Semalam bertemu rakan-rakan lama.
Ada yang baru bertemu setelah 26 tahun.
Macam-macam dibualkan.
Ada rupa berubah. Ada yang masih sama. Ada yang menjadi sarang penyakit.
Pendek kata macam-macam ada.
Masuk bab makan, selera terus menggunung tinggi.
Kecur air liur melihat menu. Seolah-olah terbau aroma masakan.
Menu dipilih. Order dibuat. Bualan diteruskan.
Usai makan, tema perbualan bertukar tentang Otak Cantik Otak Cerdik.
Mungkin agak asing dengan nama ini. Hanya yang melihat otak akan mengerti.
Tidak semua direzekikan dapat melihat otak. Ciptaan agung Yang Maha Esa.
Yang telah melihat perlu berkongsi.
Sifirnya mudah. Yang melihat, yang tahu mesti memberitahu.
“Bagaimana menjaga otak?” Ini soalan yang dituturkan.
Ada 4 tip yang dikongsikan:
1. Jaga otak mesti tahu bahagian dan fungsi.
Mesti tahu bahagian otak mana yang baik. Mana yang perlu diberi perhatian.
Nanti dalam Modul Online dalam website Neuroversiti ini saya akan kongsikan.
2. Makan mesti bersukat. Makan mesti dengan ilmu pemakanan.
Bukan ikut perut.
Jadi tuan kepada perut. Kita yang tentukan makanan yang sesuai.
Bukan sebalikya. Ingat ini dahulu.
i- Elakkan makanan yang diproses.
Daging burger dan sosej adalah makanan diproses. Ambil makanan segar.
ii- Makan sekitar sebelum maghrib atau awal maghrib.
Makan malam dengan kuantiti yang kecil.
iii- Sarapan dengan kuantiti besar. Kurangkan kuantiti pada tengahari.
Di waktu malam makan makanan yang mudah dihadam. Elakkan daging. Elakkan nasi.
iv- Mee segera atau tidak nyahkan dari diambil pada waktu malam.
Roti canai tolak jauh-jauh. Ucapkan selamat tinggal kepada minuman berkafein.
v- Minum teh hijau. Ada L-Theanine. Mudah untuk tidur. Jauhi gula. Gantikan dengan madu.
3. Tidur perlu dikawal. Tidur mesti awal. Tetap masa.
Tiada masalah bangun berbeza waktu.
Dapatkan 6-8 jam. Jauhkan gajet sebelum tidur. Ia pengganggu gelombang otak.
4. Siangnya mesti cergas. Ada aktiviti fizikal dilakukan.
Mudahnya dapatkan 10,000 langkah satu hari.
Elakkan duduk berlama-lamaan.
Pentingnya ialah jadikan makanan sebagai ubat. Bukan ubat sebagai makanan.
Otak kita tanggungjawab kita.