Ramai orang mengeluh. Saya sering rasa mengantuk ketika kerja.
Atau ketika belajar.
Saya rasa saya tidur biasa je, tapi apabila bangun tidur rasa macam lemau.
Atau sakit badan dan lenguh-lenguh.
Dan tak rasa ‘fresh’ macam yang sepatutnya.
Kalau dah sampai tahap macam tu, sudah tiba masanya untuk kita “de-clutter” atau buang hal-hal buruk yang mempengaruhi tidur kita.
Cuba semak balik apa yang kurang.
Dan cuba perbetulkan.
“A good night’s sleep is essential for good health”
Tidur malam yang baik sangat penting untuk kesihatan tubuh badan.
Bahkan tidur boleh memberi keceriaan dan tenaga yang luar biasa kepada kita jika kita mengamalkannya dengan betul.
Sekarang saya mahu kongsikan 7 Sleep Hacking untuk mendapatkan tidur yang nyenyak.
1.Ketahui posisi tidur yang betul
a)Posisi tidur yang betul
https://neuroversiti.com/kesan-berdengkur/Posisi tidur yang paling dianjurkan adalah dengan mengiring ke sebelah kanan.
Banyak manfaat yang akan diperoleh dengan mengamalkan cara tidur sedemikian.(1)
Apabila kita tidur mengiring ke sebelah kanan, oksigen dalam otak manusia akan meningkat.
Berdasarkan suatu kajian yang telah dimuatkan dalam The Journal of American College of Cardiologi –yang dimuat New York Times pada 21 Februari 2011, tidur dengan posisi ke kanan dapat mengurangkan risiko kegagalan fungsi jantung.(2)
Posisi tubuh yang miring ke kanan membuatkan jantung yang berada di kedudukan bahagian kiri tidak tertindih oleh organ yang lain.
Jadi jantung juga tidak mendapat tekanan.
Contoh tidur dengan berbaring disebelah kanan ini, telahpun ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah S.A.W.
Secara tidak langsung, kita dapat mengamalkan sunnah dan mendapat hikmah dari ilmu kajian sains.
b)Elakkan posisi tidur yang salah
i)Tidur atas perut
Posisi tidur begini paling bahaya.
Cuba bayangkan, apabila kita tidur dalam posisi sebegini dalam tempoh masa yang lama, apa yang akan berlaku?
Apabila otot dada atau otot pernafasan tidak dapat mengembangkan dada secara baik dan maksimal, aliran oksigen menjadi lebih sedikit sehingga berlakunya sesak nafas.
ii)Tidur terlentang
Posisi tidur lain yang tidak digalakkan adalah tidur terlentang.
Ia juga sebenarnya berbahaya.
Dan boleh meningkatkan kebarangkalian untuk berdengkur ketika tidur.
Hal ini terjadi kerana dalam keadaan terlentang, lidah dan lelangit lembut kita akan jatuh atau “collapse” disebabkan tekanan graviti.
Apabila ia jatuh, ia akan menutup ruang untuk bernafas.
Apabila berlaku penutupan itu, dan kita cuba bernafas, berlakulah geseran diantara nafas dan juga lidah.
Dan akhirnya menyebabkan kita berdengkur. (3)
Bagaimana? Apa posisi tidur anda?
Sekarang mari kita lihat ‘hack’ kedua pula.
2. Suasana tidur yang selesa
Sumber: Pexels.com
Percayalah, anda boleh mendapatkan tidur yang berkualiti dengan cara membaiki benda-benda yang mungkin kedengaran sangat mudah.
Sebenarnya, anda cuma perlukan sebiji bantal, selimut, dan juga cadar yang selesa untuk mendapatkan tidur yang baik.
Jika terdapat bantal yang “fancy” dan sarat dengan corak yang berlebihan, hal ini sebenarnya boleh mengganggu tidur anda.
Ketahuilah bahawa bilik yang kemas pada umumnya boleh mengurangkan tekanan dan dan membuat anda bahagia semasa tidur.(4)
3. Jauhkan diri dari barangan elektronik
Sumber: Videoblock.com(5)
Tips yang paling penting sebenarnya adalah dengan membuang segala perkakasan elektronik jauh dari kawasan tempat tidur anda.(6)
Ini termasuk telefon bimbit, dan juga komputer riba.
