Ini 10 Kelebihan Budu Tak Siapa Pernah Sangka

Siapa sangka.

Makanan tradisi cukup terkenal di negara Pantai Timur itu.

Rupanya punyai banyak khasiat!

Saya acap kali lawat negeri Kelantan. Negeri penuh adat tradisi.

Mungkin ramai tak tahu.

Sos ikan yang diperam atau nama manja, BUDU

Telah diisytiharkan sebagai ‘heritage food’ oleh Jabatan Warisan Negara.

Kalau di negara Korea, mereka ada KIMCHI.

Mesti ramai tahu yang kimchi masuk kategori SUPERFOOD.

Apa yang sama?

Kedua dua makanan ini melalui proses FERMENTASI

Nak tahu apa 14 kelebihan budu?

 

1. Budu Tinggi Probiotik

Budu ni sangat unik sehingga ramai yang kaji.

Kalau orang dulu dulu di Pantai Timur kalau makan nasi.

Tak sah kalau tak pekena budu.

Paling merecik bila cicah ulam ulaman segar.

Lagi satu ramai tak tahu. Orang putih ambil inspirasi daripada budu.

Untuk buat budu versi mereka sendiri.

Iaitu sos Worcestershire.

Disebabkan budu lalui proses fermentasi

Terhasil banyak probiotik iaitu bakteria baik untuk sihatkan usus

Tapi budu perlu diambil dalam kuantiti sedikit.

Sebab secara semula jadinya budu ni tinggi garam.

Saya yakin setakat ni, masih tiada lagi yang pi teguk minum budu.

Kalau setakat sebagai pencicah tu kira memadai.

BACA NAK TAHU PERBEZAAN PREBIOTIK & PROBIOTIK?

2. Budu Cerdaskan OTAK

Mungkin ini rahsianya.

Kenapa orang orang Pantai Timur bijak pandai.

Probiotik juga penting untuk kecerdasan OTAK

Bantu rangsang hubungan sel OTAK dan kuatkan sel otak lemah.

Probiotik juga banyak dikaitkan dengan:

  • Peningkatan fungsi kognitif
  • Peningkatan daya memori
  • Atasi masalah brain fog

BACA 11 KHASIAT KACANG KUDA (CHICKPEAS) UNTUK OTAK

 

3. Budu Cegah Penuaan Awal

Budu didapati ada kandungan gluthathione.

Gluthathione berfungsi sebagai antioksidan cegah premature aging.

Ia adalah ‘detoxifier’ semula jadi.

Selain tingkatkan sistem imun.

Mungkin ini juga rahsia orang Pantai Timur tampil awet muda

Dan juga berpotensi untuk cegah risiko terkena kanser.

Budu yang ori punya (warna sedikit gelap) ada bioflavonoid.

Fungsinya perlahankan pengoksidaan sel.

Baiki kerosakan sel dengan cepat.

 

4. Budu Tinggi Vitamin B12

Siapa sangka.

Budu tinggi vitamin termasuk vitamin B kompleks

Dan vitamin larut lemak iaitu A,D,E, dan K

Apabila dikaji, budu paling tinggi vitamin B12.

2 sudu makan saja sudah lebih dari cukup untuk penuhi keperluan harian!

Vitamin B12 penting untuk OTAK.

Kurang boleh sebabkan hilang memori, dementia dan konfius.

B12 bantu tubuh buat sel darah merah.

Kurang boleh akibatkan anemia, weight loss mendadak dan sakit bahagian abdomen.

Vitamin B12 juga penting untuk emosi.

Sihatkan myelin dalam otak. Bantu pengeluaran hormon.

5. Budu Mudah Dicerna

Disebabkan bahan utamanya terdiri daripada ikan.

Maka, budu secara alami tinggi protein.

Tapi yang unik pasal protein dalam budu ialah ia mudah dihadam.

Mudah diserap dan digunapakai tubuh.

Sebab molekul protein tadi sudah diurai oleh proses fermentasi

Terutama dalam proses pembaikan sel dan gantikan sel tua.

Paling power, budu ada cukup makro dan mikronutrien.

Semua ni penting untuk kesihatan keseluruhan.

Cukupkan mana yang tak cukup.

 

6. Budu Berpotensi Sebagai Anti-Kanser

Ikut kajian dibuat di Uni. of North Caroline, AS:

Kandungan dalam budu seperti genestein and phytoestrogen.

Didapati berfungsi sebagai anti-kanser dan anti-aging 

Kanser termasuk breast cancer

Kajian juga dibuat di Korea Selatan di mana:

Ekstrak budu didapati tingkatkan proses apoptosis

Apoptosis ialah proses kemusnahan sel kanser serta DNAnya

BACA SELAIN ANTI-KANSER, INI 14 KHASIAT HALIA

Kajian ini dibuat ke atas kanser limfoma.

Fuhh bukan calang calang rupanya budu ni ye.

 

Khasiat lain budu yang turut dikaji ialah:

7. Bersifat anti-bakteria untuk atasi cirit-birit

8. Tinggi dietary fiber untuk sihatkan usus

9. Berpotensi cegah risiko diabetes

10. Pembuka selera bagi yang tiada selera makan

Anda Juga Mungkin Berminat

Khasiat Plum Kering Bagi Wanita Menopause

Apa Penyebab Anda ‘Ketagih Makan’?

3 Nutrien Ini Bantu Menguatkan Jantung Anda!

3 Bahaya Demam Kepialu (Typhoid Fever)

6 Tips Untuk Wajah Lebih Runcing Dan Tirus

Apa Perlu Tahu Tentang ‘Sindrom Kesunyian’?

Scroll to Top
0