18 Khasiat Sebenar Cendawan Ramai Tak Sedar

Meh nak kongsi sikit mengenai khasiat cendawan.

Cendawan macam macam jenis seperti:

  • cendawan butang
  • cendawan enoki
  • cendawan tiram
  • cendawan shiitake
  • cendawan morel
  • cendawan porcini
  • cendawan chanterelles

Cendawan masuk kategori protein, serat prebiotik, vitamin E.

Zat besi, kalsium dan magnesium.

Juga makanan sebenar kepada fungsi otak anak anak.

Ini ramai tak tahu.

BACA SELANJUTNYA:

4 RESEPI DETOKS LEPAS RAYA UNTUK KURUS

Kenapa cendawan?

Ia sumber protein bagus yang boleh didapati dengan harga murah.

Kurangkan gula dalam darah. Tingkatkan insulin.

Bunuh beberapa virus pembawa penyakit berjangkit.

Bertindak sebagai anti-alergi dan berciri anti-kanser.

Cendawan bebas lemak dan kalori.

Sesuai untuk turunkan kadar kolesterol. Kurangkan tekanan pada jantung.

Bantu sistem kekebalan dengan tingkatkan aktiviti sel darah putih.

Untuk lindungi tubuh daripada bendasing, jangkitan kuman, bakteria dan virus.

Tubuh peroleh vitamin D apabila terdedah pada cahaya matahari.

Selain vitamin E, cendawan bekalkan vitamin D untuk tenaga dan tulang kuat.

Selain bantu penyerapan nutrien lain.

Khasiat lain cendawan seperti berikut:

  • Rendahkan keinginan ambil garam
  • Sokong penurunan berat
  • Rendahkan risiko anemia
  • Cegah inflamasi dalam tubuh
  • Elak kekurangan oksigen
  • Galakkan pertumbuhan neuron
  • Kekalkan fungsi metabolik

ARTIKEL SELANJUTNYA:

PERBEZAAN PREBIOTIK & PROBIOTIK PERLU ANDA TAHU

Ini resepi mudah yang sihat boleh dibuat.

Bahan:

  • 3 ulas bawang putih cincang
  • 4-6 cendawan tiram hiris
  • *Boleh guna cendawan pilihan hati
  • Secubit hirisan daun bawang
  • 2 biji telur gred A
  • 1 sudu kecil mentega
  • Lada hitam cukup rasa
  • Emping cili cukup rasa
  • Serbuk Ni Lagi Sedap cukup rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan kuali leper. Masukkan butter, bawang putih & daun bawang.
  2. Goreng sampai naik bau. Masukkan cendawan dan kacau rata.
  3. Bila dah hampir masak, pecahkan telur ke dalam kuali dan kacau.
  4. Perasakan dengan lada hitam, emping cili dan Ni Lagi Sedap.
  5. Sedia untuk dimakan

Anak mesti suka punya. Cubalah.

Anda Juga Mungkin Berminat

Burnout Kerja: Kenapa Makin Kuat Bekerja, Makin Cepat Lesu? Ini Jawapannya!

15 Cara Sejukkan Bilik Tanpa Aircond, Rumah Rasa Nyaman Walaupun Cuaca Panas

Rahsia Kolesterol Sihat: Cara Mudah Lindungi Jantung & Kurangkan Risiko Strok

13 Makanan Musim Panas Penghilang Dahaga: Wajib Ada Masa Cuaca Panas!

Strok Haba: Senyap Tapi Bahaya! Ramai Tak Sedar Bila Badan Dah “Overheat”

7 Kesan Perubahan Iklim pada Badan Ramai Tak Sedar

Scroll to Top