4 Makanan Tinggi Kolesterol Perlu Dielakkan

Jika anda ada masalah kolesterol tinggi.

Atau anda mahu cegah risiko terkena kolesterol tinggi.

Pastikan anda ELAKKAN ambil 4 jenis makanan ini.

Mereka ialah PUNCA UTAMA penyebab kenaikan paras kolesterol jahat.

 

1. DAGING

Ya. Daging boleh jadi berbahaya.

Apabila diambil pada kuantiti berlebihan terutama bahagian daging berlemak

Daging lembu, bebiri dan kambing tinggi lemak tepu secara alami.

Potongan daging berproses dalam burger.

Atau dalam hidangan seperti beef steak dan lamb chop.

Punyai jumlah lemak paling tinggi sekali.

Jadi, elak makan kerap. Makan once in a while

Serta pilih bahagian rendah lemak seperti sirloin atau filet.

Boleh juga ambil bahagian isi.

Ganti dengan sumber protein rendah lemak seperti ayam, udang atau ikan.

ARTIKEL BERKAITAN:

DAH PANTANG MAKAN TAPI KOLESTEROL MASIH TINGGI?

HAMPIR 10 JUTA RAKYAT MALAYSIA ADA KOLESTEROL TINGGI

6 TANDA KURUS TAPI KOLESTEROL TINGGI

2.PASTRI

Perut adalah “otak” kedua manusia.

Ada lebih 100 juta sel otak dalam perut.

Apa yang masuk dalam tinggalkan kesan pada kedua-dua otak.

Andai kita makan:

1. Pastri

2. Kek

3. Biskut

4. Kuih muih

5. Makanan bersalut gula seperti donut

Ianya dengan bangga dan gembira jadikan perut kita:

1. Besar

2. Gelebeh

3. Bertingkat-tingkat

4. Wujudkan air terjun ketika mandi

Perut besar punca kepada pelbagai penyakit. Antaranya:

1. Diabetes

2. Strok

3. Jantung

Perut besar juga kecilkan OTAK.

ARTIKEL BERKAITAN:

APA BERLAKU SEMINGGU SELEPAS CUT KARBO?

11 BAHAYA LEMAK TRANS UNTUK TUBUH

3. MAKANAN BERGORENG

Satu pisang goreng sudah mencecah 200 kalori.

Belum masuk cucur dan minuman.

Congakan kasar mungkin sekitar 800 kalori termasuk air.

Andai 100 kalori perlu berlari selama 15 minit, berapa agaknya kalau 800 kalori?

Apa yang berlaku andai tidak senaman selepas itu?

Pembentukan lemak pasti berlaku.

Peningkatan gula di dalam darah tidak terkecuali.

Kesan buruk pada CEO otak iaitu Prefrontal Cortex (PFC) juga berlaku

Makanan-makan itu menurunkan aktivitinya.

Andai inilah makanan dimakan ketika mesyuarat,

Apa jadi pada kualiti hasil mesyuarat?

PFC adalah tempat membuat keputusan

Tempat merancang. Tempat mengawal

Lemah bahagian ini lemahlah yang lain. Merosotlah prestasi.

Mulalah rasa tidak puas hati di sana sini.

ARTIKEL BERKAITAN:

FOOD FOR THOUGHT: MAKANAN DEEP FRIED

6 BAHAN BERTOKSIK DALAM MAKANAN SEGERA

4. MAKANAN BERPROSES

Semak peti sejuk. Ada tak ‘makanan’ atau ‘minuman’ berikut:

1. Yoghurt berperisa

2. Sosej / Frankfurter

3. French fries

4. Ais krim

5. Mayonis

6. Air jus buah-buahan

7. Minuman berperisa

8. Salad dressing

9. Daging diawet

Senarai di atas undang PENYAKIT.

Wujudkan benjolan dan lebihan ‘isi’ di sana sini. Sebabkan baju ‘mengecil.

Lebih malang lagi lembabkan OTAK antara 25-35%.

ARTIKEL BERKAITAN:

6 MAKANAN BAHAYAKAN USUS SELAIN FASTFOOD

Anda Juga Mungkin Berminat

31 Makanan Bantu Tingkatkan Sel Darah Merah

Hari Lupus Sedunia – 10 Mei 2024

Berat Badan Berlebihan Dan Risiko Kanser

Hari Kanser Ovari Sedunia – 8 Mei 2024

Hari Talasemia Sedunia – 8 Mei 2024

6 Kesan Tubuh Kekurangan Nutrisi (Malnutrisi)

Scroll to Top