Merendah diri bagus.
Rendah diri bertempat dituntut agama.
Namun, terlalu merendah diri ada padahnya.
N mengetuk pintu di ruanganku. Mahu jumpa. Ada perkara mahu bincang.
N pelajar tahun akhir. Bidang sains sosial. Anak ketiga dari empat orang adik beradik.
Masih buntu tentang mencari pekerjaan. Itu isu asal yang dibangkitkan.
Tapi berakhir dengan mengaku rasa rendah diri.
Rendah diri tidak bertempat itu musibah. Menambat kita dari ligat.
Akhirnya menjadi pemerhati sahaja.
Orang lain maju. Kita masih terpaku. Masih tidak laku.
“Mahu tingkatkan self-esteem mesti tingkatkan bahan kimia bernama nitric oxide.’
Kataku pada N.
N mengangguk. “Macam mana nak tingkatkan Nitric Oxide tu? Tanya N meminta kepastian.
Kena ambil makanan yang tinggi nitric oxide. Contohnya:
1. Bayam
2. Seleri
3. Kobis
Kalau tak minat sayur, boleh ambil ekstrak biji anggur. Betulkan hardware.
Baru kita tengok pada software.” Kataku sambil menunjuk ke kepala.
N mengangguk.
“Baik doktor. Saya cuba dengan sayur-sayur. Ekstrak biji anggur mungkin mahal.”
Kata N perlahan sambil mata memandang ke bawah.
Aku tepuk belakang N. “Bagus. Yang penting cuba dulu.”
Kataku mengakhiri perbualan dengan N.
Sihat itu jihad.