Beberapa tahun lepas dua ahli sosiologi dari Cornell University buat kajian. Prof Michael Macy dan Prof Scott Golder kaji lebih dari 500 juta tweets. Lebih dari 84 negara terlibat sepanjang dua tahun kajian.
Mereka mahu tahu emosi manusia apabila manusia tweet atau ciap di tweeter. Emosi yang dihalusi ialah emosi positif seperti harapan, semangat dan konfiden.
Emosi negatif yang diperhati pula ialah marah, rasa bersalah, menyalahkan orang lain dan letih.
Dalam kajian ini mereka gunakan software Linguistic Inquiry and Word Count atau LIWC.
.
Hasil kajian menarik sekali. Ada pattern atau corak ciap yang rentasi negara, agama atau warna kulit.
Mereka dapati waktu pagi pada hari bekerja emosi positif tinggi pada awal pagi. Kemudian merudum apabila masuk waktu tengahari. Waktu puncak merudum adalah antara jam 2-5 petang.
Proses merudum bermula seawal jam 10 pagi.
Jam 8 malam berlaku peningkatan sedikit hinggalah jam 11 malam.
Apa yang boleh kita pelajari dari kajian ini?
Dalam konteks membuat keputusan, jam 2-5 bukanlah masa terbaik. Waktu ini juga mungkin tidak sesuai untuk buat pembedahan. Waktu ini juga tidak sesuai jatuhkan hukuman.
Bagaimana dengan mesyuarat? Sama juga. Bagus diawalkan.
Kalau terpaksa bagaimana? Kalau ruang yang ada hanya dari jam 2-5 petang dan kita sedar lakukan sesuatu pada diri dahulu. Antara yang terpenting tidur sekejap sebelum masuk jam 2. Ini life hacking yang penting.
Boleh boleh?
P/S : Saya suka berkongsi ilmu ilmu tentang OTAK & kesihatan di telegram saya. Klik link untuk sertainya t.me/neuroversiti