Hari itu hari sekolah. Walaupun sabtu. Tiada siapa di rumah.
Haikal keluar bersama kawan. Tengahari Akhyar pulang. Siapkan makan untuk dia.
Saya siapkan diri untuk TedX UNIMAS. Tajuknya ialah THE SECRET OF LASTING CHANGE.
Apabila berdua dengan Akhyar, ia jadi masa emas. Masa untuk meneroka lebih dalam diri anak.
Sewaktu makan Akhyar bertanya, “So dad, what do you think about destiny. What destiny to you?”
Waktu itu saya asyik mengunyah kacang kuda. Pisang sudah awal dihabisi.
Saya tarik nafas. Mahu tambah oksigen pada otak. Satu nutrisi penting otak.
“Tinggi kita adalah takdir – your height is your destiny.” Kata saya ringkas.
“Hmmm ok got it. What about choice. Can they go together?” Soal Akhyar lagi.
“Berat dan bentuk badan kita adalah pilihan- you weight and figure are your choice.”
“Oh wow… ok explain.” Pinta Akhyar ringkas.
“Akhyar, dalam hidup ada perkara yang tidak dapat diubah dan ditukar. Di mana kita lahir atau mati, siapa ayah dan ibu, itu takdir. Kita tiada pilihan.
Bagaimana kita jalani hidup ini, apa yang masukkan dalam tubuh, ilmu apa yang diisi dalam otak ini, itu adalah pilihan.”
Kata saya sambil tunjukkan tangan ke otak.
“Kalau kita mahu jadi hebat, angkat martabat, mampu beri manfaat pada ummat, kita masukkan ilmu-ilmu premium ke dalam otak. Kita amalkan. Kita tukar corak fikir.”
Ini PILIHAN. This is CHOICE. YOU DECIDE AND DETERMINE IT!
But if you wait for things to happen, just wishing things to get better the way you want it, just hoping no action, that’s destiny.
So Akhyar, do you understand what is destiny and choice? Soal saya pula. Akhyar yang asyik mendengar seolah tersentak.
“Off course,” kata Akhyar penuh semangat.
.
“Jadi PILIHAN bagaimana Akhyar nak ambil? Jadi hebat, cari ilmu ilmu premium atau bagaimana?”
Akhyar diam. Dia pandang ke luar. Mencari ilham mungkin.
Untuk tuan puan, tinggi adalah takdir, berat adalah pilihan. Apa yang kita lakukan dengan pilihan yang ada?