10 Tips Jadikan Biskut Raya Rendah Kalori!

Nak pilih biskut Raya, elak beli yang diperbuat dari marjerin.

Kenapa?

Sebab dalam marjerin ni ada trans fat.

Dalam banyak banyak lemak,

Trans fat lemak paling berbahaya sekali.

Lemak trans ada dua jenis iaitu natural trans fat dan synthetic trans fat.

Natural trans fat ada dalam sumber makanan dari haiwan.

Seperti produk tenusu atau daging.

Yang jauh lebih berbahaya ialah synthetic trans fat.

Dicipta oleh kilang makanan dengan campurkan hydrogen untuk bentuk pepejal.

Banyak didapati dalam snek ringan, piza sejukbeku, marjerin, pastri, minyak menggoreng.

Kadar peratus trans fat natural antara 1%-7%.

Trans fat sintetik boleh cecah 15%-45%

Teruk tak teruk trans fat mampu naikkan kolesterol jahat dengan singkirkan kolesterol baik.

Marjerin memang jauh lebih murah berbanding pure butter atau grass fed butter.

Murah sebab ada banyak ‘kebaikan’ sang pemakan dapat iaitu:

✅Hancurkan vitamin & fatty acid penting

✅Terbentuk ‘belly fat’ walaupun kurus

✅Metabolism tubuh kucar kacir

✅Serangan penyakit jantung tersumbat

✅Radang hippocampus penyebab nyanyuk

✅Tinggi risiko kena kanser prostat

✅Fungsi insulin merosot penyebab diabetes

✅Ganggu fungsi hati & kesuburan

✅Ketidakstabilan emosi (murung)

✅Masalah kegemukan (obesiti) meningkat

Nak buat biskut Raya, cuba cari alternatif untuk jadikan biskut itu lebih sihat.

Kalau sebelum ni guna tepung gandum putih.

Cuba tukar kepada pilihan lain seperti:

Tepung keledek ungu, tepung labu, tepung almond, tepung semolina.

Semua ni tinggi fiber, rendah atau tiada gluten.

Bayangkan makan biskut Raya tanpa kena reaksi gluten.

Makan biskut Raya, gula dalam darah stabil dan tak naik.

Makan biskut Raya berat badan tak bertambah.

Kalau sebelum ni letak gula putih, cuba ganti dengan madu, gula kelapa atau lakanto.

Kalau guna pewarna tiruan,

Cuba guna pewarna semula jadi seperti hijau pandan, biru bunga telang,

Merah buah naga atau beetroot. Oren karot.

Kalau biasa guna mentega atau marjerin.

Cuba tukar kepada grass-fed butter atau olive oil.

Jangan lupa kurangkan sukatan gula.

Anda Juga Mungkin Berminat

31 Makanan Bantu Tingkatkan Sel Darah Merah

Hari Lupus Sedunia – 10 Mei 2024

Berat Badan Berlebihan Dan Risiko Kanser

Hari Kanser Ovari Sedunia – 8 Mei 2024

Hari Talasemia Sedunia – 8 Mei 2024

6 Kesan Tubuh Kekurangan Nutrisi (Malnutrisi)

Scroll to Top