Jarang sangat orang cerita pasal daun sirih.
Orang tua dulu dulu suka makan daun sirih dengan buah pinang.
Habis kuning mulut dan gigi.
Daun sirih banyak dikaji.
Sumber semula jadi berpotensi tinggi.
Ikut kajian dalam jurnal Acta Ecologi Sinica pada tahun 2022,
Sirih atau betel leaf (Piper betle) bersifat antimicrobial
Terutama untuk dental hygiene.
Daun sirih juga dikatakan berupaya menguatkan gusi.
Menyihatkan gigi dan cegah mulut berbau.
Selain itu, kajian dapati daun sirih bersifat analgesic
Secara tradisional digunakan untuk rawat luka.
Berikan kelegaan segera.
Tumbuk daun sirih sehingga lumat (pes).
Tampal pada luka atau bengkak.
Daun sirih turut digunakan bagi wanita berpantang.
Selepas lahirkan anak terutama untuk bahagian vaginal.
Tujuan cegah risiko jangkitan kesan luka bersalin.
Terima kasih kepada ciri natural antiseptic daun sirih
ARTIKEL SETERUSNYA: 24 KHASIAT KUNYIT (TURMERIC)
Kajian di jurnal International Journal of Health Sciences and Research tahun 2022,
Daun sirih bersifat cooling dan refreshing.
Sering dijadikan ramuan untuk produk selfcare.
Seperti ubat gigi, shampu rambut, gel mandian dan sabun.
Kajian lain dalam jurnal Current Botany (2020),
Kaji mengenai daun sirih dan oral health di mana,
Molekul aktif dalam daun sireh seperti:
- Fluoride
- Eugenol
- Hydroxylchavicol
- Chlorogenic acid
Berpotensi lindungi kesihatan gusi dan gigi.
Daripada risiko cavity dan dental plaque.
Terima kasih kepada sifat anticaries (cegah karies gigi).
Kandungan polyphenol daun sirih bersifat antibacterial dan antifungal
Dijadikan pengawet semulajadi panjangkan jangka hayat produk.
ARTIKEL SETERUSNYA: 4 HIGH-CHOLESTEROL FOOD PERLU DIELAKKAN
Apa lagi kelebihan daun sirih?
Minyak dari ekstrak daun sirih legakan sakit kepala.
Sambungan dari kajian dalam jurnal Acta Ecologi Sinica tahun 2023,
Komponen bahan yang ditemui dalam daun sirih.
Punyai ciri ciri anti-diabetic, anti-ulcer, anti-cancer dan anti-mutagenic
Daun sirih juga legakan stress dan anxiety.
Ini petua orang dulu dulu kalau anak kecil tak boleh tidur.
Meragam bikin pening jadinya.
Caranya?
Layurkan beberapa helai daun sirih atas api
Lepas tu sapukan losyen yang ada menthol pada daun yang dilayur.
Kalau dulu famousnya Vicks lah.
Bila dah merata, tempek di belakang badan.
Hasilnya, anak dapat tidur nyenyak sampai pagi. Mak ayah pun lega.
Jadi kalau nak bagi anak tidur lena, bolehlah try.