Penting Ke Tidur Sebentar Pada Waktu Tengahari?


Sangat penting! Tidur tengahari dapat bantu tingkatkan prestasi OTAK.

Kajian dapati tidur waktu tengahari dapat prestasi otak sebanyak 27-35%.

Kajian menunjukkan bahawa energi manusia akan mula menurun apabila masuk jam 11-12 tengahari.

Energi akan terbina kembali selepas kita bangun dari tidur.

Ada satu kajian dibuat ke atas manusia disuruh untuk tidur dalam waktu yang berbeza-beza, dibangunkan selepas sejam, didapati apabila manusia tidur waktu tengahari sebelum waktu zohor dapat meningkatkan prestasi otak sebanyak 35% dengan hanya tidur selama 27 minit.

Dalam satu kajian, NASA mendapati juruterbang yang tidur selama lebih kurang 25 minit menunjukkan peningkatan kewaspadaan sebanyak 54% berbanding juruterbang yang tidak tidur tengahari. Mereka yang tidur tengahari juga menunjukkan peningkatan prestasi kerja mereka sebanyak 34%.

Di China dan Jepun pula, majikan percaya bahawa selepas setengah hari kerja, otak seorang pekerja perlu berehat dan memberi masa untuk tidur tengah hari, selepas itu pekerja mula bekerja dengan lebih cekap.

Kajian dalam Journal of Sleep di Australia mendapati tidur selama 5 minit atau 10 minit tengahari tingkatkan prestasi OTAK, kembalikan tenaga, pulangkan semula kesegaran tubuh. Kesan baik ini kekal selama 155 minit. 

Kajian dari University of California, San Diego. Mereka dapati  tidur tengahari atau siesta ini sangat penting.

1. Tingkatkan on-the-job alertness sebanyak 100%. Bayangkan kalau pekerja dan pelajar lebih alert. Bukankah prestasi lebih baik

2. Fikiran jadi lebih tajam. Keputusan lebih baik. Pertimbangan lebih saksama.

3. Turunkan berat badan dengan mengubah sistem metabolisme. Juga betulkan bahan kimia yang pengaruhi selera makan.

4. Lahirkan sel kulit baharu. Kelihatan lebih muda. Lebih anggun

5. Mood jadi lebih baik. Lebih ceria. Senyum menguntum di bibir. Orang pun suka

Persoalannya, berapa lama tempoh tidur yang diperlukan untuk mendapatkan tidur yang berkualiti?

Jumlah jam tidur yang diperlukan oleh seseorang bergantung kepada kumpulan umur. Orang dewasa memerlukan tidur 7/8 jam.

Apabila jumlah ini cukup, kita akan termasuk dalam kategori manusia yang mendapatkan tidur yang cukup. Yang terbaik adalah 8 jam.

Namun demikian, satu kajian menunjukkan bahawa kebanyakan rakyat Malaysia rata ratanya tidur kurang dari 6 jam sehari.

Mungkin kehidupan sekarang ini kita sukar untuk kita dapatkan 8 jam. Sekiranya kita tidak mampu mendapatkan 8 jam, pastikan kita masih mampu mendapatkan 7 jam.

Mungkin ada yang tertanya lagi apa akan terjadi jika tidur tidak cukup? 

Orang yang tidur kurang dari 8 jam mengambil masa 14% lebih lama untuk siapkan tugasan. Lebih buruk lagi mereka lakukan 20% kesalahan dalam tugasan berbanding mereka yang cukup tidur.

Apabila tidur kurang dari enam jam kadar kelembapan siapkan kerja naik 3 kali ganda. Begitu juga dengan kesalahan.

Pendek kata, tidur tengahari ini penting. Banyak manfaat yang boleh diperolehi jika anda meluangkan sedikit masa untuk tidur tengahari. Apakata tidur sekejap lepas baca artikel ni.

Boleh boleh?

p/s: Nak belajar ilmu tingkatkan prestasi otak? Mahukah anda, saya tunjuk bagaimana nak tingkatkan kapasiti otak dalam masa 4 minggu?

Klik sini 

Scroll to Top