Telefon bimbit atau handphone kita itu mengeluarkan gelombang electromagnetic.
Dan gelombang ini menganggu gelombang otak manusia.
Sangat bahaya kesannya kepada otak. (7)
Jika anda menggunakan aplikasi telefon sebagai penggera untuk mengejutkan anda setiap pagi, ianya tidak seharusnya berada berdekatan.
Latih diri anda untuk meletakkan perkakasan elektronik jauh dari tempat tidur. Ia dapat membantu anda untuk bangun dengan lebih cepat.
Memandangkan anda melakukan sedikit pergerakan untuk mematikan penggerak tersebut.
Jadi anda tidaklah asyik meletakkan penggera telefon dalam mood snooze saja.
Betulkan?
a)Bahaya penggunaan telefon sebelum tidur
Terdapat satu kejadian yang dijalankan di Britain tentang kebiasaan tidur di kalangan remaja.
Kajian ini mendapati bahawa kebanyakan remaja yang lebih banyak menghabiskan banyak menghabiskan masa di media sosial tidur lebih lambat.
Tidur yang tidak cukup dalam kalangan remaja dikaitkan dengan masalah kesihatan mental, obesiti dan penyusutan prestasi akademik.
Menurut Heather Woods, seorang ahli psikologi di Glasgow, kebanyakan pengguna media sosial yang aktif juga kerap mengalami gangguan tidur dan terbangun pada waktu tengah malam.
Tidur mereka terganggu oleh “notification” ataupun pemberitahuan adanya masej masuk dan berlaku aktiviti baru yang berlaku di alam maya.
Sumber: Pixabay.com
Mereka juga tidak dapat menghadapi godaan untuk meneruskan perbualan di alam maya semasa semua orang senang enak diulit mimpi.(8)
“Dr., bila saya nak mula?”
Mulakan malam ini.
Malam ini jauhkan smartphone dari tempat tidur.
Dan jauhkan juga ‘si comel’
4. Si Comel oh Si Comel!
Sumber: Pexels.com
Haiwan peliharaan memang menjadi kesayangan setiap orang.
Sampai kadang-kadang sering dibawa untuk tidur bersama.
Tapi, jika haiwan peliharaan tersebut mungkin mengganggu tidur malam anda dengan membuat bunyi yang dapat mengganggu tidur malam anda.(9)
Sekiranya haiwan peliharaan suka mengeluarkan bunyi bising pada tengah malam dan mengganggu tidur anda, sebaiknya sediakan tempat tidurnya di luar bilik tidur anda.
Kuncinya elakkan apa jua yang boleh menganggu tidur malam anda. Luaran dan dalaman.
“Dalaman macam mana Dr?”
Lihat ‘hack’ nombor 5.
5.Katakan TIDAK kepada kopi
Sumber: Pexels.com
Gula dan kopi sangat mempengaruhi tidur.
Waktu terbaik untuk mendapatkan kopi adalah antara 8 jam sebelum tidur.
Elakkan minum kopi antara waktu tersebut.(10)
Sebaiknya gantikan dengan minuman lain seperti air suam ataupun susu.
Susu dapat membantu anda tidur dengan lebih nyenyak.(11)
Cuma jangan tertukar. Bukan susu pekat. Susu segar.
Percaya atau tidak, anda sudah tahu 5 sleep hacks. Ada dua saja lagi.
Saya sambung.
6.Jangan melakukan tugas berat sebelum tidur
Sumber: Pexels.com
Melakukan terlalu banyak aktiviti seperti menyusun atur perabut dan mengemas rumah sebelum tidur merupakan akiviti yang sangat tidak sesuai.
Aktiviti-aktiviti ini memerlukan tenaga yang tinggi sedangkan badan anda berada dalam keadaan yang penat dan perlukan rehat secukupnya.
Berhenti melakukan kerja-kerja rumah selama sejam atau dua jam sebelum tidur.
