Diet Keto Sesuai Untuk Jangka Pendek Sahaja – Ini Perkongsian Dr Rizal

Apa maksud ketosis?

[Boleh rujuk infografik di bawah]

Ketosis ialah satu proses metabolik di mana tubuh mula bakar lemak untuk hasilkan tenaga.

Kebiasaan apabila karbohidrat tak cukup untuk dibakar.

Organ hati hasilkan satu bahan kimia iaitu keton.

Ini menyebabkan proses penurunan berat badan lebih mudah.

Serta tenaga dan fokus meningkat.

Ikut jurnal Ketosis After Intake of Coconut Oil and Caprylic Acid (2020):

Caprylic acid adalah 3x ganda lebih berkesan hasilkan proses ketosis berbanding capric acid.

Serta 6x ganda lebih berkesan berbanding lauric acid.

Minyak MCT lebih tinggi caprylic acid berbanding minyak kelapa biasa.

Bila sebut pasal ketosis.

Sudah pasti diet keto atau ketogenik muncul di fikiran.

Mungkin yang nak turunkan berat badan dengan cepat.

Akan consider untuk amal diet keto.

Walaupun diet keto masih dianggap sihat.

Tapi kena ingat!

Ia berkesan untuk jangka masa pendek sahaja.

Tak sesuai untuk long term.

 

3 Ciri Diet Ketogenik:

Fokus kepada 3 jenis sumber ini:

  1. Pengambilan lemak pada kadar TINGGI.
  2. Pengambilan protein pada kadar SEDERHANA.
  3. Pengurangan karbohidrat pada kadar TINGGI

Tujuan utama iaitu merangsang proses ketosis untuk bakar lebih banyak lemak.

Namun, berhati hati dengan 6 kesan sampingan ini.

 

1. Keto Flu

Keto flu atau selesema keto adalah kesan sampingan paling biasa dihidapi.

Bagi pengamal diet keto.

Ia bermula dengan gejala letih diikuti dengan lesu dan gangguan perut.

Gejala lain termasuk:

  1. Loya
  2. Sugar craving
  3. Cirit birit
  4. Sembelit
  5. Kejang otot
  6. Brain fog
  7. Sukar tidur
  8. Sukar fokus

2. Diabetic Ketoacidosis

Ini khas bagi penghidap diabetes jenis I dan II.

Ketosis boleh datangkan bahaya di mana badan bakar lemak dan hasilkan keton.

Jika terlalu banyak keton disimpan, boleh sebabkan darah jadi berasid.

Risiko tinggi untuk rosakkan otak, buah pinggang dan hati.

Gejala ketocidosis termasuk:

  1. Kering mulut
  2. Kerap kencing
  3. Loya
  4. Nafas berbau
  5. Sukar bernafas

3. Cirit Birit

Diet keto tak utamakan sumber serat seperti sayur sayuran,

Selain karbo dikurangkan secara mendadak.

Ini menyebabkan cirit birit dan sembelit.

Selain itu, hati hasilkan hempedu untuk pecahkan lemak.

Diet tinggi lemak perlukan lebih banyak hempedu berbanding biasa.

Perlu diingatkan, hempedu adalah ‘julap semula jadi.’

Jumlah berlebihan akan percepatkan lagi proses penolakan bahan terbuang

4. Yo-Yo Effect

Diet keto adalah diet yang dianggap ketat.

Sebab itu, ia tak sesuai untuk diamalkan untuk jangka masa panjang.

Diet keto paling ideal dibuat selama 30 hingga 90 hari.

Sebagai contoh, berpuasa selama 30 hari aktifkan ketosis. Berat lebih cepat turun.

Kebanyakan pengamal diet keto yang mula ambil lebih banyak karbo.

Atau yang ingin berhenti amal.

Berat badan mereka meningkat berkali ganda.

5. Jisim Otot Merosot

Apabila lebih banyak lemak diambil berbanding protein.

Jisim otot juga berkurang.

Protein perlu untuk hasilkan otot diikuti dengan strength training.

6. Metabolisma Menurun

Diet keto juga fokus kepada calorie deficit.

Menahan jumlah kalori dan pastikan ia sedikit boleh perlahankan metabolisma.

Berat mungkin turun banyak pada permulaan.

Gejala metabolisma rendah termasuk kerap letih, pening kepala dan rambut gugur.

 

Jadi nasihat saya, tak perlu berdiet bagai.

Cukup amalkan pemakanan seimbang pada kuantiti sederhana.

Serta kurangkan pengambilan gula, garam dan minyak.

Boleh begitu?

 

P/S:

Tuan Puan berminat join ONLINE COURSE terbaru 2023?

Klik pautan di bawah:

ONLINE COURSE NEUROHEALTH

ONLINE COURSE NEUROPARENTING

ONLINE COURSE NEUROTHINKING

Atau…

Dapatkan koleksi OTAK TERKINI di:

OTAK 1.0

OTAK 2.0

RAHSIA SIHAT ALAMI

60 RESIPI SIHAT

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

5 Penyakit Bawaan Air Ramai Tak Tahu

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

Scroll to Top