7 Manfaat Serai (Lemongrass) Selain Untuk Masakan

Tanpa serai, siapalah tom yam.

Serai atau dalam bahasa Inggeris dipanggil lemongrass.

Kerana bau semerbaknya ala la sitrus.

Serai ni orang dulu dulu mesti tanam belakang rumah.

Wajib ada lah pokok serai.

Senang tumbuh. Tak perlu jaga sangat.

Tahukah anda?

Batang serai digunakan sebagai natural remedy untuk UTIs

Atau jangkitan kuman pada pundi kencing.

Ambil 4 batang serai.

Ketuk ketuk sikit.

Isikan dalam periuk 2 mug air.

Masukkan serai. Rebus 5-15 minit.

Bila sejuk sikit dah boleh minum.

Lepas 10 minit akan rasa nak terkucil.

 

Serai ni bersifat diuretic. Keluarkan air dari tubuh.

Juga buang toksin yang melekat pada lemak-lemak.

Terima kasih pada citric acid dalam serai.

 

Serai juga bantu stabilkan level pH dalam saluran pundi kencing.

Sekaligus halang bakteria menetap secara haram di situ.

Ia turut direkodkan dalam kajian sains.

Dalam Journal of Biosciences and Medicines tahun 2016.

BACA 8 KELEBIHAN DAUN SIRIH JARANG DIKETAHUI

Kajian dalam International Food Research Journal tahun 2014 juga dapati,

Serai punya ciri therapeutic seperti:

Anti-cancer, anti-hypertensive dan anti-mutagenic

Selain bersifat non-toxic termasuk:

Anti-diabetic, anti-obesity, anti-oxidant, anti-dandruff dan anti-fungal

Berupaya hancurkan radikal bebas dalam tubuh.

Penyebab pelbagai risiko penyakit dan masalah kulit.

Serai juga bersifat anti-inflammatory.

Terima kasih pada bahan ada dalamnya seperti tannin, flavonoid dan phenolic acid

Serai juga didapati bantu turunkan paras kolesterol.

Sebut bab stress dan anxiety, serai juga bersifat anxiolytic.

Boleh lah buat teh serai lepas ini.

BACA 24 KHASIAT KUNYIT BUKAN BIASA BIASA

Serai ada citral dan geranial.

Antara bahan bantu halang penghasilan hormon.

Penyebab inflamasi dalam tubuh.

 

Serai bagus untuk lindungi dinding perut dan atasi ketidakhadaman.

Paling padu, rangsang proses erythropoiesis.

Proses ni pastikan tubuh kita ada cukup sel darah merah.

Tak lebih tak kurang.

Serai juga atasi inflamasi pada gusi serta cegah kaviti.

Ini resepi cukup simple.

BACA 14 KHASIAT DAUN SELOM UNTUK KESIHATAN

 

Bahan:

1 uncang teh (mana mana pilihan teh)

2 batang serai (diketuk)

Madu Uzbekistan

Air panas

 

1. Rebus air dengan serai selama 3 minit.

2. Tapis air dalam jug.

3. Kemudian, masa air masih panas masukkan uncang teh.

4. Kacau dan pastikan sebati. Rendam uncang dalam 4-5 minit.

5. Untuk hidang. Masukkan 1 sudu makan madu dalam cawan.

6. Tuang teh dan kacau.

7. Sedia untuk diminum.

BACA 9 MANFAAT TEH OOLONG UNTUK KESIHATAN

Anda Juga Mungkin Berminat

You Are What You Eat: 11 Makanan Ini Tentukan Sama Ada Tubuh Sihat Atau Selalu Letih

Oregano Bukan Sekadar Herba Piza: Ini 8 Kelebihan Oregano Yang Ramai Tak Sedar Boleh Sokong Kesihatan Tubuh

Waktu Sesuai Makan Epal: Ramai Makan Betul, Tapi Waktunya Salah

Makan Labu Selalu, Ini Yang Berlaku Pada Gula Darah, Kulit & Jantung Anda

Minum Air Lemon Garam Waktu Pagi: Rahsia Hidrasi Pantas Selepas Bangun Tidur

Selalu Rasa Cemas Tanpa Sebab? Ramai Tak Sangka Rock Melon Boleh Bantu Tenangkan Anxiety Secara Semula Jadi

Scroll to Top