18 Khasiat Beetroot Ramai Jarang Dengar

Rezeki pagi ni. Blend beetroot, epal dan saderi.

Yang warna merah melekat dekat tangan tu namanya ubi bit.

Pernah makan?

Nama glamor Beta vulgaris.

Sekali tengok warna macam buah naga merah.

Ini rutin mingguan saya untuk usus sihat.

Oh ya.

Yang dah lama tunggu MEE KARI NYONYA OCOC

Kini dah kembali RESTOCK. Kalau berminat, tekan jer link merah atas ni.

Mi masak hidang pertama di Malaysia. 

Mesra usus. Tinggi protein dan fiber.
Tanpa pengawet. Tanpa perasa dan pewarna tiruan. Serta bebas MSG.

Untuk buat jus, kena pakai blender. Bukan juicer.

Penting minum dengan fibernya sekali.

Kalau pakai juicer, kita hanya minum air gula saja.

Untuk bahan-bahan:

  • Saderi satu setengah batang
  • Ubi bit saiz kecil. Guna separuh sahaja
  • Epal 4 biji – terpulang nak guna epal jenis apa
  • Air bertapis

Caranya mudah saja.

  1. Potong bahan 1-3 pada potongan kecil.
  2. Masukkan ke dalam blender
  3. Masukkan air separuh dari ketinggian bahan.
  4. Blend sehingga halus. Tambah air kalau pekat.

Kenapa kena berdamping dengan beetroot ni?

12 Ratu Antioksidan

Ubit bit ni lebih kurang sama padunya dengan saderi.

Ada phenonolic. Termasuk rutin, epicatechin dan caffeic acid.

Ubit bit ada carotenoid β-carotene dan lutein.

Bukan saja untuk mata tapi untuk lawan sel kanser.

Ada zat besi, vitamin A dengan B6.

Bantu lindungi organ hati dari kena radang dan oxidative stress.

Tiga ni bantu tingkatkan lagi keupayaan untuk singkirkan toksin daripada sel.

Jus ubi bit pekat ikut kajian dalam jurnal Nature and Science of Sleep tahun 2021,

Mampu tingkatkan kualiti tidur pesakit COPD (chronic obstructive pulmonary disease).

Kajian dalam jurnal Sleep and Hypnosis tahun 2018 pula cakap,

30 atlet didapati ada peningkatan dari segi kualiti tidur.

Selepas amalkan jus ubi bit selama seminggu.

2 jam sebelum pertandingan. Rasa keletihan juga berkurang.

Sarat Vitamin C

Ubi bit perkasakan sistem imun. Sarat asid askorbik atau nama lain vitamin C.

Kesan sampingannya, cantikkan kulit.

Selain ada folate, manganese, potassium dan zat besi. Vitamin C berfungsi sebagai:

  • Anti-penuaan
  • Anti-jerawat
  • Anti-kulit kusam
  • Anti-radang

Berperanan dalam pembentukan kolagen.

Bantu baiki dan elak kulit kering.

Bantu rawat masalah hyperpigmentation.

Untuk kurangkan penghasilan melanin berlebihan.

Ubi bit ada belatins dan betaine. Tujuannya bantu:

  • Elak penyakit kardiovaskular
  • Stabilkan tekanan darah
  • Redakan radang

Juga rangsang aliran hempedu. Dan tambah kuasa aktiviti enzim.

Untuk pastikan badan boleh serap khasiat ubi bit. Sehari kena ambil 1 biji saiz sederhana.

INI DIA 37 KHASIAT SADERI! BACA DI SINI

Turunkan Tekanan Darah

Kaya dengan manganese untuk tulang, pankreas, hati dan buah pinggang.

Kajian mendapati,

Ubi bit mampu kurangkan jumlah pembentukan lemak di dalam organ hati.

Bantu lindungi hati dengan hasilkan sejenis enzim.

Yang bantu keluarkan lemak jahat serta toksin daripadanya.

Melalui proses dipanggil phagocytosis.

Jus ubi bit juga membulurkan bakteria dan virus penyebab inflamasi.

Fitonutrien bernama betalains juga turut bantu proses detoksifikasi.

Dengan tingkatkan oksigen dalam saluran darah.

Sekaligus cuci darah secara natural.

Kajian dalam jurnal Hypertension pada tahun 2014 beritahu,

Peserta yang minum 1 cawan jus ubi bit secara konsisten.

Menunjukkan penurunan tekanan darah keseluruhan.

Kalau pernah ambil tekanan darah. Ada nombor atas dan nombor bawah.

Atas dipanggil sistolik.

Yang ni kira degupan jantung. Bukan denyut. Denyut tu nadi.

Yang bawah dipanggil diastolik.

Yang ni kira tekanan dalam arteri masa jantung tengah relaks.

APA LAGI MAKANAN KAYA FITONUTRIEN? BACA DI SINI

Kuatkan Stamina

Menariknya bab beetroot ni ialah dia kuatkan stamina.

Atlet tersohor seperti Usain Bolt dan perenang Michael Phelps.

Turut masukkan ubi bit dalam diet latihan mereka.

Penuh dengan potassium untuk saraf dan otot.

Selain kaya flavonoid, phenolic acid dan nitrat.

Ikut kajian dalam jurnal Nutrients tahun 2022, jus ubi bit tinggi kandungan nitrat.

Dan dikaitkan dengan peningkatan kesihatan kardiometabolik.

