Ada Apa Pada PMS ?

Soalan: Premenstrual syndrome (PMS) ada kena mengena dengan otak?

(PMS is a combination of symptoms that many women get about a week or two before their period. Most women, over 90%, say they get some premenstrual symptoms, such as bloating, headaches, and moodiness.)

Jawab: Tidak syak lagi ada. Ada dua jenis PMS dari sudut sains otak. Kedua-duanya ada perbezaan.

Soalan: Apa bezanya?

Jawab: Antara seorang ke seorang lain ada beza. Saya cerita hasil imbasan otak ke atas wanita yang mengadu masalah PMS.

Golongan pertama apabila dekat kitaran bulan bahagian limbiknya menjadi terlalu aktif.

Beza apabila bahagian kiri limbic aktif berbanding bahagian kanan.

Apabila bahagian limbik kiri aktif tahap agresif meningkat. Marah membuak. Emosi negatif bertandang tanpa diundang.

Apabila bahagian limbic kanan yang terlalu aktif, sedih melanda. Risau meningkat. Emosi jadi sensitif. Mahu sendirian.

Hormon dopamine dan serotonin terganggu. Biasanya orang akan ambil makanan manis-manis. Ini tingkatkan dopamine. Jadi gembira.

Namun serotonin menurun. Aktiviti Prefrontal Cortex (pusat berfikir) merudum. Natijahnya jadi si gembira yang bodoh.

Golongan kedua ialah selain limbic, bahagian anterior cingulate gyrus terlebih aktif.

Golongan ini tahap sedihnya lebih melampau tinggi. Fikiran jadi rigid.

Diri jadi sarang pemikiran negatif. Leteran menjadi-jadi. Mulut semakin berpuaka.

Soalan: Jadi macam mana nak baiki? Ada ubat ke macam mana?

Jawab: Fokus pada makanan tinggi protein. Jauhkan dari makanan karbohidrat ringkas. Ambil lemak sihat seperti avocado.

Ambil makanan tinggi L-Tryptophan. Pisang dan telur ada tryptophan. Ia bantu menghasilkan serotonin.

St John Wort, herba bantu tingkatkan serotonin.

Ada kesan sampingan. Kita jadi sensitif pada cahaya. Sembang dulu dengan doctor peribadi sebelum ambil.

 Seterusnya ialah Senaman. Ia tingkatkan dopamine, serotonin dan noreadrenalin.

Senaman percuma. Kesannya luar biasa, berganda ganda.

Kena buat. Usah sekadar baca. Itu jadi informasi.

Apabila buat baharu jadi ilmu.

Anda Juga Mungkin Berminat

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Scroll to Top