4 Resepi ‘Detoks’ Selepas Raya Untuk Kekal Kurus!

Raya dah nak tiba.

Beringat ingatlah ketika nak beropen house.

Makan pun makan jua.

Pastikan portion tak melebih lebih.

Misal kan terlajak makan.

Amal 4 resepi ‘detoks’ ini untuk buang lebihan makanan tadi.

Detoks penting.

Tujuan hilangkan toksin dari tubuh.

Lemak terbentuk ialah salah satu contoh toksin dalam badan.

Resepi sihat alami.

Tanpa perlu sakitkan perut atau bulurkan diri.

Elak beli produk detoks atau produk kurus di pasaran.

Yang buatkan diri kerap ke tandas untuk ‘buang’ segala kalori makanan.

Jangan jadi mangsa Melanosis Coli.

Pernah dengar?

Keadaan di mana usus bertukar warna jadi hitam.

Kerana sel sel usus telah mati.

Risiko kanser usus meningkat berkali ganda.

 

1. JUS SADERI & BEETROOT

Resepi padu ‘cuci’ bukan saja usus tapi pembuluh darah dan sel.

Saderi ni boleh juga buat jus.

Kalau boleh minum jus saderi sahaja. Memang padu.

Kalau nak, boleh campur:

Buat jus pakai blender. Bukan juicer.

Penting minum dengan fibernya sekali.

Kalau airnya saja jadi macam air gula.

2. JUS BUAH NAGA & TEH HALIA

Kenapa kena amal makan buah naga?

Sebab ada phytoalbumin.

Anti oksida power bantu halang pembentukan sel kanser.

Dalam badan ada toksin heavy metals.

Yang terhasil dari persekitaran dan pemakanan.

Buah naga bantu detoks keluar toksin toksin ni.

Bantu boost paras zat besi.

Penting untuk angkut cukup oksigen & bekalkan tenaga.

Mesra diabetes. Bertindak sebagai brain booster.

Bahan:

  • 1 cawan buah naga
  • 1 biji epal hijau
  • 1 cawan teh halia
  • 1 sudu besar gula kelapa

ARTIKEL PENUH: BEZA GULA KELAPA, GULA PERANG & GULA PUTIH

3. JUS LIMAU KASTURI & ALOE

Limau ada ciri energy booster dan mengangkat mood.

Tinggi limonene. Banyak dalam kulit buah sitrus.

Bantu detoks dari dalam.

Kebaikan lain seperti:

  • Perlahankan simptom penuaan
  • Redakan otot tegang dan sakit sendi
  • Rawat keracunan makanan

Bahan:

  • Limau kasturi
  • Timun
  • Daun pudina
  • Aloe vera
  • Air kosong
  • Madu Uzbekistan

ARTIKEL PENUH: 10 KELEBIHAN LIMAU KASTURI

4. AIR KELAPA, LEMON & PUDINA

Air detoks sesuai sangat ketika musim panas.

Bantu singkirkan toksin.

Keluar daripada usus dan organ hati.

Bahan:

  • Air kelapa muda
  • Lemon
  • Daun pudina
  • Madu Uzbekistan

ARTIKEL PENUH: 11 KHASIAT AIR KELAPA MUDA

Walaupun detoks perlu.

Cara terbaik untuk bersihkan sistem badan ialah.

Minum banyak air putih & ambil serat secukupnya.

Untuk optimalkan sistem pencernaan agar berfungsi dengan elok.

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

ChatGPT Cabar Kepintaran Otak Manusia

23 Sayur Paling Berkhasiat Di Dunia!

22 Makanan Bantu Menguatkan Buah Pinggang!

23 Buah Tersihat Menurut Dietitian!

Scroll to Top
0