Cara berfikir GEN Y lain. Berbeda dengan generasi terdahulu. Tindakan juga tidak sama.
Pagi semalam ada soalan dari GEN Y.
“ Kami GEN Y. Cara berfikir, emosi dan tindakan berbeza.
Terkurung dalam dunia seronok ciptaan sendiri. Bukan realiti sebenar.
Dunia seronok ini hanya senipis kulit bawang.
Kami pasti daya buat keputusan kami tidak bagus. Pengalaman juga tidak sebelahi kami.
Jadi apa yang wajar kami lakukan?”
Tambah yang lain “soalan sudah ditanya pada pensyarah lain. Tapi jawapan seperti tembakan rambang. Berterabur.
Sebab itu kami datang jumpa doktor. Kami mahu penembak tepat.”
Dalam hati terkeluar perkataan
“ Perrggghhh. Dahsyat. Mencuba cuba dengan pensyarah. Shopping for answers.
Sudah pasti mereka hanya mahu dengar jawapan yang selari dengan jiwa dan minda mereka”
Saya tanya beberapa soalan. Dijawab mereka satu persatu.
Saya katakan:
“Saudara semua tidak dapat buat keputusan bagus selagi berumur di bawah 25 tahun dan 24 tahun.
Bahagian pembuat keputusan, logika, penimbang belum sempurna terbentuk.
Bahagian yang dikenali sebagai CEO of the Brain masih under construction.
Sandaran berfikir saudara masih banyak berpusat di amygdala. Sarang emosi ketakutan.
Boleh andaikan sebagai polis. Tujuan utama untuk jaga keselamatan saudara semua.
Saya sambung lagi.
“Untuk atasi perkara ini perlu ada M.I.KE.”
Terdengar sampukan. “Microphone?”
Saya senyum. Sebut M.I.KE. seketul seketul. Mereka angguk.
M – mentor. Perlu cari mentor sebagai penunjuk arah. Tempat asah fikir.
I – Ilmu. Apa yang dikutip di universiti itu bagus. Tapi tidak cukup. Ilmu seni hidup juga perlu dikalungkan.
K – Kawan. Siapa kawan kita 5 tahun lepas jadikan siapa kita hari ini.
Siapa kawan kita hari ini akan jadikan siapa kita 5 tahun akan datang.
You show me your friends, i’ll show you your future.
E – Ekologi. Perlukan dokongan dan sokongan orang terdekat. Keluarga dan ibubapa.
Beri fahaman siapa kita, apa yang kita mahukan.
Persepsi orang akan faham apa yang kita mahu tidak betul.
Manusia bukan mind reader yang bagus. Bergaul dengan orang lebih dewasa.
Saya berhenti. Lihat mereka satu persatu. Mereka mengangguk-angguk. Ada yang merakam.
Saya soal “ faham ke?”
Semua senyum.
“Sangat faham. Sangat tepat. Ini jawapan yang kami cari-cari.”
kata salah seorang dari mereka.
Saya senyum. Minta diri untuk ke kuliah.