

Dalam konteks membaca.

Perbanyakkan bahan bacaan (enrich printed environment).

Ikut tahap perkembangan anak-anak.

Picture card, buku cerita, softbook, infografik, dan sebagainya.

Tapi ia tak mampu nak bagi benefit lagi besar dari ini iaitu MENIRU IBU BAPA MEMBACA.

Ya. Jika ibu bapa banyak baca di rumah.

Jan jadikannya satu rutin.

Ia beri implikasi sangat besar terhadap perkembangan anak.

Termasuk bentuk minat anak.

Untuk mulai membaca.

Reading readiness adalah sesuatu yang ‘real.’

Paksa anak-anak membaca adalah sesuatu yang tak adil bagi mereka.

Bila buat sesuatu dalam keadaan terpaksa.

Maka ia takkan memberi kesan jangka panjang.

Ia bermula dengan tabiat ibu bapa membaca dahulu.

Baru datang yang lain-lain seperti beli buku, bawa ke perpustakaan, story telling.

9 PILIHAN SUMBER ILMU UNTUK SIHAT

Buku yang saya kongsikan.

Masuk kategori ‘pleasure reading’.

Yang akan bantu tingkatkan aliran darah ke bahagian otak berbeza.

Sesuai sangat untuk anak kecil.

Bantu tingkatkan jumlah ‘white matter’ dalam otak sekali gus ubah struktur otak.

Tiada lagi ketagih TV atau gajet.

Minat anak dipupuk melalui pembacaan.

Skil sosial anak akan meningkat. Anak cepat berinteraksi.

Cepat bertutur dan mampu memahami.

Apa yang dituturkan oleh orang lain.

Inshaa Allah, lebih banyak buku akan dikeluarkan.

Sesuai untuk dewasa dan anak anak.

Ilmu nutrisi psikolgi untuk sihat secara semula jadi.

Hindari derita penyakit.

Bukan sekadar dibaca. Tapi difahami, dibuat terus.

Untuk info lanjut, klik pada gambar.

Ini ‘hadiah istimewa’ saya buat Tuan Puan semua.

1. BUKU OTAK 1.0

2. BUKU OTAK 2.0

3. BUKU 100 RAHSIA SIHAT ALAMI

4. BUKU 60 RESIPI SIHAT

5. NEUROBOX

6. NEUROBOX SPECIAL EDITION

7. NEUROBOX SPECIAL EDITION 2.0

8. NEUROBOX PLUS

9. NEUROPLANNER

Anda Juga Mungkin Berminat

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

5 Penyakit Bawaan Air Ramai Tak Tahu

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

Scroll to Top