Al-Quran, Ramadhan & Otak

Ramadan bulan mengaktifkan otak.

Kuasa puasa dan membaca Al-Quran adalah hebat ke atas otak.

Kedua-duanya ibadah hadiah untuk memperkasa otak.

Al-Quran sarat dengan cerita. Ada amaran dan ancaman.

Ada motivasi dan inspirasi.

Kesan membacanya dengan mengetahui makna sungguh menakjubkan.

Kisah Nabi Musa dikejar Firaun mengaktifkan motor cortex dan visual cortex. Amygdala juga aktif.

Membuatkan otak merembeskan bahan kimia bernama oxytocin.

Kesan oxytocin membuatkan fokus pembaca meningkat.

Ada kelazatan. Lagi lama Al-Quran dikendong untuk dibaca.

Andai oxytocin tidak berjaya dikeluarkan, bacaan akan hambar.

Membaca tanpa makna, tiada rembesan Oxytocin.

Bila Al-Quran bercerita tentang syurga dan neraka, bahagian kanan otak menjadi aktif.

Amygdala ligat beraksi. Temporal lobe sebelah kiri juga sibuk jadinya.

Bila Al-Quran mengkisahkan tentang hukum cerai, puasa dan faraid, bahagian kiri menjadi sibuk. Prefrontal cortex juga sibuk.

Bila Al-Quran menggambarkan Allah itu satu, bahagian temporal lobe sebelah kanan pula aktif.

Visual cortex juga aktif. Prefrontal cortex tidak terkecuali.

Membaca Al-Quran mesti dengan faham.

Kesannya hebat pada otak. Bacanya hari-hari.

Telusuri tafsirnya. Amalkan suruhannya.

Nescaya otak jadi hebat, akhirat lebih dekat dan berkat.

Anda Juga Mungkin Berminat

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

ChatGPT Cabar Kepintaran Otak Manusia

23 Sayur Paling Berkhasiat Di Dunia!

22 Makanan Bantu Menguatkan Buah Pinggang!

23 Buah Tersihat Menurut Dietitian!

Scroll to Top
0