Amit nampak ceria. Mulut munguntum dengan senyuman. Siap dengan siulan lagi.
Amit orang terpelajar. Banyak membaca. Selalunya orang utara ini serius.
Dia bercakap pada hal hal penting. Tapi berkawan baik dengan semua orang.
Kawan tegur. Amit balas dengan “give me high five!”
“Pesal kau gembira sangat Mit?” Tanya Denan. Pelik dengan ceria tahap gaban Amit.
“Kena loteri ke?” tanya Denan dengan nada perli.
“Tak delah. Saja je. Apesal tak leh happy ke?”
“Boleh ler. Tapi nampak kau buang tabiat jer. Tak pernah kau macam ni.” Kata Denan seperti mengambil berat tentang Amit.
“Aku susah hati sebenarnya. Nak cover. Abu buat lah happy.” Kata Amit sambil melepaskan pandangan ke luar tingkap.
Pandangannya seolah kosong. Jauh.
“Aku pergi jumpa doktor. Nak tahu kenapa tiba-tiba aku boleh pegang benda panas tanpa rasa panas. Doktor buat ujian. Katanya gula dalam darah makin tinggi.”
Amit terangkan. Doktor kata reseptor merkel pada tangannnya mungkin rosak. Puncanya sebab banyak bergula dalam makanan dan minuman.
Amit tunduk. Kepalanya digeleng beberapa kali. Mungkin tanda sesal.
Reseptor Merkel ini beri maklumat pada otak perihal suhu, sakit dan tekanan benda yang kita pegang.
Reseptor Merkel seperti pixel pada skrin. Lebih banyak pixel lebih terang gambar jadinya. Pengambilan gula berlebihan dan dalam jangka masa panjang beri kesan pada reseptor ini.
Satu persatu mati. Seperti pixel yang rosak. Gambar menjadi kabur.
Kalau reseptor merkel dah rosak tak dapat ganti. Berbeza dengan alat elektronik.
Berpada dengan gula putih. Manis itu sementara. Cuma dihujung lidah sahaja.