Resepi Brownie ‘Sihat’ Tanpa Guna Tepung

Kalau anak minta nak makan brownies.

Saya akan buat guna kacang hitam.

Ini resepi brownies versi sihat.

Sebut sihat, ramai anggap rasanya mesti ke laut Cina Selatan.

Tapi jangan menilai tanpa rasa dulu.

Lepas ni dijamin tak beli dah. Buat jer dekat rumah.

 

Kenapa saya guna kacang hitam?

Selain nak bagi warna hitam macam brownies dekat kedai tu.

Kacang hitam bebas gluten.

Tinggi protein tumbuhan, iron, fiber dan antioksidan.

Ada dietary fiber ‘resistant starch’.

Untuk kesihatan usus. Rendah nilai GI. Mesra diabetik.

Cegah risiko kanser. Lindungi jantung. Bantu kawal selera.

Kacang hitam kaya Flavonoid.

Spesifik lagi Anthocyanin. Yang berikan warna hitam.

Bagus untuk cegah risiko penyakit neurodegeneratif otak.

Seperti dementia dan Alzheimer’s.

 

Nak buat pun senang.

Paling padu resepi ini tak pakai tepung.

Flourless bak kata orang puteh.

12 KHASIAT CHICKPEAS UNTUK ANDA!

Bahan:

– 1 1/2 cawan kacang hitam (rendam semalaman & kukus)

– 2 sudu makan serbuk cacao

– 1 sachet serbuk Coco Vegan

– 1/2 cawan oats

– 1/4 sudu Celtic salt

– 1/3 cawan madu Uzbekistan

– 2 sudu teh ekstrak vanila

– 1/4 cawan minyak kelapa

– 1 sudu teh baking powder

– 1/2 cawan cip coklat

– Unsalted butter (untuk sapu pada bekas)

 

Cara:

1) Panaskan oven pada suhu 200 darjah Celcius.

2) Blend semua bahan kecuali cip coklat dan butter.

3) Dah nampak sebati, masukkan chocolate chips.

4) Sapu butter dalam bekas bakar dan tuang dalamnya.

5) Bakar selama 15-20 minit.

Kalau tak mahu pakai madu, boleh ganti dengan gula kelapa.

Cubalah!

 

 

p/s:

Anda mahukan tips terbaru 2024?

Bagaimana mahu BOOST prestasi 🧠?

KLIK DI SINI

Anda Juga Mungkin Berminat

21 Makanan Atasi Ekzema

Elak 5 Benda Ni Kalau Tak Mahu Ekzema Makin Teruk!

6 Tips Atasi Sikap Suka Tangguh Kerja

12 Makanan Turunkan Asid Urik Penyebab Gout

Apa Beza Turun Berat Dengan Turun Lemak?

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

Scroll to Top