Gantikan dengan aktiviti lain yang boleh membuat anda lebih relaks dan memudahkan proses tidur seperti:
a)Berzikir
Sumber: Pixabay
Zikir dapat membuatkan anda berasa lebih tenang dan memudahkan proses untuk tidur.
Dan zikir ini merupakan saranan Rasulullah s.a.w.
Melalui kajian-kajian yang dilakukan ke atas otak manusia, apabila manusia berzikir sebelum tidur, otak akan menjadi sangat tenang.
Sangat santai.
Dan sesuai untuk tidur.
Rasulullah S.A.W. selalu berpesan, apabila kita mahu tidur,bacalah 3 Qul.
Dan pesan Rasulullah S.AW. juga, jangan lupa membaca surah al-Mulk. Kerana bacaaan surah-surah ini, akan menyebabkan gelombang otak turun pada gelombang alpha, akan membantu kita untuk mendapat tidur yang nyenyak.(12)
b)Wudhu’
Sumber: Pexels.com
Wuduk adalah hidroterapi.
Banyak manfaat berwudhuk sebelum tidur.
Selain menyucikan diri, wudhuk juga dapat melancarkan peredaran darah(13)
Ianya juga dapat menurunkan suhu badan.(14)
Hasilnya makin nyenyaklah tidur kita.
Sepanjang malam ketika kita tidur, Malaikat akan mendoakan keampuanan kepada kita. (15)
Luarbiasa bonusnya bukan?
Jadi cuba praktikkan zikir dan wuduk sebelum tidur untuk mendapatkan tidur yang lebih tenang.
Akhir sekali. Tips terakhir yang sangat mudah dilakukan.
7.Padamkan lampu tidurmu
Sumber: Pexels.com
Tidur dengan lampu terpadam sangat dianjurkan dan merupakan saranan Rasulullah S.A.W.(16)
Tidur dalam keadaan lampu terpasang tingkatkan risiko kanser.(17)
Cahaya dari lampu halang keluarnya hormon melatonin.
Melatonin merupakan sejenis antioksida mampu melawan sel kanser.
Hal ini dibuktikan melalui kajian yang dijalankan oleh Dr. Richard G. Stevens, seorang professor di University of Connecticut Health Center.
Beliau merupakan pakar dalam kajian berkaitan kanser.
Kalau sebelum ini anda tidur dengan memasang lampu, mungkin malam ini boleh cuba untuk tidur dengan menutup lampu pula.
Sekian sahaja tips yang ingin dikongsi pada kali ini.
Jadi, cuba semak balik cara tidur anda dan cuba perbaiki ya?
Semoga anda semua mendapat tidur yang lebih nyenyak!
Nak tahu lebih banyak info menarik dan tips-tips berguna untuk mendapatkan tidur yang berkualiti?
Dapatkannya di sini:
https://neuroversiti.com/finale/
Rujukan
1.https://www.islamedia.id/2014/08/tidur-miring-kanan-itu-sunnah-dan.html
2.https://www.liputan6.com/health/read/3182102/ketahui-6-cara-tidur-sehat-seperti-nabi-muhammad-saw
3.https://neuroversiti.com/kesan-berdengkur
4.https://sleepbetter.org/5-ways-to-declutter-your-sleep/
6.https://writerdaylight.blogspot.com/2019/02/Bahaya-smartphone-dibawa-tidur.html
7.https://neuroversiti.com/bagaimana-kita-sabotaj-otak-kita/
9.https://www.tuck.com/sleeping-with-pets/
10.https://neuroversiti.com/kafein-kesannya/
11.https://manfaat.co.id/manfaat-minum-susu-sebelum-tidur
12.https://abrizal.blogspot.com/2008/08/al-mulk-and-science.html
13.http://neurotherapy-of-christian-brain.blogspot.com/2014/11/scientific-benefits-of-ablution-and.html
14.https://neuroversiti.com/tidur-musim-panas/
15.https://neuroversiti.com/tips-tidur/
16.http://detikislam.blogspot.com/2012/08/matikan-lampu-ketika-tidur-tinjauan.html