Ada Apa Dengan Game?

​Di sana sini Pokemon Go disebut. Pandangan berbeza-beza.

Ada suka. Ada mencela.

Banyak soalan menerjah masuk. Di ofis pun ada yang bertanya.

Hatta, makcik cleaner pun bertanya .Mahu tahu pendapat saya.

Asalnya tidak mahu komen. Berat mulut.Apabila makcik cleaner menyoal.

Terasa perlu meraikan. Bunyi soalannya sudah dapat diduga apa jawapan yang diharapkan.

“Apabila kita main game, bahagian otak sebelah sini jadi aktif. Saya tunjukkan pada arah atas telinga sambil membuat bentuk C terbalik. Terlalu aktif tidak bagus makcik.”

basal-ganglia-anatomy-1

“Macam minyak motorsikal kita pulas-pulas makcik. Pulas tak henti-henti. Bingit telinga.

Asap berkepul-kepul keluar. Bau busuk asap menusuk hidung. Hati pun sakit.”

Ujar saya memberi gambaran sesuai dengan kenderaan makcik itu.

Bahagian otak itu namanya Basal Ganglia.

“Makcik pernah tengok kan budak-budak hidu gam jadi macam mana?” soal saya.

“Eh, pernah. Banyak kat sini. Terhoyong-hayang jalan.”

“Tu, selalu berkumpul kat hujung simpang ke bangunan terbiar tu. Nak lepas gian lah tu.”

Jelas makcik cleaner dengan mencebik bibir.

Sedikit kelakar melihat keletah dan mimik muka makcik cleaner.

“Gian hidu gam tempatnya kat sini juga makcik”

saya menunjukkan bahagian letaknya Basal Ganglia.

“Main game dan hidu gam, kesan sama,” tegas saya penuh semangat.

“Oh, baru makcik faham. Makcik memang dah jangka main game tak bagus. Terima kasih bos.”

Kata makcik pantas dan terus berlalu.

Perbualan itu mengingatkan saya tentang peristiwa yang berlaku pada 16 Disember 1997.

Waktu itu saya bekerja syarikat pembinaan di Setapak.

Kecoh di televisyen.

Apabila rancangan Pokemon di Jepun menunjukkan rangkaian warna dan lampu merah, kuning dan putih bertukar ganti dengan cepat.

Lagak seperti lampu kereta polis. Dengan kepantasan berkali ganda.

Kesannya menyebabkan hampir 730 kanak-kanak Jepun dikejarkan ke hospital.

Sebabnya ialah SAWAN atau bahasa klinikalnya ialah Photosensitive Seizures.

Ada banyak kajian menunjukkan bahawa permainan video merangsang sawan jenis ini kepada kanak-kanak dan orang dewasa.

Ada banyak juga kajian yang mengaitkan tingkahlaku ganas dengan permainan video.

Andai diulas di sini, akan mengambil berbelas-belas muka surat.

Ringkasnya, permainan video memberi kesan sama seperti orang mengambil dadah.

Ia keluarkan hormone dopamine dengan banyaknya. Menyebabkan ketagihan.

Elakkan. Usah rosakkan otak kerana nikmat sementara.

Anda Juga Mungkin Berminat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

6 Tips ‘Post Raya Cleanse’ Untuk Tubuh Langsing

10 Tips Jadikan Biskut Raya Rendah Kalori!

26 Makanan Ini Bantu Legakan Ekzema

Scroll to Top