Semuanya ada titik mula. Gerak kecil. Kemudiannya hasilkan gelombang besar.
Begitulah yang berlaku kepada Dr Rose Ruziana Samad. Asalnya disapa kecewa. Letih. Pasrah.
Semuanya penangan VIVA (baca vaiva). Proses akhir berhadapan dengan panel pemeriksa sebelum lulus PhD. Proses di mana tesisnya dinilai dan dikritik.
Setelah lebih dari tiga tahun berpenat berpening, proses akhir ini disaji dengan kritikan, kilasan dan bantaian.
Kecewa. “Sudah aku dah tak upaya dah,” itulah yang terpacul di minda saat diberi 3 bulan untuk betulkan tesis Phd.
Dia tidak mahu sentuh lagi. Letih. Geram.
Pada saat sama anaknya juga alami kesukaran. Bakal duduki UPSR. Akademiknya masih bertatih.
Sekolah pula tidak pentingkan akademik. Dr Rose gusar. Cuba cari penawar bantu anak kesayangan.
Kebetulan ada teman tawarkan produk coco OCOC. Setelah teliti tentang produk, dia beli.
Ada benih yakin.
Anaknya mula ambil coco OCOC. Ada perubahan. Dr Rose gembira dengan perkembangan akademik anaknya.
Apabila keputusan keluar anaknya dapat Straight A. Berbunga hati Dr Rose. Lebih-lebih lagi sebelum ini anaknya tidak pernah dapat Straight A.
Lebih membanggakan ialah anaknya satu satunya pelajar yang dapat Straight A. Pelajar lain tidak.
Keadaan anak berubah. Dr Rose masih sama. Tiada apa apa dilakukan pada tesisnya. Tiada pembetulan atau correction.
“Letih dan tiada tenaga,” itulah perkataan kerap bertandang di minda.
Satu hari teman Dr Rose sebut, “Kenapa you tak ambil sendiri OCOC tu? Orang dewasa pun sesuai. Bukan budak budak sahaja.”
Dr Rose dengar. Angguk. Tetapi masih berbolak balik. Setelah puas fikir akhirnya Dr Rose buat keputusan.
“Cuba ajelah. Bukan rugi pun,” katanya sendirian.
Beliau ambil satu sachet. Masukkan air panas 160ml. Dituang OCOC dan dikacau.
Dia rasa. “Sedap juga,” katanya dalam hati. Habis diteguk.
Saya soal Dr Rose “Apa jadi lepas minum?”
“Entah macam tiba tiba datang tenaga. Berenergi. Bersemangat.”
“Saya ambil laptop. Duduk dan mulakan kerja correction tesis saya. Saya tak pasti tenaga datang dari mana. Tetapi hari itu saya siapkan hampir 70% correction tesis.” Kata Dr Rose bersemangat.
“Esoknya setelah ambil OCOC saya habiskan baki correction tesis. Saya sendiri tidak percaya. Dalam masa dua hari.”
“Seolah olah otak yang tersumbat, hilang sumbatan itu. Seperti air paip tersekat mengalir semula.” Beria ria Dr Rose bercerita.
Saya lihat wajahnya bercahaya. Seolah puas. Dapat siapkan sesuatu yang terbengkalai.
Bermula dari itu Dr Rose menjadi agen. Dia rasa dan lihat sendiri kesan pada diri. Kini Dr Rose menjadi Top Agen untuk 2 bulan berturut.
Saya soal “Apa rahsianya?”
“Saya ceritakan apa yang berlaku pada saya. Pada anak. Saya rasa orang wajib dapat manfaatnya.”
“Tidak pernah terlintas mahu jadi agen. Saya lihat ini sebagai perjuangan. Bawa kebaikan pada ummah. Saya sertai misi ini,” ujar Dr Rose. Bersemangat.
Kisah Dr Rose mungkin unik. Tetapi ramai lagi yang jadi seperti Dr Rose. Anda juga boleh jadi seperti beliau – merakyatkan kebaikan dengan OCOC.
Caranya dengan sertai Tim Bisnes OCOC.
Hubungi sekarang tim ococ di