9 Khasiat Tersembunyi Di Sebalik Jantung Pisang

Kalau saya sebut jantung pisang ni superfood.

Mungkin ramai tak percaya.

Tapi itulah hakikatnya.

Superfood ni mungkin ada kat belakang rumah anda saja.

Siapa sangka jantung pisang kaya fosforus, kalsium, potassium, copper, magnesium, zat besi

Kaya juga dengan Vitamin A, C dan E.

Baguskan.

Kalau nak elak infection, jantung pisang mungkin boleh bantu.

Sebab ethanol dalam jantung pisang halang dari bakteria pathogenic dari tumbuh

Untuk wanita jantung pisang bantu naikkan hormon progesterone.

Silalah jadikan jantung pisang sebagai saka.

Jantung pisang juga kurangkan sakit perut dan menstrual bleeding.

Ada kawan saya tanya “orang diabetes sesuai tak makan?”

Sesuai sangat untuk diabetes dan bukan diabetes.

Kajian dari Journal of Food and Agriculture sebut:

Jantung pisang rendahkan gula dalam darah.

BACA 14 KHASIAT HALIA TAK PATUT DIPANDANG RENDAH

Untuk ibu ibu mengandung sesuai sangat ambil jantung pisang.

Sebabnya?

Jantung pisang masuk dalam kategori sayur galactagogues

Ia akan bantu tingkatkan pengeluaran susu

Satu perkara yang saya suka ialah zat besi dalamnya.

Kalau rasa letih, penat, degupan jantung tidak stabil, pucat kulit.

Jantung pisang boleh bantu.

Juga bagus untuk masalah anxiety. Naikkan mood.

Terima kasih kepada magnesium dalam jantung pisang.

Ada sembelit tak?

Kalau ada rajin rajinlah ambil jantung pisang sebab fibernya tinggi

Jadi ia mudahkan aktiviti pembuangan dari usus.

Jantung pisang juga kaya dengan tannins dan flavonoids.

Nak tahu tannins ni macam mana?

Rasa kelat dan pahit tu dari tannins.

Tannins ni adalah anti oksida, anti inflammatory, anti bacterial.

Bantu kawal gula dalam darah.

Bersifat anti kanser dan bagus untuk otak.

Jurnal International Journal of Pharma Research & Review tahun 2015 pula kata,

Jantung pisang ni bagus untuk jantung

Sebab kandungan tannins dan flavonoidnya.

Sebut bab jaga fungsi buah pinggang.

Jantung pisang bantu cegah risiko batu karang dan masalah pada salur kencing

Oleh kerana jantung pisang ni bagus saya belanja resepi sekali.

Kelebihan lain termasuklah:

  • Galakkan pertumbuhan rambut secara semula jadi
  • Sokong kekuatan tulang
  • Rendahkan paras osteocalcin
  • Rendahkan risiko osteoporosis
  • Legakan ketidak selesaan sendi

BACA 10 KELEBIHAN BUDU TAK SIAPA PERNAH SANGKA

Bahan-bahan:

1 biji jantung pisang

2 biji bawang merah

5-10 biji cili (lebihkan kalau mahu lebih pedas)

Segenggam ikan bilis

1 mangkuk santan

1 sudu makan serbuk kunyit

 

Cara penyediaan:

Jantung pisang dibersihkan dan dihiris-hiris.

* kita gunakan bahagian jantung pisang yang lembut sahaja.

Rebus jantung pisang tadi sehingga lembut. Toskan.

Tumbuk kasar bawang merah, cili padi dan ikan bilis.

Panaskan periuk.

Masukkan bahan tumbuk tadi, jantung pisang rebus, serbuk kunyit dan santan dan sedikit garam.

Masak di atas api yang sederhana.

Kacau selalu supaya santan tidak pecah minyak atau jadi berkeledak.

Rasa. Tambah garam jika perlu.

Kalau saya, gantikan garam dengan Ni Lagi Sedap

Biarkan mendidih sekejap sahaja. Sedia untuk dihidang.

Anda Juga Mungkin Berminat

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

ChatGPT Cabar Kepintaran Otak Manusia

23 Sayur Paling Berkhasiat Di Dunia!

22 Makanan Bantu Menguatkan Buah Pinggang!

23 Buah Tersihat Menurut Dietitian!

Scroll to Top
0