Serta peningkatan prestasi ketika aktiviti senaman.

Badan akan tukarkan nitrat kepada nitrik oksida.

Sejenis molekul penting untuk fungsi OTAK lebih baik.

Nitrik oksida ni juga penting untuk aliran darah lancar.

Tingkatkan ketahanan jantung dengan kuatkan otot jantung.

Kajian dalam European Journal of Applied Physiology pada tahun 2014 cakap,

Prestasi 16 peserta pecut yang amalkan jus ubi bit selama seminggu.

Menunjukkan peningkatan dari segi kiraan masa.

Ini maknanya, jumlah kapasiti oksigen yang masuk dalam OTAK dan otot meningkat.

Jadi, kalau nanti nak bersukan dah boleh lah amalkan minum jus ubi bit.

Nak lagi padu, campur dengan saderi.

PERNAH TERFIKIR TAK KENAPA MUDAH MARAH KETIKA LAPAR?

BACA DI SINI

Perlahankan Penuaan OTAK

Jus ubi bit ni adalah saka pendamping untuk yang nak OTAK muda 10 tahun daripada umur asal.

Kajian dalam jurnal Nitric Oxide pada tahun 2011 ada umum,

Peningkatkan nitrat bantu darah untuk mengalir dengan lebih lancar.

Kajian dibuat ke atas peserta berumur.

Serta perlahankan penuaan kognitif.

Ini ditunjukkan melalui brain scan di mana,

Aliran darah meningkat pada bahagian Frontal Lobes.

Ada vitamin B, folat dan potassium. Kesukaan OTAK sebab lancarkan kelajuan.

Tingkatkan saraf impuls OTAK.

OTAK boleh berfikir dengan pantas dan jelas.

Rendahkan risiko terkena dementia.

Kalau nakkan kulit glowing semulajadi. Kulit cerah dari dalam.

Berjinak jinaklah dengan jus ubi bit.

Letak sikit madu. Perah lemon. Kuasa berganda.

INGINKAN TUBUH DAN OTAK 10 TAHUN LEBIH MUDA? BACA DI SINI

Turunkan Berat

Kalau nak turunkan berat badan, buatlah beetroot ni sebagai saka.

Berdampinglah dengan dia.

  • Detoks halang kulit pudar.
  • Kurangkan kulit berminyak.
  • Rendahkan risiko penyakit jantung.
  • Bantu proses nyahtoksin.
  • Bantu masalah sembelit.

Rendah kalori dan tinggi fiber.

Dijuluki minuman untuk kikis lemak perut.

Ya. Lemak yang melekat di bawah kulit. Penyebab perut buncit.

Kurus tapi perut maju kedepan.

Jus ubi bit bagi kesan padu untuk jangka masa panjang.

Sayuran pilihan artis terkenal antarabangsa.

Minum pagi sebelum breakfast. Untuk kesan maksimum.

Ubi bit ada sejenis asid amino leucine.

Bantu tingkatkan aktiviti pembakaran lemak dalam sel.

Boleh campur dengan lobak merah. Delima, tomato atau epal hijau.

Untuk percepatkan lagi proses turun berat.

Ni lagi satu resipi saya selalu buat.

  • 1 cawan ubi bit (potong dadu)
  • 1 cawan lobak merah (potong dadu)
  • Separuh cawan air bertapis
  • 3 sudu makan jus lemon
  • Sedikit garam Himalaya
  • Separuh genggam daun pudina

Caranya mudah:

  1. Guna blender. Bukan juicer. Minum dengan seratnya sekali.
  2. Masukkan ubi bit, lobak merah dengan daun pudina. Kisar.
  3. Tambah air, jus lemon dengan sedikit garam.
  4. Siap untuk diminum.

NAK KURANGKAN MAKAN NASI PUTIH? INI DIA 7 PENGGANTI NASI!

BACA DI SINI

Chemo-Preventive

Perasan tak beetroot ni warna merahnya pekat?

Sebabnya dia ada betalains.

Pigmen merah dipanggil betacyanin.

Ni kajian dalam jurnal Critical Reviews in Food Science and Nutrition tahun 2014.

Kajian dapati betalains ada ciri melindungi organ dan antikanser.

Betalains ni sama macam glucosinolates. Ada dalam kale.

Ubi bit juga bantu perlahankan pertumbuhan tumor aktif.

Kalau tak boleh minum jus.

Boleh bubuh dalam salad. Atau panggang.

Tekstur sama macam keledek.

Ikut kajian terbaru dalam jurnal Korean Society of Cancer Prevention pada tahun 2021,

Ubi bit adalah kategori functional food berpotensi untuk cegah kanser.

Dapat kurangkan efek rawatan kemoterapi.

Antaranya kurang selera, rambut gugur, loya, bengkak mulut dan masalah membuang.

NAK PUTIH? SECARA SEMULA JADI TANPA PRODUK PUTIH?

BACA DI SINI

Anda Juga Mungkin Berminat

7 Bahagian OTAK Ini Diaktifkan Ketika Anda Traveling!

Hari Kesihatan Mental Sedunia 2024

Bagaimana Melancong Bantu Lambatkan Penuaan?

9 Manfaat Sebenar Senaman Squat Ramai Tak Tahu

19 Makanan Bantu Tingkatkan Hubungan Sel Otak

7 Suplemen Terbaik Untuk Penyakit Autoimun!

Scroll to Top
0